.

BAGI MENJALANKAN AKTIVITI KAMI MEMERLUKAN DANA SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN PAS KAWASAN BUKIT KATIL, BANK ISLAM 04015010048965. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Saturday, February 20, 2010

LAWATAN KE MAAHAD AR RAHMAH



Buat julung kalinya ajk PAS Kawasan Bukit Katil telah mengadakan pertemuan dengan Lembaga Maahad Ar Rahmah bertujuan bagi mengenali , menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pandangan serta cuba membantu bagi menambahkan dana Maahad Ar Rahmah.

Pertemuan singkat yang dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan Kawasan Bukit Katil telah berjalan dengan jayanya selama 3 jam.

Maahad Ar Rahmah telah di wakili oleh Tn Hj Mohd Diah selaku pengerusi serta Mudir dan 2 orang guru bagi sesi penerangan. Manakala PAS Kawasan telah diwakili oleh NYDP serta beberapa ajk Kawasan.

Beberapa bertanyaan turut di kemukakan bagi mendapatkan keterangan yang jelas tentang Maahad Ar Rahmah .

Semuga pertemuan ini dapat menghasilkan natijah yang baik..dan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

Wednesday, February 17, 2010

MENERUSKAN KEWAJIBAN





Lajnah Kebajikan Negeri Melaka bersama Lajnah Kebajikan Bukit Katil serta Lajnah Kebajikan Muslimat telah berkesempatan menziarahi saudara Abd Razak yang kini menatap di Bukit Larang, Melaka.


Beliau yang kini berusia 41 tahun lumpuh seluruh badan , di jaga oleh ayah beliau yang telah berusia 72 tahun. Razak hanya mampu minum melalui saluran tiub yang di pasang melalui hidungnya.


Mereka hanya tinggal berdua saja dirumah yang didiami sekarang. Ibu nya telah meninggal 2 tahun yang lalu manakala telah berpisah dengan isteri dan anaknya sebelum beliau jatuh sakit.

"Setiap pagi selepas menoreh getah, pakcik jaga dia" ujar bapanya yang ceria dengan kedatangan kami dan turut bersyukur dengan sumbangan yang di berikan.

Semuga ayahnya tabah serta sabar dalam menghdapi ujian yang segetir ini.

Thursday, February 11, 2010

LAGI!!! TURUN PADANG

Pengedaran kad sempena menyambut Tahun Baru disertai buah limau , telah berjalan lancar petang tadi.
Program anjuran Lajnah Perpaduan National Kawasan Bukit katil ini telah mendapat sambutan yang bagus dari penduduk yang berbangsa Cina .
Hampir 20 ahli PAS yang terdiri dari ajk Kawasan Bukit katil juga cawangan telah turun bersama-sama bagi menjayakan program ini.
Walaupun tanpa kehadiran pengerusi Lajnah Perpaduan national, program tetap berjalan lancar memandangkan akhi Mustapar Ali sedang berada di hospital setelah anaknya di kejar ke hospital tengahari tadi.
Didoakan agar cepat sembuh.

Di sertakan juga kad jemputan ke majlis sempena Tahun Baru Cina
yang akan diadakan pada 27 Februari, di Taman Sin Hoe, Bukit Baru pada 2.00 petang.

Wednesday, February 10, 2010

MEMENUHI KEWAJIPAN

"Celaka punya bas. Hari itu Penat akak dah tunggu ..dekat 3 jam. Kau nak tahu, akak dah tunggu dari pukul 3 , sampai pukul 6 petang...3 bas dah naik tapi tak turun-turun. Bas yang last itu ada, tapi sampai aja...dia dah geleng-geleng tangan..dah tak boleh naik lagi..engkau tahu macamana geramnya akak masa itu...dah lah bawa cucu", merungut seorang kakak yang aku kenali sebaik sahaja aku memasuki sebuah kedai minuman di Duyong. Nampak sangat kemarahanya.

"Tak guna ..tak ikut masa. Repot kat JPJ pun tak guna. Repot kat polis pun tak guna", dia meneruskan sungutan mungkin dah tak dapat nak bendong lagi kemarahannya lagi.


