Tuesday, September 28, 2010

PAS BUKIT KATIL AKAN TURUN HABIS-HABIS DI GALAS

Seperti biasa PAS Kawasan Bukit Katil akan turun habis-habisan di setiap Pilihanraya Kecil (PRK) sebagaimana yang dilakukan pada setiap PRK sebelum ini.

Ketua Jentera Pilihanraya PAS Kawasan (JPRK), Hj Yassim Musa berkata PAS Kawasan akan bermesyuarat Khamis ini dan salah satu agendanya ialah tentang PRK Galas.

"Kita akan biarkan kerusi tersebut dirampas oleh geng tauke judi dan parti yang menghalalkan judi".

"Kita akan turun habis-habis apabila mendapat arahan dan 'green light' dari pemimpin nanti" tegas Haji Yassim penuh semangat.

Monday, September 27, 2010

KHURAFAT : PIHAK BERKUASA MESTI BERTEGAS

Bukit Katil : Ketua Penerangan PAS Kawasan, Bukit Katil, Yusof Wahab mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu tertentu di negeri Melaka yang terus mengamalkan khurafat di beberapa tempat seperti di Kampung Pengkalan Rama Pantai, Pulau Besar dan lain-lain.

'Amalan ini jelas bertentangan dengan Islam dan ianya mesti dibenteras supaya tidak menular dengan lebih kronik'.

Yusof diminta mengulas laporan media hari ini yang menyiarkan berita tentang kegiatan khurafat yang masih berleluasa di negeri ini.

Beliau meminta pihak berkuasa menutup atau memusnah kawasan-kawasan yang dikenalpasti menjadi tumpuan pihak berkenaan.

'Mereka juga mesti ditangkap dan didakwa berdasarkan peruntukan yang ada" jelas Yusof dalam kenyataan akhbar yang dibuatnya di Pusat Aduan Rakyat PAS Bukit Katil di sini hari ini.

Friday, September 24, 2010

PROGRAM DEKATI RAKYAT TERUS BERJALAN LANCAR

Jentera PAS Kawasan Bukit Katil terus menggiatkan program mendekati rakyat tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit.
Selasa lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan MTD Bukit Baru mengedarkan kira-kira 400 biji kuih bulan di sekitar Pekan Bukit Baru dan taman perumahan sekitarnya.
Program kebajikan berupa program derma darah juga diadakan serentak dengan program rumah terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan pada 18 Sept lalu. Pada hari yang sama kumpulan Dikir Barat dari Kelantan dijemput mengadakan persembahan mereka pada sebelah malamnya.
PAS Kawasan dengan kerjasama MTD Bukit Baru juga telah membuka Pusat Aduan Rakyat (PAR) berhadapan dengan Masjid Bukit Katil bermula pada 5 Sept lalu di mana ianya dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat. PAR ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada 5 Sept lalu.

Pada bulan Ramadhan lalu, MTD Bukit Baru telah mengedarkan kira-kira 1,200 buah juadah berbuka puasa kepada rakyat setempat. Juadah tersebut diletakkan di dalam sebuah bekas comel dengan beberapa jenis kuih diletakkan di dalamnya.

Selain itu pihak Dewan Muslimat Kawasan dan MTD Ayer Molek dan Bukit Baru juga menghulurkan bantuan kepada fakir miskin, anak yatim , OKU dan ibu tunggal.

Beberapa hari sebelum Aidil Fitri pula kira-kira 1,400 kad ucapan Hari Raya diedarkan kepada 1,400 buah rumah di dalam DUN Bukit Baru.

Tidak syak program ini Insya Allah dapat mendekatkan PAS dan rakyat setempat. Program sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengira musim.

Thursday, September 2, 2010

PENDUDUK BUKIT KATIL BANTAH PEMBINAAN JALAN

Penduduk Bukit Katil menbantah pembinaan jalan baru yang menghubung jalan utama ke Taman Merak Mas yang akan menyebabkan bangunan PASTI Jaya Insan dan Markaz PAS (Surau) bersebelahan dengan rumah Haji Berahim Hitam menjadi korban.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak menentang projek tersebut, Haji Yassin Abdul Ghani berkata projek tersebut jelas merupakan projek dendam yang akan mengorbankan kedua-dua bangunan yang banyak berjasa mendidik rakyat khasnya di Kampung Bukit Katil.

"Mengapa mereka sengaja membuat jalan di kawasan itu sedangkan banyak tanah kosong lain yang tidak melibatkan bangunan dan ianya lebih lurus boleh diambil"

"Jelas mereka sebenarnya busuk hati dan berdendam dengan kita, mereka sakit hati melihat surau dan pasti ini diimarahkan oleh penduduk setempat"

"Kita akan menentang projek ini dengan pelbagai cara dan saluran" jelas Hj Yassin yang juga merupakan Ketua PAS Cawangan Bukit Katil dan mantan YDP PAS Kawasan Bukit Katil.

Wednesday, September 1, 2010

PAS PERJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab berkata PAS sejak dari dahulu hingga kini dan selamanya akan tetap berjuang untuk mendapat kemerdekaan hakiki dari sebarang belenggu.

"PAS akan terus berjuang untuk mendapat kemerdekaan hakiki dengan membebaskan rakyat dari belenggu kezaliman seperti ISA, OSA dan sebagainya".

"Rakyat Malaysia terutama penyokong PR masih tidak merdeka kerana mereka dinafikan hak untuk berhimpun, mengadakan program politik secara aman dan bebas, hak menerbitkan media dan sebagainya".

Sofi berkata kerajaan-kerajaan negeri PR juga dianaktirikan di negara sendiri sedangkan kerajaan ini dipilih secara sah oleh rakyat.

"Apakah ini yang dikatakan merdeka" soal beliau.

Menurutnya, program perbarisan di sepanjang jalan di depan Pejabat PAS dan Masjid Bukit Katil itu sepatutnya tidak diadakan jika benar-benar kerajaan BN mengamalkan semangat kemerdekaan.

"Sebagai sebuah parti politik berdaftar PAS sepatutnya turut sama diajak menyertai program sambutan kemerdekaan peringkat negeri Melaka di MITC bukannya dianaktirikan seperti ini".

"Malang kerajaan negeri terus mengamalkan dasar diskriminasi yang kolot dan tidak bertamadun" tambah beliau.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab dalam ucapannya menyelar rancangan pihak berkuasa untuk membuat jalan baru di kawasan Pejabat PAS Kawasan dan Markaz PAS di mana jika ianya menjadi realiti kedua-dua bangunan tersebut akan dirobohkan.

"Kita tidak tahu di mana rasionalnya mereka berbuat demikian kerana tanah di kawasan berdekatan sepatutnya diambil kerana jalannya nanti akan lebih lurus dan ianya tidak melibatkan kemusnahan harta rakyat yang banyak".

"Kita akan menentang rancangan ini dan kita tidak akan terus berusaha untuk mempertahankannya" ujar Yusof penuh semangat.