.

BAGI MENJALANKAN AKTIVITI KAMI MEMERLUKAN DANA SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN PAS KAWASAN BUKIT KATIL, BANK ISLAM 04015010048965. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Tuesday, April 27, 2010

PEJABAT MTD BUKIT BARU DI TAMAN PUNCAK

Majlis Tindakan DUN Bukit Baru memindahkan pejabatnya dari Pejabat lamanya di Bukit Baru Dalam ke Taman Puncak minggu lalu.

Setiaustaha MTD Bukit Baru Zainal Shafei berkata dengan perpindahan pejabat ini diharapkan gerakerja MTD Bukit Baru lebih tersusun dan teratur.

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BUKIT KATIL 2 MEI

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 2 Mei ini di Maskaz PAS Paya Dalam.

Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada kira-kira jam 9.30 pagi. Serentak dengan itu bangunan Markaz dan PASTI Paya Dalam juga akan dirasmikan oleh Ustaz Nasharuddin.

Seluruh Cawangan diminta menghantar 5 orang perwakilan dan seramai mungkin pemerhati bagi memeriahkan lagi mesyuarat agun tahunan ini.

Monday, April 26, 2010

PRK HULU SELANGOR : LAWAN TETAP LAWAN

Walaupun PR tewas pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor semalam, namun semangat dan jihad petugas PAS Kawasan Bukit Katil tidak akan luntur sama sekali. Hakikatnya PR masih diterima rakyat apabila berjaya memperolehi undi lebih banyak dari PRU 2008. Cumanya BN berjaya meningkatkan undi mereka dengan lebih banyak iaitu kira-kira 200o undi.

Kita faham BN menang dengan segala rasuah, janji dan politik wang terutama yang disogokkan kepada pengundi Melayu di kampung tradisional dan Felda serta juga pengundi India di estet-estet. Tanpa rasuah sebegini sukar untuk BN menang. Di samping itu BN terus bergantung kepada undi Pos.

Lantaran itu menjadi tugas kita semua untuk menjelaskan keburukan dan kedurjanaan BN kepada rakyat.

Kita yakin lambat laun rakyat akan faham sebagaimana fahamnya pengundi Cina yang tidak mudah ditipu dan disogok.

Takbir!!!!!!!!!