.

.

.

BAGI MENJALANKAN AKTIVITI KAMI MEMERLUKAN DANA SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN PAS KAWASAN BUKIT KATIL, BANK ISLAM 04015010048965. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Saturday, April 23, 2011

SELAMAT BERMESYUARAT AGUNG

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 24 April 2011 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Hotel Kings, Lebuh Ayer Keroh.

Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan ketiga-tiga jawatan utama dipertandingkan iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua serta AJK. Manakala Ketua Urusan Ulama di sandang oleh Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz tanpa bertanding.

Mesyuarat Agung kali ke-8 ini akan dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat YB Dr Hatta Ramli

Monday, April 11, 2011

Jauhar Ketua Pemuda baru, Dr Khatijah kekal

Jauhar Md Dawi dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil yang baru manakala Dr Khatijah dikekalkan sebagai Ketua Dewan Muslimat Kawasan. Mesyuarat Agung Dewan Pemuda semalam yang berlangsung di Semabok sebukat suara memilih Jauh sebagai Ketua, manakala Ustaz Norkhairi Yusof sebagai Timbalan dan Bakhtiar Bashar sebagai Naib Ketua.

Friday, April 8, 2011

MESYUARAT AGUNG MUSLIMAT 9 APRIL, PEMUDA 10 APRIL

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk bagi PAS Kawasan Bukit Katil apabila kedua-dua sayap utamanya akan mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing. Dewan Muslimat akan bermesyuarat esok 9 April jam 2.30 petang di Pejabat PAS Kawasan manakala Dewan Pemuda akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 10 April 9.00 pagi di Pejabat PAS Negeri di Semabok.


Mesyuarat Agung Dewan Muslimat akan dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif manakala Mesyuarat Pemuda dirasmikan oleh pimpinan Pemuda PAS Negeri Melaka.


Dewan Pemuda akan menyaksikan perlantikan Ketua Pemuda baru kerana Ketuanya sekarang, Puhat Bedol telah melepasi had umur 4o tahun manakala kepimpinan muslimat dijangka kekal.


Seluruh muslimat dan pemuda cawangan-cawangan diharap dapat menghadiri program tahunan yang sangat penting ini.

PEMILIHAN PIMPINAN KAWASAN DIADAKAN SECARA ADIK BERADIK

Yang Dipertua PAS Kawasan berkata semua ahli yang dicalonkan untuk apa juga jawatan diharpkan dapat menerima pencalonan tersebut.

"Kita harap semua yang dicalonkan menerima pencalonan cawangan bagi memberi peluang kepada ahli memilih kepimpinan baru"

"Kita membuka seluas-luas pintu untuk sesiapa juga bertanding, kita buat kerja Islam berlumba-lumba membuat kebajikan jadi tidak ada apa yang perlu digusarkan, sesiapa yang menang kena pegang amanah besar yang tidak dipilih jangan lari dari perjuangan" tegas YDP.

Mesyuarat PAS Kawasan Bukit Katil malam tadi menetapkan 24 April sebagai tarikh mesyuarat agung di mana ianya akan dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, YB Dr Haji Hatta Ramli.

3 WAKIL KAWASAN SELAMAT SAMPAI DI TANJUNG DATU

PAS Kawasan Bukit Katil telah menghantar 3 orang petugas bagi membantu kempen calon PAS di Dun Tanjung Datu. Kontinjen PAS Kawasan diketuai oleh Setiausaha PAS Kawasan, Haji Ramli Dalip bersama-sama dengan Ketua Penerangan, Cikgu Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan, Haji Zulkifli Zakaria.


Mereka telah berlepas ke Kuching awal pagi tadi dan selamat sampai di Tanjung Datu tengahari tadi.

Selamat berjuang moga-moga PAS dapat mencatat rekod baru dengan memenangi beberapa Dun di Sarawak pada Pilihanraya Negeri kali ini.

Tuesday, April 5, 2011

MALAM KESENIAN DAN PROGRAM KESIHATAN BERJAYA MENARIK MASYARAKAT SETEMPAT

2 program besar yang dijalankan oleh PAS Kawasan minggu lalu berjaya mendekati masyarakat setempat. Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Ayer Molek dan Bukit Baru di mana lebih 50 buah rumah untuk program khidmar kesihatan. Program tersebut bermula pada 2 April di DUN Bukit Baru dan berakhir keesokan harinya di DUN Ayer Molek.


Program malam kesenian Islam pula berlangsung pada 2 April dengan penampilan Juara Akademi Nasyid TV9 Azhan Atan dan bekas Penyanyi Rock, Pak Long.

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN 24 APRIL

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 24 April 2011 bertempat sebuah resort di Melaka. Dewan Muslimat PAS Kawasan akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 9 April di Pejabat PAS Kawasan manakala Dewan Pemuda akan bermesyuarat pada 10 April di Pejabat PAS Negeri di Semabok.