Monday, June 29, 2009

KEHIDUPAN



(Sekadar gambar hiasan)



Buat pertama kalinya bagi sesi 2009-2011, bagi memenuhi program KBSM (kenduri, bersalin, sakit dan kematian) Lajnah Kebajikan PAS Kaw, Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Kaw serta Lajnah kebajikan Dewan Muslimat PAS Kaw telah diberi kesempatan menziarahi salah seorang pesakit wanita yang mengidap barah payudara di B.Baru petang tadi. Penyakitnya yang telah mula dikesan pada 2006 telah mula merebak dengan cepat sehingga kini telah menular kehati .
Saudara maranya serta jiran-jirannya telah mula memenuhi ruang rumahnya pada petang tadi.

Dewan Pemuda telah mengambil kesempatan dengan membacakan Yasin beramai-ramai dan bersama-sama mendoakan kesejahteraan.
Manakala DMPKBK telah bersepakat untuk bersama-sama membacakan Yasin pada malam esoknya.

Dan sebaik saja penulis sedang menulis diblog ini, sms telah diterima dari DPPNM bahawa wanita itu telah pun meninggal dunia.

Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Dalam Usia yang masih muda, 33 tahun , akhirnya dia menemui ALLAH. Meninggalkan anak yang masih kecil seramai 3 orang.

Bagi yang hidup , marilah meneruskan hidup ini dengan berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Sehebat-hebat manusia akhirnya kematian jualah arahnya. Apakah yang akan dibawa selain dari doa dari anak-anak yang Soleh, ilmu yang dipelajari dan diajari juga sedekah jariah .

Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya. Al Fatihah

PROGRAM TARBIYAH BERJALAN LANCAR



Program Qiamullail, anjuran Lajnah Tarbiyah PAS KAW telah berjalan lancar.Program yang diadakan pada 4 Rejab/27 Jun telah diadakan di Sekolah Ar Rahmah, Solok Gaung. Program yang bermula pada jam 9.30 malam sehingga 8 pagi telah dipengerusikan oleh Tuan Hj Arsyad.
Pengisian pada sebelah malam yang bertajuk "Asas-asas perjuangan " telah dikupas oleh Ustaz Zulkifli Ismail Ketua Dewan Ulamak Negeri.
Manakala tazkirah "Adab-adab tidur" telah disampaikan oleh Ustaz Norkhairi Ketua urusan ulamak Kawasan Bukit Katil.
Kuliah Subuh telah disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Sidek dengan tajuk " Adab-adab dalam jemaah".


Program Qiamullail akan diadakan pada setiap minggu terakhir setiap bulan. Terbuka kepada semua ahli Kawasan Bukit Katil. Ustaz Zulkifli Hj Ismail serta Ustaz Kamaruddin Hj Sidek merupakan penceramah tetap bagi program Qiamullail.



Diharapkan ramai ahli dapat menghadirkan diri bagi merebut peluang yang ada. Semuga mendapat keberkatan dari ALLAH.S.W.T



PAS BUKIT KATIL BERTEKAD BANTU PERTAHAN KEMENANGAN DI MANEK URAI


Timbalan Ketua Jawatankuasa Pilihanraya PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Yassim Musa berkata PAS Kawasan Bukit Katil bertekad berjuang bersungguh-sungguh membantu calon PAS mempertahankan kerusi Manek Urai pada pilihanraya kecil kawasan tersebut pada 14 Julai ini.


"Untuk itu PAS Kawasan menghantar 4 orang petugas untuk membantu kempen Pilihanraya Kecil Manek Urai pada 11-14 Julai ini."



"Antara petugas yang akan dihantar ialah TYDP, NYDP, Setiausaha dan Bendahari PAS Kawasan. Mereka akan bertugas di Unit Peti Undi Sungai Sok bersama-sama dengan PAS Kawasan Kubang Kerian dan PAS Negeri Sembilan." tambah beliau.



Menurutnya antara tugas mereka nanti ialah bertanggungjawab dalam hal berkaitan logistik, pengangkutan, keselamatan dan lain-lain.


