.

BAGI MENJALANKAN AKTIVITI KAMI MEMERLUKAN DANA SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN PAS KAWASAN BUKIT KATIL, BANK ISLAM 04015010048965. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Wednesday, July 29, 2009

AL INSAN


..."Dan mereka memberi makan makanan dalam hal cinta kepadanya, kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan.."(Surah Al Insan : ayat 8).


Didalam tafsir Al Azhar karangan Prof Hamka menghuraikan tentang orang-orang tawanan yang ditawan didalam peperangan. Orang yang terdesak tidak dapat melawan lagi. Dia pun tunduk.

Menurut peraturan peperangan , orang yang tertawan itu tidak boleh diperangi lagi. Senjatanya dilucuti dan dia ditahan. Maka selama dia ditahan maka WAJIBlah bagi yang menawan memeliharanya dan menjaga kesehatannya. Beri ia layanan yang baik. Beri dia makanan yang baik serta beri mereka perubatan.

Rasulullah s.a.w sendiri telah melakukan ini dalam perang Badar.Kaum muslimin telah dapat menawan 70 orang musyrikin, yang selama ini amat memusuhi Islam, sampai mengusir nabi dari kampung halaman dan mereka telah berperang dengan hebat sekali diPadang Badar itu. Tetapi setelah musyrikin kalah , banyak yang tertawan disamping banyak yang mati. Rasululullah s.a.w menyuruh sediakan makanan selama tertawan itu dengan sebaik-baiknya. bahkan orang tawanan didahulukan makan daripada mereka sendiri , ketika makan tengah hari (Ghadaa')

Inilah akhlak mulia yang telah ditunjukkan oleh Islam 1400 tahun dahulu. Walau pun orang tawanan yang telah ditawan kerana terang dan nyata mahu membunuh umat Islam sehingga berlakunya peperangan besar yang pertama dalam sejarah Islam yakni perang Badar namun mereka tetap diberi layanan yang baik . Bukan setakat layanan yang baik saja malah orang tawanan didahulukan makan dahulu daripada orang-orang Islam itu sendiri.

Lihatlah bagaimana ini merupakan satu contoh tauladan yang baik yang diajar oleh Islam. Perbuatan mendera, menghina, menumbuk , memukul, meludah serta apa saja perbuatan yang menyakiti orang tawanan bukan saja dilarang oleh Islam malah bertentang sama sekali dengan kehendak Islam..,apatah lagi menawan orang yang tiada bukti kesalahannya.
Begitulah diantara ilmu yang dapat dipetik didalam usrah PAS Kawasan malam tadi , untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kita . Kupasan dari awal-awal surah Al Insan yang menceritakan tentang manusia. Manusia yang hanya berasal dari air mani laki-laki dan perempuan lalu diuji disepanjang kehidupan.
Beruntunglah mereka yang ikhlaskan diri dalam mencari keredhaan Illahi disepanjang kehidupannya bagi menegakkan syiar Islam kerana telah disediakan ganjaran syurga yang tidak tergambarkan keindahannya oleh mana-mana manusia.
Rugilah mereka yang engkar, sombong lagi bongkak, terus menerus melakukan kemaksiatan disepanjang kehidupan .



Monday, July 27, 2009

IJTIMAK TARBAWI PAS MELAKA

Ijtimak Tarbawi PAS Melaka yang pertama bagi sesi 2009-2011, telah berjalan lancar semalam.
Program yang diadakan diMaahad Ar Rahmah telah turut dihadiri oleh ajk PAS Kawasan Bukit Katil.
Ustaz Faisol selaku ahlijawatankuasa Dewan Ulamak Negeri telah mempengerusi majlis tersebut.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Hj Ismail selaku Ketua Lujnah Tarbiyah negeri Melaka.
Manakala perasmian dibuat oleh Pesuruhjaya Al-Fadhil ustaz Hj Abdul Ghani hj abd Rahman.

2 pembentangan kertas telah dibentangkan diprogram ini.
  1. KepentinganTarbiyyah dalam Harakah Islamiah.
  2. Pas sebagai jemaah Islam.

Pengisian kertas kerja tentang "Kepentingan Tarbiyyah Dalam Harakah Islamiah" telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj zulkifli Hj Ismail.

Kupasan yang telah mengambil masa selama 1 jam itu telah menjelaskan bahawa tarbiyyah memainkan peranan yang amat penting dalam gerakan Islam.