"Mas nak pergi mana?" tiba-tiba kakak itu bertanya pada aku


" Nak ziarah orang meninggal dunia di Musai...akak nak pergi mana?" aku terus bertanya untuk menghilangkan sedikit kemarahannya.


"Balai Polis Bukit Baru" jawabnya rengkas


"Ok , akak tumpang saya sekali. saya hantarkan akak kat sana" aku mempelawakan memandang ianya satu arah keBukit Baru.


"Tak susahkan kau ke?" dia tersipu malu tapi sepertinya mengharap.


Sebenarnya dia ingin pergi ke salah sebuah pejabat Narkotik di Bukit Baru yang dikatakan berhampiran dengan Balai Polis. Tapi pejabatnya telah pun berpindah ke Jabatan pendaftaran Negara di Ayer Keroh.


" Beginilah anak-anak. Pening kepala akak dibuatnya", kedengaran suara kesalan dari hatinya.


" Tak palah...tinggalkan akak..nanti Mas terlambat nak pergi tengok orang meninggal..akak boleh naik bas", dia rasa serba-salah dengan pertolongan yang di berikan.


"Adake bas yang terus dari sini ke pejabat pendaftaran?" satu soalan bodoh dari aku. Maklumlah dah bertahun tak naik bas awam.


" Mana adaaaa...pergi Melaka dulu. Lepas itu ambil bas lain lagi ", nada suara yang kesal bercampur marah.


Aku menawarkan diri untuk menghantar dia ke Pejabat Narkotik tengahari itu di AirKeroh. Dia berasa serba salah. Kalau bas datang ikut masa yang di tetapkan , cepatlah sikit untuk sampai tapi kalau bas ikut suka hati pemandu bas..mungkin akak itu sampai sebaik sahaja pejabat tutup pada sebelah petang.



Aku agak terlewat sampai ke Musai , sebaik tiba jenazah telah selamat di kebumikan. Sedikit sumbangan di berikan dari Kebajikan Kawasan Bukit Katil buat saudara Amran selaku ajk Kawasaan Bukit Katil yang kehilangan ibu tercinta setelah kehilangan isteri tersayang beberapa tahun yang lalu. Turut bersama-sama pada tengahri itu, YDP, TYDP dan Ketua Muslimat Bukit Katil. Semuga saudara Amran tabah menempuh ujian yang di berikan. ( Gambar menunjukkan anak saudara akhi Amran sedang bersalam sebelum mereka pulang.)

Sempat juga aku ziarah makcik yang menjaga 4 cucu, yang turut menerima sumbangan ketika program anak yatim, hanya selang beberapa buah rumah saja dari akhi Amran. sengaja bertanyakan kabar. Makcik zizah sedang sebuk memetik ulam yang ditanamnya sendiri. Dapat menjimatkan belanjanya. Dan alhamdulillah, sempat juga bertanyakan khabar pada beberapa sahabat-sahabat yang tinggal di persekitaran situ. Ada yang dah lama tak datang program kerana banyak urusan yang hendak di buat. Sambil itu aku sekadar mengingatkan mereka bahawa setiap dari kita punyai tugas yang besar.



Sebelum pulang , aku singgah sebentar rumah adik Fakhrul Razi yang merupakan seorang anak yatim .Fakhrul juga merupakan salah seorang adik yang mendapat sumbangan anak yatim tempoh hari.
Kini dia telah pun berusia 6 tahun, tinggal sekitar 2 km dari rumah akhi Amran. Bertujuan bertanyakan khabar memandang ibu Fakhrul Razi juga tidak sihat. Ibunya mengidap penyakit kurang darah merah.


Adik Fakrul Razi serta ibunya tinggal sebumbung bersama nenek, datuk, bapa saudara yang bujang serta ibu saudara yang telah berkahwin .

Apa yang agak memeranjatkan apabila datuk Fakhrul Razi hanya terlantar diatas tilam diruang tamu kerana lumpuh. Segala keperluan dilayan oleh neneknya. Manakala pakciknya yang berusia 32 tahun cacat akal disebabkan kemalangalan jalanraya. Bermakna keluarga itu sedang menghadapi banyak penderitaan. Lumpuh..anak yatim...kurang darah merah..cacat akal...