PAS Kawasan katanya lagi akan menggunakan pengalaman yang dikutip pada pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini bagi menarik pengundi memangkah calon PAS, Haji Fauzi Abdullah.


Yassim berkata tidak ada sebab mengapa pengundi Manek Urai menolak PAS kerana terbukti PAS berjaya memerintah negeri Kelantan dengan baik khasnya segi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Friday, June 26, 2009

PENDAKWAH BUKAN PENGHUKUM

(Sekadar gambar hiasan)
"InsyaALLAH, besok kita ziarah mana"? tanya naqibah sebaik saja habis usrah pada petang itu, dalam memenuhi program ziarah mingguan 'Mesra Berkebajikan' yang telah dirancangkan bagi setiap cawangan.

"Rumah siapa ya"? anak usrah mula terpinga-pinga memandang diantara satu sama lain.

"Tak pa, rumah sesiapa pun boleh.Rumah sahabat lama ke, rumah yang bukan Islam ke, asalkan keluarga rumah itu perlu dibantu". sekali lagi naqibah mengingatkan tentang tujuan asal dalam program ziarah.

"Ha..ya..jiran saya ada yang tidak sihat. Dia dah lama tak keluar rumah, sentiasa murung dan tidak ceria. Dulu dia selalu juga bergaul dengan kami, rajin juga kesurau bersama kami, tapi sejak kebelakangan ini dia susah hati macam tak gembira." anak usrah mula teringatkan jirannya selang beberapa buah rumah saja.

"Alhamdulillah, bolehlah kita ziarah dengan membawa sedikit buah tangan serta sedikit wang sumbangan" ujar naqibah lagi.

"Tapi saya takut juga". Tiba-tiba anak usrah seperti gelisah

" Kenapa pula,tiba tiba jadi takut pula". naqibah bertanya dalam kehairanan.

" Suami dia orang UMNO. Takut dia tak suka kita datang sebab dia memang orang kuat UMNO, takut-takut dia tak kasi masuk". sampuk seorang lagi jiran yang berdekatan.

"Ya ke..ha..ha..jangan prasangka sebelum mencuba.Orang melayu jarang menolak tetamu. Tak pa kita cuba. Niat kita baik. Sekadar ingin menziarahi serta memberikan sedikit sumbangan . Hati manusia milik ALLAH. Kita cuma berusaha." naqibah cuba memberikan sedikit perangsang supaya mengingatkan bahawa kita cuba berusaha mengikut kemampuan yang ada disamping berkeyakinan bahawa ALLAH ada bersama.

Alhamdulillah, esoknya ziarah berjalan seperti yang dijanjikan.Memang pada mulannya dia agak terkejut dengan kedatangan kami.Memang dia kelihatan murung saja. Tapi kami cuba nyatakan niat ikhlas kedatangan kami.Lalu kami dijamu dengan dengan sarapan . walaupun dia sendiri tidak kuat untuk bangun ,tapi dia meminta kakak iparnya yang telah kematian suami untuk menjamu kami. Kakak iparnya yang juga dalam lingkungi usia 70an sama seperti usianya.
suaminya hanya mampu menjeling kearah kami tanpa berkata apa-apa.

Kakak iparnya terlalu amat gembira dengan kedatangan kami.Dia terlalu amat berbesar hati dengan penziarahan ini .

Sebelum kami akhiri program kami itu, sedikit sumbangan makanan asas serta duit dihulurkan mengikut kadar kemampuan yang terlalu terhad. Sumbangan yang disediakan melalui jualan kecil-kecilan yang diusahakan. Sumbangan dihulurkan dengan sampul "PAS UNTUK SEMUA" yang dicetak sendiri. Ini cukup memberi erti yang besar buat kami dan sudah semestinya ia memberi satu kepuasaan buat kami .

Sebelum keluar sempat juga dijeling kedinding rumah. Banyak sijil-sijil yang digantung termasuklah sijil suaminya sebagai JKK ditaman tersebut .

Wednesday, June 24, 2009

APABILA SETINGGAN BERUBAH ...