Bila ianya diibaratkan kepada batang tubuh manusia maka Tarbiyyah merupakan kepala bagi batang tubuh manusia itu sendiri.Masakan manusia berjalan tanpa kepala , begitulah juga dengan sesebuah gerakan Islam.

Kertas kerja ini cuba menyingkap kepada para hadirin, kedarurian tarbiyyah dan dakwah dalam jemaah adalah sama penting dengan program politik dan pilihanraya. Kedua-duanya mesti dijayakan bersungguh-sungguh. Ianya perlu selari.

Kertas kerja ini menyingkap tentang kesan buruk pengabaian tarbiyyah yang betul tentang bagi ahli-ahli dan para pendukung harakah Islamiah.

Pembentangan kertas kerja 2 disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dato' Hj Abu Bakar Cik

Pengisian kertas kerja 2 yang mengupas tentang Peranan individu dalam jemaah Islam dan peranan PAS sebagai jemaah Islam.

Adalah menjadi kewajipan kepada kita sekelian meneruskan perjuangan melalui PAS ini selama ianya tetap diatas dasar Islamnya. PAS sebagai sebuah wadah dan harakah yang menjadi alat dan wasilah untuk mendaulatkan Islam dinegara ini mestilah meneruskan gerakannya atas dasar Islam. Perjuangan ini adalah kerana ALLAH SWT demi menyempurnakan ketaqwaan kepada ALAH.

Muslimat juga tidak ketinggalan bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Friday, July 24, 2009

YB DATO SERI NIZAR BEGITU BERSEMANGAT

YB Dato Seri Nizar begitu bersemangat sekali dalam ceramah sulungnya diBukit katil .
"Saya nak orang-orang UMNO disini tahu , bagaimana zalimnya pemimpin UMNO yang merampas kuasa diPerak" itulah diantara ucapan yang diberikan oleh Dato Seri Nizar yang berucap diceramah perdana di Bukit Katil malam tadi.
"Tanda-tanda Melaka akan menang kerana dapat faham orang yang haus , .Tak payah mintak. InsyaALLAH", itulah diantara gurauan yang sempit beliau selitkan didalam ucapannya sebaik sahaja saudara Sofi Wahab selaku pengerusi ,menuangkan air minuman didalam gelas beliau buat kali ketiga lalu diiringi dengan suara takbir dari para hadirin.
Beliau yang turut diiringi oleh isteri dan 2 orang anaknya bercakap dengan berkobar-kobar ,dalam menceritakan tentang rampasan kuasa yang berlaku diPerak dan begitu bersemanagt serta berazam untuk terus memperjuangan kebenaran .
Turut serta didalam ceramah perdana ini ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Ghani Abd Rahman, ADUN Kesidang ,YB Goh Leong San serta Saudara Adli Zahari.

SOLAT GERHANA MATAHARI

Solat gerhana matahari telah pun diadakan diMaahad Ar Rahmah pada jam 9 pagi semalam. Diantara yang hadir TYDP Tuan Haji Mohd Ali , NYDP Tuan Hj Ismail Ahmad, Bendahari Tn Hj Rahim ,Ketua Urusan Ulama Ustaz Norkhairi ,Tn Hj Salim Tahir , Tuan Haji Mohd Diah ,Tn hj Yasim Musa ,Tuan Hj Zul serta beberapa lagi ajk PAS Bukit Katil Turut serta bererapa ahli PAS Bukit Katil.
Tazkirah juga turut diberikan selepas menunaikan solat gerhana matahari.Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Khairi Abd Aziz.

Pelajar-pelajar juga tidak ketinggalan di dalam majlis ini.




Wednesday, July 22, 2009

Ni'mat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu , kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami
jadikan segala sesuatu yang hidup.
(Surah Anbia:30)

Berlaku pada zaman Rasulullah satu kejadian gerhana sepenuh.Orang ramai menganggapnya suatu mu'jizat memberikan suatu tanda bahawa keadaan alam turut sama-sama melahirkan duka nestapanya kerana kewafatan anakanda Rasulullah yang bernama Ibrahim.
Maka Rasulullah tidak lupa terhadap Risalahnya yang agung walaupun ketika berlakunya kesedihan yang amat sangat kepada Baginda lalu Baginda mengucapkan kata-katanya yang masyur:
yang bererti:
Bahawa matahari dan bulan itu ialah dua dari tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan) ALLAH tidak keduanya gerhana dengan sebab kematian sesiapa pun.