"Adalah dapat RM 190.00 untuk yang bujang itu. Kebajikan bagi sikit. Lain tak dapat. Baik pakcik ada pencen. Dapatlah belanja sikit. Tapi pampers pun dah harga rm17 lebih. Kalau dah pakai sampai 7 kotak..banyak pakai duit...habis nak minum susu lagi.." keluh nenek Fakhrul Razi sebaik saja aku bertanyakan tentang peruntukan dari mana-mana Jabatan Kebajikan.


Emak Fakhrul Razi hanya mendiamlan diri. Dia pun tak boleh buat kerja berat. Mudah pitam.


Aku mempelawa nya untuk bersama-sama mengikuti program-program muslimat. Mudah-mudahan dengan adanya penglibatannya dalam beberapa program , hatinya lebih tenang dan mudah untuk menghadapi penyakitnya itu. Semuga dia dapat rasakan bahawa bumi ini luas dan penuh kedamaian apabila kita mahu merubahnya. Alhamdulillah, dia bersetuju dan berjanji untuk hadir .Sebelum pulang aku menghulurkan sedikit wang sumbangan dari PAS Kawasan Bukit Katil.


Semasa aku membaca akhbar tempoh hari yang bertajuk "Terima kasih lanun" aku ketawa sendirian. MasyaALLAH..rupa-rupanya lanun-lanun ini disanjungi oleh rakyatnya di Somalia kerana dengan adanya lanun , mereka dapat menjana ekonomi hasil dari penangkapan ikan yang meluas. Nasib mereka lebih terbela dengan adanya lanun-lanun yang dapat menghalang dari nelayan-nelayan asing yang menjarah di lautan mereka. Menurut laporan, bayangkan hasil tangkapan secara haram oleh nelayan asing berjumlah diantara RM390 juta hingga RM1.03 billion setahun. Betapa lanun-lanun itu sanggup menanggung risiko demi rakyat mereka. Dan sekarang mereka menyatakan bahawa mereka mempunyai wang cukup untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka dan mereka mendapat banyak faedah.


Bagaimana pula dengan Malaysia?..bila baca akhbar persatuan pengguna..lihatlah rintihan hati nelayan-nelayan kita. Belum lagi kalau nak cerita yang lain-lain. Nampaknya lanun di Somalia jauh lebih baik dari pemimpin yang rasuah serta tak amanah.


Akhir sekali sempat juga singgah di rumah sahabat yang telah lama menghilangkan diri dalam jemaah. Kebetulan aku mengenalinya apabila bersama-sama ke Kelantan tempoh hari.


"Susahlaaaah... kak nak ikut program" tiba-tiba dia menyatakan keresahan dihatinya tanpa aku menyatakan apa-apa kerana aku baru saja tiba di rumahnya.


"Suami saya itu..kerja terikat..susah sikit nak aktif...dulu saya aktif ..zaman ustazah Zuraidah.,Wan Masri.."masih lagi menyambung kata-katanya.


Aku tersenyum lagi. Masa terus berlalu tiada hentinya. Walau apa pun alasan yang di beri , maka itulah alasan yang akan di bawa ke hadapan ALLAH nanti. Tiada siapa yang dapat membantu ketika itu hatta seorang suami. Sekiranya dia di beri dua pilihan samada ...untuk muslimat aktif dalam jemaah.. izinkan berpoligami @ tinggal dirumah....agak-agak jawapan manakah pilihan hati?


"Ummi ,tengoklah..anak pacik senin kari kepala ikan Semabok.. Anak dan cucunya semua meninggal," anak lelaki aku menunjukkan akhbar di atas meja sebaik saja aku sampai ke kedai. Aku terkedu. Kereta BMW yang dipandu rentung bersama semua isi didalamnya.


Beginilah kehidupan. Sampai masa semuanya akan pergi tanpa siapa mengetahui bila.