Jun

Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan agar pihak pejabat Daerah membantu menyelesaikan isu pemberian hakmilik tanah Kampung Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya Ampang, ianya merupakan satu berita yang amat menarik untuk didengar.

Kampung yang dulunya berasal dari kampung setinggan tapi kini akan berubah menjadi satu KAMPUNG CONTOH yang akan dipenuhi dengan berbagai kemudahan dan akan menjadi kampung dengan pelbagai aktiviti ekonomi yang memberansangkan.


Kampung yang terletak bersebelahan kawasan bandar, yang telah diterokai selama 34 tahun dan mempunyai kira-kira 400 keluarga berpotensi untuk dimajukan kerana penduduknya yang terlibat dengan industri kecil-kecilan dalam pembuatan 'tempe' , 'jahitan' dan 'batik lukis' juga akan dikomersialkan keperingkat yang lebih tinggi.

Ini merupakan satu tindakan yang semestinya dipuji dalam hal untuk membela rakyat terutama kepada rakyat yang telah lama terbiar dengan segala kepayahan dan penindasan.

Apabila sebuah kampung setinggan yang dulunya kotor lagi hodoh disebabkan infrastrukturnya yang tidak terbela mampu untuk bertukar wajah kearah menjamin masa depan yang lebih bagus maka apatah lagi bagi sebuah bandar .



Tentu perubahan ini amat menakutkan BN kerana 50 tahun dibawah pemerintahannya disertai dengan sumber kekayaan negeri Selangor yang banyak, namun masih lagi tidak mampu untuk membawa perubahan kepada rakyat yang miskin. Sebaliknya tanah-tanah banyak dirampas.
Manakala rumah-rumah pangsa yang telah disiapkan untuk dibeli oleh mangsa ini, amatlah tidak sesuai. Walaupun dikatakan rumah pangsa yang dilengkapi dengan 3 bilik , tapi yang amat dikesalkan adalah ruang nya terlalu sempit yang mana terdapat ruang dapurnya dimuatkan diruang tetamu dibahagian hadapan rumah (tiada pemisahan antara ruang tetamu dan dapur) .Tak pasti samada itu ruang tetamu atau ruang dapur kerana telah dicantumkan sekali.
Terdapat juga bilik air serta tandasnya terletak dipintu masuk tetamu . Dan terdapat juga rumah pangsa yang tetamu nya akan melalui ruang dapur dulu sebelum memasukki ruang tetamu. Penulis seperti merasakan bahawa ini adalah bentuk sekadar 'melepaskan batuk ditangga.'
Oleh itu diharapkan bahawa dengan pemerintahn PAKATAN RAKYAT yang baru setahun jagung ini , maka satu perubahan yang besar akan berlaku dalam erti kata yang sebenar " Menuju Negara Berkebajikan".
Kekayaan yang telah dikurniakan oleh ALLAH S.W.T , hargailah dengan AMANAH. Jangan dibiarkan segala bentuk kekayaan terus diratah sepuas-puasnya oleh insan -insan yang jahil.
Pastikan MALAYSIA BEBAS dari segala penyakit-penyakit yang memudaratkan dengan menjalankan segala amanah dengan telus kerana walau pun dimana kita berada , kita tetap berbumbungkan langit , berpijakkan bumi dibawah kekuasaan yang Maha Esa.



Tuesday, June 23, 2009

MALANG TIDAK BERBAU




22Jun. Bukit Duyong.

Malam tadi adik Muhammad Hafiz, 10 tahun yang menuntut disekolah Demang Husin , Bukit Katil telah dilanggar kereta ketika melintas jalan sewaktu pulang setelah menunaikan solat Isyak disurau An Nur , Bukit Duyong.


Memang setiap hari , ramai anak-anak disekitar situ yang datang untuk bersolat berjemaah waktu maghrib dan isyak serta mengikuti kelas mengaji serta fardhu ain yang memang diadakan untuk anak-anak disurau Bukit Duyong.


Adik Hafis merupakan anak kepada Saudara Suhaimi Suhad , setiausaha bagi Cawangan Taman Tun Rahah.