Besarnya matahari berbanding dengan besarnya bumi ialah 1,305,000 kali ganda besar. Ukuran jarak lintangnya ialah lebih kurang 1,400,000 km.Walaupun begitu terdapat bintang-bintang lain yang 800 kali ganda dari matahari.Jaraknya dari bumi lebih kurang 92 million batu. Cahaya sampai kebumi dalam masa 8 minit sahaja (kederasan perjalanan cahaya ialah 186000 batu sesaat).

Gerhana matahari berulang-ulang kali berlakunya kerana peredaran bumi sekeliling matahari dan peredaran bulan sekeliling bumi pada satu masa yang sama.
Apabila bulan terletak ditengah-tengah antara bumi dan matahari , terlindunglah cahaya matahari daripada bumi dan bila terlindung matahari itu sepenuhnya jadilah gerhana itu gerhana sepenuh(total eclipse) dan kalau sebahagian sahaja daripanya yang terlindung dari matahari maka jadilah gerhana tak sepenuh ( partial eslipse) .

Gerhana tidak berlaku melainkan apabila sampai bayang bulan kebumi dan bayang ini tidak meliputi melainkan sebahagian kecil dari permukaan bumi tidak pun sampai 170 batu. Gerhana matahari sepenuh tidak berkekalan pada satu tempat tidak lebih 8 minit.

Diketahui tempoh-tempoh gerhana itu dengan cukup-cukup tepat dengan erti kata kalau terjadi gerhana matahari sepenuh pada suatu tarikh yang tertentu maka gerhana yang seterusnya akan berlaku selepas tempoh 18 tahun 10 hari 8 jam. Dengan itu dapatlah para ulama meramalkan berlakunya dengan tepat sekali.

Sabda Rasulullah(s.a.w)
'Berfikir sesaat lebih baik dari beribadat setahun'

' Berfikirlah kamu tentang ciptaan ALLAH dan jangan kamu berfikir tentang zatnya kelak kamu akan binasa'.

Firman ALLAH SWT
'Perhatikalah kamu apakah yang ada dilangit-langit dan bumi'.

Seorang tokoh Islam berkata
'Ilmu itu suatu benda yang mustahil dapat dicapai kesemuanya maka ambillah kamu daripadanya yang sebaik-baiknya'.
'

Oleh itu Pas Kawasan akan mengadakan program Solat Gerhana Matahari pada jam 9.30 pagi di Madrasah Ar Rahmah Solok Gaung, 29 Rejab/22 Julai .
Marilah sama-sama kita kita memuji serta membesarkan ALLAH menandakan cintanya kita kepada ALLAH SWT. Rebutlah peluang serta ruang sementara hidup untuk memikirkan tentang penciptaanNYA.

Firman ALLAH
'dan orang-orang yang beriman amatlah cintanya kepada ALLAH'


Imam Syafi'i telah berkata dalam sebuah sajaknya
" Aku telah mengadu kepada guruku yang bernama Waki' tentang keburukan hafalanku ( lambat mengingati apa yang dipelajari). Maka ia telah menunjuk kepadaku supaya aku meninggalkan segala rupa ma'siat kerana katanya ilmu itu adalah suatu cahaya dan cahaya ALLAH tidak diberi kepada orang yang melakukan maksiat"

Saturday, July 18, 2009

PROGRAM TARBAIH : QIAMULLAIL MALAM INI DAN IJTIMAK ESOK

Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Bukit Katil terus mengorak langkah menggerakkan tarbiah di peringkat kawasan dengan menganjurkan program berkala iaitu Qiamullail bulanan dan Ijtimak Dwibulanan.
Qiamullail akan dilangsungkan malam ini dan Ijtimak PAS Kawasan esok. Kedua-dua program tersebut dijalankan di Markaz Tarbiah PAS Paya Dalam.
Seluruh ahli PAS Bukit Katil dan Negeri Melaka dijemput hadir.

Wednesday, July 15, 2009

MANEK URAI YANG DITINGGALKAN..