Kejadian berlaku sewaktu adik Hafiz sedang melintas dengan menunggang basikal untuk pulang kerumahnya yang terletak diTaman Duyong Permai. Abangnya turut tergamam ketika kejadian berlaku setelah melintas awal dari adiknya.
Bapanya yang masih lagi berada surau berkejar sebaik sahaja mendengar bunyi brek kereta yang kuat.Adik Hafiz dibawa kehospital besar dan seterusnya lapuran polis juga telah dibuat.
Walaubagaimanapun adik hafiz hanya mengalami kecederaan kecil sahaja dibahagian dipipinya jika dibandingkan bunyi brek kereta yang kuat yang dapat didengari dari jauh. ALLAH MAHA BERKUASA.


Alhamdulillah, dalam lawatan Ketua Lajnah Kebajikan kerumah adik hafis petang tadi, beliau didapati sihat dan bertenaga.Sedikit sumbangan juga telah diberikan kepada adik Hafiz dengan harapan adik Hafiz akan tetap datang solat berjemaah serta mengikuti kelas seperti biasa.
"Sahabat-sahabat surau" juga turut menziarahi adik Hafiz pada waktu yang sama sempat bergambar bersamanya.

"Syukur kepada ALLAH , Hafis selamat" itulah kata kesyukuran dari ibunya yang tidak tahu menahu tentang kemalangan itu sehinggalah Hafis balik dibenarkan keluar dari hospital jam 3 pagi. Ibunya hanya menyangka bahawa anaknya lambat pulang kerana mengikut ayahnya berceramah.


Monday, June 22, 2009

PAS KAWASAN UMUMKAN PERLANTIKAN 12 AJK TAMBAHAN

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil mengumumkan perlantikan 12 orang AJK Tambahan PAS Kawasan bagi sessi 2009/2011. Mereka terdiri daripada :-
  • Haji Bakrin Sidek
  • Haji Zamri Ahmad
  • Roslee Jamaluddin
  • Haji Zulkiflee Zakaria
  • Haji Arshad Hussin
  • Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz
  • Hassan Mohamad
  • Haji Sepri Abdul Rahman
  • Azmy Abdul Rahim
  • Prof Dr Haji Hamirdin Ithnin
  • Yusof Wahab
  • Hasnol Ismail

Ramli mengharapkan saf AJK yang baru dilantik tersebut dapat memainkan peranan yang berkesan bagi memantapkan lagi PAS Kawasan dalam mendepani cabaran semasa yang mencabar ini.

PRK MANEK URAI : PAS KAWASAN BERTUGAS PADA 11-14 JULAI

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Kawasan Bukit Katil, Haji Yassim Musa berkata PAS Kawasan akan bertugas di Manek Urai pada 11-14 Julai depan bagi membantu jentera PAS mempertahankan kerusi Manek Urai.

PAS Kawasan akan menghantar 4 orang petugas sepenuh masa pada tarikh tersebut di mana ianya akan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif.

Haji Yassim berkata PAS Kawasan yang akan bertugas di Peti Undi Sungai Soh di jaga oleh PAS Kawasan Kubang Kerian dengan dibantu oleh PAS Negeri Sembilan dan Melaka.

Pada PRU 2008 lalu PAS memenangi Peti Undi tersebut dengan majoriti yang agak besar.

Ditanya tentang keyakinan PAS memenangi PRK tersebut, Haji Yassim menyatakan bahawa walaupun pertarungan di Manek Urai dijangka sengit namun PAS tidak menghadapi masalah untuk mempertahankannya.

PAS KAWASAN LETAKKAN KPI UNTUK TAHUN 2009

PAS Kawasan Bukit Katil mengorak langkah meletakkan Key Performance Indicator (KPI) untuk dicapai oleh PAS Kawasan pada tahun 2009.

Setiausaha PAS Kawasan, Ramli Dalip dalam kenyataannya kepada blog ini menyatakan antara KPI penting yang disetkan meliputi 3 perkara utama iaitu berkaitan Organisasi, Tarbiah dan Pilihanraya.
Ramli Dalip berkata untuk organisasi PAS Kawasan meletakkan sasaran pertambahan 50 orang ahli sebulan manakala untuk Tarbiah setiap cawangan mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu usrah.
Selain itu bagi Pilihanraya pula PAS Kawasan meletakkan target bahawa setiap UPU mesti mempunyai organisasi lengkap.
"Ini adalah sebahagian KPI yang kami letakkan di mana semuanya sekali sebanyak 30 KPI telah kami setkan berlandaskan 3 kategori utama iaitu Organisasi, Pilihanraya dan Tarbiah". kata Ramli ketika ditemui selepas Mesyuarat bulanan PAS Kawasan di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam tadi.

Sunday, June 21, 2009

FAKIR DAN MISKIN DI MELAKA

Assalamualaikum,


Bilangan Asnaf Fakir Mengikut Pecahan Daerah
Daerah
Fakir
Miskin
Melaka Tengah
1010
1019
Alor Gajah
688
677
Jasin
521
640
JUMLAH
2219
2336
Bilangan Asnaf Fakir Mengikut Pecahan Parlimen
Parlimen
Fakir
Miskin
Bukit Katil
328
243
Kota Melaka
370
370
Tangga Batu
312
406
Masjid Tanah
337
438
Alor Gajah
454
347
Jasin
418
532
JUMLAH
2219
2336
Senarai Bilangan Penerima Bantuan MAIM Bagi Kategori Asnaf Fakir Dan Miskin Pecahan Dun Di Dalam Negeri Melaka
Melaka Tengah
Parlimen Dun
Fakir
Miskin


Bukit Katil
Ayer Keroh
46
47
Bukit Baru
77
53
Bachang
94
62
Air Molek
111
81
328
243

Parlimen Dun
Fakir
Miskin


Kota Melaka
Kota Laksamana
10
18
Duyong
106
100
Bandar Hilir
23
27
Telok Mas
134
113
Kesidang
97
112
370
370

Parlimen Dun
Fakir
Miskin


Tangga Batu
Sungai Udang
32
44
Pantai Kundur
101
167
Paya Rumput
91
90
Klebang
88
105
312
406
Alor Gajah




Parlimen Dun
Fakir
Miskin


Alor Gajah
Rumbia
74
62
Gadek
95
70
Machap
76
43
Durian Tunggal
106
64
351
239

Parlimen Dun
Fakir
Miskin


Masjid Tanah
Kuala Linggi
77
93
Tanjung Bidara
76
105
Ayer Limau
72
108
Taboh Naning
53
80
Lendu
59
52
337
438




Jasin



Parlimen Dun
Fakir
Miskin


Alor Gajah
Asahan
104
108

Wednesday, June 17, 2009

PAS KAWASAN SOKONG PERLANTIKAN USTAZ GHANI

PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kerana sekali lagi diamanahkan oleh perwakilan sebagai AJK PAS Pusat pada muktamar PAS Pusat baru-baru ini.
Selain itu PAS Kawasan juga menyokong penuh perlantikan semula beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka bagi sessi 2009/2011.
Sesungguhnya perlantikan tersebut membuktikan bahawa beliau masih mendapat kepercayaan penuh dari ahli dan kepimpinan PAS.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 sessi lepas Adly Zahari dikekalkan untuk sessi 2009/2011. Sementara Mejar (B) Jasme Tompang dilantik sebagai TPJ 2 dan YDP Kawasan Tangga Batu, Ustaz Kamis Saat dipilih sebagai TPJ 3.
Mejar (B) Jasme juga dikekalkan sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka.
Selain itu Setiausaha dan Bendahari sessi lalu iaitu Harun Mohamed dan Husni Balis Ali juga dikekalkan pada sessi ini.
YDP PAS Bukit Katil, Sofi Wahab pula dikekalkan sebagai Ketua Penerangan untuk sessi ini.
Semoga perlantikan baru ini akan memberikan sinar baru kepada perjuangan PAS di Melaka.