Pagi tadi 15 julai 5 petugas PAS Kawasan Bukit Katil telah pun selamat sampai ke Melaka dan telah sempat menunaikan solat subuh dimarkas Bukit Katil setelah bertolak dari manek Urai pada jam 10 malam . Tahniah diucapkan kepada 5 petugas dari Kawasan Bukit Katil yang telah sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit dalam tugasan ke Manek Urai.Satu pengorbanan yang amat dihargai.


Betulkan niat bahawa kedatangan ke Manek Urai bukanlah semata-mata kerana pilihanraya tetapi lebih bermotif untuk membantu Agama ALLAH kerana apabila niat keikhlasan demi membantu agama Allah , pasti Allah juga akan membantu dari berbagai-bagai arah tanpa pengetahuan kita.

Jadi samada menang dengan majoriti yang banyak atau majoriti yang sedikit bukanlah menjadi ukuran yang sebenar , apa yang lebih penting wakil rakyat yang telah dilantik sekarang mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan mestilah dijalankan secara berterusan dari dulu dan seterusnya.


Matlamat tidak menghalalkan cara"..PAS memperjuangkan dasar yang hak. Meneruskan perjuangan yang suci dengan telus dan penuh keikhlasan. PAS tidak boleh menjadi parti panorama yang penuh dengan kepura-puraan yang hanya bekerja keras apabila tiba piliharaya dan terus menghilang apabila kemenangan telah diraih kerana PAS tidak boleh menjadi parti bermusim. PAS parti yang menjadikan ISLAM sebagai Dasar Perjuangan. Parti yang mementingkan dakwah, tarbiah,perpaduan dan sudah semestinya tidak terkecuali dari menjaga kebajikan masyarakat.



Bagi petugas-petugas Bukit Katil, jadikan pengalaman di Manek Urai satu pengajaran yang terbaik dalam cubaan untuk memenangkan di Melaka terutama Dun Kawasan Bukit Katil dalam PR 13 nanti. Muhasabah adalah perkara yang terbaik dalam perjuangan ini.

Dalam berhadapan dengan "Zon Kelesaan" yang amat sangat yakin bahawa PAS akan menang dengan majoriti yang besar rupa-rupanya tersilap jangkaan juga akhirnya. Dikala sibuk diperkatakan bahawa PAS sedang menguasai banyak peti undi, rupa-rupanya tersilap menilai pengundi .. Perjuangan berdasarkan Islam tetap diuji dari dulu , kini dan selamanya..
Puak Kebatilan tidak akan memberikan kemenangan mudah bagi yang diatas jalan Kebenaran. Mereka punyai banyak jalan untuk menipu namun kita kita punyai ALLAH untuk membantu. Oleh itu bersiap sedialah serta berhati-hati dalam setiap keadaan.


Maka bagi ahli-ahli Kawasan Bukit Katil teruskanlah agenda KBSM (bersama masyarakat dalam hal Kenduri, Bersalin, Sakit dan Mati) yang dilaung-laungkan tanpa mengira kaum. Jangan jadikan degahnya sekadar slogan yang akhirnya cuma tercatit dikertas sekadar bicara. Gunakan segala daya yang ada semaksima yang mungkin. Segala keringat yang keluar , hasil titik peluh jemaah adalah lebih diberkati lebih-lebih dalam hal perjuangan kejalan ALLAH.



"Allah berfirman: " Kami akan membantu engkau dengan mengutus saudaramu, dan Kami akan memberikan kepada kamu berdua kekuasaan yang besar, sehingga Firaun dan pengikutnya, tidak akan dapat menganiaya kamu berdua. Berangkatlah kamu berdua dengan membawa mu'jizat-mu'jizat kami. Kamu berdua dan orang-orang yang mengikuti kamu, itulah yang akan menang."


(Surah Al Qasas: ayat 35)

Saturday, July 11, 2009

PETUGAS KAWASAN KEMANEK URAI




Dalam usaha PAS Kawasan Bukit katil bertekad bersungguh-sungguh bagi membantu mempertahankan kemenangan Manek Urai pada 14 Julai ini, 5 petugas Kawasan Bukit Katil telah pun bertolak ke Manek Urai, pada 10 Julai , jumaat jam 4 petang.