Tuesday, June 16, 2009

JEMPUTAN IJTIMAK DWIBULANAN PAS KAWASAN

Seluruh rakyat negeri Melaka khasnya yang tinggal di Parlimen Bukit Katil dijemput untuk menghadiri Ijtimak Dwibulanan PAS Kawasan Bukit Katil yang akan diadakan pada 21 Jun Ahad ini di Pusat Tarbiah Kampung Paya Dalam.
Program ini akan bermula pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi.
Untuk kali ini pengisian program akan dipenuhi dengan kuliah Dhuha oleh Ustaz Faisol Muhammad.

Thursday, June 11, 2009

MERANGKUL BUKAN MEMINGGIR

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)




AIR KEROH- 11 Jun

Ketua Kebajikan Kawasan Bukit Katil telah berpeluang menziarahi kematian kepada jiran anak usrah yang tinggal diAyer Keroh yang dikenali sebagai "Bibi"yang berugama Budha sebelum mayatnya dibawa untuk dikebumikan di tanah perkuburan.

Turut disertakan dengan sedikit sumbangan diatas nama PAS Kaw Bukit Katil dalam usaha untuk mengenali diantara satu sama lain terutama dalam mengenali budaya orang-orang yang bukan beragama Islam..Semuga kita dapat meneruskan sikap yang lebih terbuka dengan bersikap merangkul dan tidak meminggir walau apapun agama dan bangsa seseorang.














Friday, June 5, 2009

SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA PERWAKILAN PAS KAWASAN

PAS Kawasan Bukit Katil pada muktamar tahunan ke 55 pada tahun ini diwakili oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab; TYDP Haji Muhammad Ali Sharif; NYDP Haji Ismail Ahmad; Setiausaha Ramli Dalip dan Bendahari Haji Ab Rahhim Idris.
Lebih manis pada tahun ini PAS Kawasan diberi penghormatan untuk mewakili Melaka membahaskan ucapan dasar Presiden.
Insya Allah para perwakilan akan menimba pengajaran dan membawa pulang segala amanat serta pesanan pimpinan tertingi untuk dijadikan pedoman dalam meneruskan perjuangan kita.

Wednesday, June 3, 2009

JANGAN ASINGKAN DIRI DARI JEMAAH - USTAZ IDRIS

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Haji Ahmad menyeru kepada seluruh ahli PAS supaya sentiasa istiqamah bersama Jemaah (PAS) dalam apa juga keadaan kerana dengan cara itu sahajalah ahli PAS akan selamat dari sebarang godaan dan fitnah.

"Sudah banyak contoh di mana pemimpin dan ahli yang lari dari perjuangan akhirnya mereka tidak dihormati oleh masyarakat, hidup main susah dan akhirnya hanyut di pentas dunia".

"Insya Allah jika kita istiqamah Allah akan pelihara kita, sahabat akan beri nasihat dan pertolongan dalam apa juga kesusahan dan mehnah" katanya.

Beliau juga mengingatkan peri pentingnya semua peringkat PAS mengadakan usrah bagi membina peribadi dan ilmu, membina organisasi serta menjaga ukhhuwwah dan kebajikan.

"Jika kita bertemu seminggu sekali dalam usrah sudah tentu kita akan dapat maklumat terkini tentang jemaah, aktiviti. Kita juga akan dapat ilmu-ilmu haraki, tingkatkan ibadat dengan ma'thurat dan lain-lain."

"Banyak cawangan yang mati kerana tiada usrah dan markas, akhirnya cawangan terus berkubur, ahli hilang dan jemaah kian lemah" ujar beliau.

Beliau melahirkan rasa kesal disebabkan ada diantara kawasan yang mempunyai cawangan yang banyak dan bilangan usrah yang sangat sedikit.

"Ada tempat yang cawangannya 99 buah tapi usrah dibuat di 2 cawangan sahaja, markas jadi usang dan berabuk kerana tiada usrah dan aktiviti" kata beliau.

Beliau berkata demikian pada program usrah gabungan PAS Kawasan Bukit Katil anjuran bersama PAS Cawangan Taman Cempaka di Markaz PAS Taman Cempaka malam tadi.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ali Sharif, NYDP Haji Ismail Ahmad, Penolong Setiausaha Haji Salamat Aman, Bendahari Haji Ab Rahhim Idris, Ketua Dewan Pemuda, Puhat Bedol dan pimpinan PAS Kawasan dan Cawangan seluruh Bukit Katil.