Petugas yang telah pun dihantar merupakan TYDP, Tn Hj Mohd Ali, Bendahari Tn Hj Rahim, Ketua Penerangan Saudara Zainal, Setiausaha Saudara Ramli dan Tn Hj Zul.
Mereka kini bertugas di Unit Peti Undi Sungai Sok bersama-sama PAS Kawasan Kubang Kerian dan Negeri Sembilan.
Manakala Timbalan Ketua jawatankuasa Pilihanraya PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Yassim Musa telah pun berada disana lebih awal.
"Kami akan bersungguh-sungguh berjuang bagi membantu kemenangan piliharaya kecil Manek Urai' , itulah diantara tekad petugas Kawasan Bukit katil.

PEMANTAUAN USRAH


Baru baru ini, Ketua Lajnah Tarbiah Kawasan , Tuan Hj Mohd Ali serta setiausahanya , Tuan Hj Mohd Karim telah memulakan pemantauannya bagi sesi 2009-2011 dalam memastikan bahawa usrah berjalan betul mengikut konsep dan modul yang digariskan.


Cawangan pertama yang dilawati adalah Cawangan Solok Gaung yang telah mengadakan usrah pada sebelah malam ,oleh ustaz Abu selaku naqib usrah dicawangan tersebut.



Sunday, July 5, 2009

IJTIMAK BERJALAN SEBULAN 2 KALI MULAI JULAI

Ijtimak yang dijadualkan sebulan sekali pada mula perancangannya , kini telah menambahkan programnya 2 kali sebulan bermula hari ini, 5 Julai 2009. Ijtimak yang telah diadakan di Balai Islam, Paya Dalam telah mula mendapat tempat di hati para pendengarnyan walaupun pagi tadi kedatangan mereka disambut dengan hujan yang agak lebat. Namun itu bukan menjadi penyebab untuk tidak hadir didalam majlis ilmu yang mulia ini.


Ijtimak kini akan diadakan setiap 2 minggu sekali, bermula dari 5 julai 09. Diadakan pada hari Ahad pada setiap minggu pertama dan ketiga pada setiap bulan. Bertempat di Balai Islam , Paya Dalam bermula jam 9 hingga 10 pagi.

Para muslimat juga tidak ketinggalan bagi bersama-sama didalam majlis ilmu ini.

Kupasan Tafsir dari surah Al Hujurat di sampaikan oleh Ust Faisol manakala kupasan buku Islam dan Kerajaan di sampaikan oleh Ust Yusro secara berselang.


PAS KAWASAN Bukit Katil mengalu-alukan kedatangan semua samada ahli atau bukan ahli.
Semuga mendapat keberkatan dan kerahmatan dari ALLAH s.w.t.

Friday, July 3, 2009

KOTA TANPA SURAU

( Sekadar gambar hiasan)

Sebut saja kota, pasti dibayangkan bahawa ianya merupakan satu tempat yang menarik. Apatah lagi sekiranya kota itu dihasilkan dari kerajaan yang memerintah kerana mampu berbelanja tinggi untuk menghasilkan sebuah kota yang dikatakan cemerlang.

Meskipun pun yang dimaksudkan ini hanyalah merupakan sebuah bangunan yang dikatakan gah dikenali dengan nama "Kota Cemerlang' yang terdiri beberapa tingkat dimuatkan pula dengan pelbagai agensi kerajaan tambah lagi dikenali dengan nama ' one stop centre'kerana disediakan kemudahan bagi membabitkan bantuan kebajikan dan pembelaan dalam negeri Melaka.

Namun , agak malang sekali apabila sebuah bangunan yang dipersiapkan dengan berbagai kemudahan awam tidak terdapatnya sebuah surau awam bagi memudahkan orang ramai terutama yang beragama Islam untuk menunaikan solat dibangunan kota yang cemerlang.

Begitulah keadaannya apabila tidak pekanya pehak pengurusan terhadap agamanya sendiri dimana ini telah mengundang kesukaran bagi orang ramai yang datang berurusan di agensi-agensi kerajaan disitu.

Sepatutnya perancangan yang bijak lagi teratur diambil kira sewaktu sesuatu tindakkan akan dimulakan . Peramatan yang teliti mestilah diambil kira dari semua sudut terutama yang melibatkan orang awam khasnya yang berugama Islam.

Berbeza sekali jika dibandingkan dengan sebuah bangunan usang yang menempatkan tempat bagi orang-orang awam yang datang untuk bermain bowling ditempatnya, bukan saja disediakan sebuah ruangan khas yang agak sesuai untuk umat Islam menunaikan solat malah disediakan ruangan yang amat selesa lagi menarik untuk anak-anak kecil berserta ibu berehat disitu.