Tuesday, June 2, 2009

PAS KAWASAN SERU RAKYAT MELAKA SERTAI SKIM PENYAYANG

AJK PAS Kawasan, Puan Masturah Hassan menyeru seluruh rakyat negeri Melaka khasnya penduduk di Parlimen Bukit Katil supaya menyertai Skim Penyayang anjuran PAS Negeri Melaka yang terbukti mampu meringan bebanan ahli keluarga individu yang ditimpa musibah kematian.

Dalam kenyataannya kepada Blogbukitkatil, Masturah berkata Skim ini sudah berjaya di laksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Selangor dan kini ia dianjurkan oleh PAS Melaka.

"Yuran penyertaan skim ini adalah sebanyak RM20.00 untuk tempoh perlindungan selama setahun dan ia terbahagi kepada skim iaitu bagi peringkat umur 18 sehingga 65 tahun bagi skim pertama."

"Sementara bagi skim kedua pula adalah untuk untuk mereka yang berusia antara 66 tahun sehingga 80 tahun. Sumbangan akan diterima waris si mati apabila pencarum skim pertama skim pertama meninggal dunia, waris akan menerima sebanyak RM6,000 untuk kematian dan RM1,000 untuk urusan pengebumian."

Manakala bagi skim kedua pula, pewaris akan menerima sumbangan kematian sebanyak RM1,000 dan urusan kematian sebanyak RM1,000.
Sebelum ini menurut Masturah beberapa waris di mati telah menerima manfaat dari skim ini, antaranya waris kepada Allahyarham Ismail Sedek yang menerima RM2,000.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kepada waris Ismail pada program Hari Terbuka Muslimat baru-baru ini (Gambar).

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai skim ini boleh menghubungi Husni Balis di talian 0162772288 atau pejabat Perhubungan di talian 06284 1780.

IJTIMAK BULANAN AKAN DIADAKAN 2 KALI SEBULAN

Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Ijtimak Bulanan sebanyak 2 kali iaitu pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
Ijtimak tersebut akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Yusran pada minggu pertama dan Ustaz Sheikh Faisol pada minggu ketiga. Tempat ijtimak masih sama iaitu di Pusat Tarbiah PAS Cawangan Paya Dalam.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Haji Mohd Ali Sharif menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS supaya hadir beramai-ramai pada ijtimak tersebut bagi memantapkan lagi ilmu haraki dan Islami di kalangan ahli dan penyokong PAS.

USRAH GABUNGAN BERSAMA USTAZ IDRIS MALAM INI

PAS Kawasan akan mengadakan usrah gabungan bersama AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Haji Ahmad di Markas PAS Taman Cempaka selepas maghrib malam ini.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Haji Mohd Ali Shariff menyatakan bahawa Usrah Dwimingguan yang sepatutnya diadakan di Pejabat PAS Bukit Baru dipindahkan ke Taman Cempaka bagi membolehkan ianya diadakan serentak dengan kuliah maghrib berupa pengisian tarbiah oleh Ustaz Idris.
Haji Ali menyeru seluruh ahli usrah PAS Kawasan supaya hadir pada program tersebut. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada beliau di talian 019-655 1818.

Monday, June 1, 2009

TAHNIAH BUAT PASTI BUKIT KATIL

PASTI kawasan Bukit Katil berjaya menjuarai kejohanan PASTI Negeri Melaka apabila menggondol Naib Johan dalam acara Bolasepak dan tempat ketiga acara Bolajaring pada sukan tahunan PASTI negeri minggu lalu.
Kejayaan ini menunjukkan bahawa PASTI terus mempamerkan kemajuan dan kesinambungan di dalam sukan dan akademik.

Dalam bidang akademik PASTI kawasan Bukit Katil merupakan PASTI yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai dalam negeri Melaka.

Syabas PASTI Bukit Katil.