AJK PAS Kawasan, Haji Hassan Mohamad dan Hajah Maizarah Abu Bakar akan melangsungkan perkahwinan anakandanya Kauthar pada 2 Feb 2013 bertempat di rumahnya Lorong Pandan. Kenduri kahwin ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari PAS Kawasan. Pada sebelah malamnya diadakan ceramah Palestin.
Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Dr Hajah Khatijah Jumangat dan suaminya Haji Kamaruzzaman Dato Hashim juga mengadakan kenduri kahwin anaknya Kartini pada 2 Feb 2013 di rumah beliau di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil.
Monday, January 28, 2013
AJK PAS KAWASAN MASUK HOSPITAL
AJK PAS Kawasan, Haji Mohd Diah Abdull yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan dimasukkan ke Hospital Putra beberapa lepas kerana sakit perut.
Beliau akan berehat beberapa hari lagi bagi memastikan benar-benar sihat sebelum dibenarkan keluar. Beberapa AJK PAS Kawasan telah menziarahi beliau.
Beliau akan berehat beberapa hari lagi bagi memastikan benar-benar sihat sebelum dibenarkan keluar. Beberapa AJK PAS Kawasan telah menziarahi beliau.
Friday, January 25, 2013
PAS KAWASAN SUDAH BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA
PAS Kawasan Bukit Katil telah bersedia untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Sofi Abdul Wahab dalam kenyataannya pagi ini menegaskan bahawa persediaan PAS Kawasan sudah lama dibuat khususnya di Dun Ayer Molek dan Bukit Baru yang bakal ditandingi oleh PAS.
"Kita sudah bersiap sedia dari segi jentera, kewangan bahkan calon pun sudah dipilih dan sedang meneruskan gerakerja mendekati rakyat".
"Kali ini kita bukan sahaja bertanding atas nama PAS malah kita sudah menggerakkan jentera bersama rakan-rakan PR iaitu PKR dan DAP sejak 3 tahun lepas" tegas beliau.
Beliau melahirkan keyakinan bahawa calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini akan memberikan saingan yang sengit kepada BN.
"Kali ini kita bertanding untuk menang bukannya sekadar mencukupkan korum seperti masa-masa lalu".
"Malah diperingkat negeri kita bersungguh-sungguh menumbangkan BN seterusnya membentuk kerajaan baru atas nama Pakatan Rakyat" tegas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka.
Sofi berkata kali ini PAS Melaka akan menampilkan 70 % muka baru bagi menampakkan kesungguhan menggantikan Umno/BN.
"Bukan sahaja muka baru malah 70 % calon kita juga adalah calon muda bagi membuktikan bahawa PAS adalah parti yang dinamik dan sentiasa mendapat dokongan anak-anak muda dan golongan tua"tambah beliau.
TAKZIAH BUAT TYDP
PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan takziah buat Tuan Haji Mohd Ali Sharif, TYDP PAS Kawasan Bukit Katil di atas pulangnya anak bongsunya berumur 1 tahun ke rahmatullah malam tadi. Semoga beliau sekeluarga sabar menghadapi ujian Allah.
Kepada sahabat yang ingin menziarahi jenazah sila ke rumah Tuan Haji Ali di Kampung Sungai Putat.
Al Fatihah.
Kepada sahabat yang ingin menziarahi jenazah sila ke rumah Tuan Haji Ali di Kampung Sungai Putat.
Al Fatihah.
Monday, July 30, 2012
PROGRAM SEORANG INFAK SEKAMPIT BERAS
PAS Kawasan Bukit Katil menjalankan program seorang ahli/penyokong infak sekampit beras (minima) untuk diagihkan kepada fakir miskin di Parlimen Bukit Katil. Kepada sahabat yang ingin infak boleh bank-in dalam akaun Bank Islam akaun no : 04015010048965 atas nama PAS Kawasan Bukit Katil. Segala sumbangan tuan-puan amat dihargai bagi memberikan sedikit pertolongan kepada insan yang kurang bernasib baik.
Semoga segala amal kebajikan kita diredhai Allah S.W.T.
Thursday, February 23, 2012
Bertemu KEMBALI

Setelah 6 bulan Blog ini tidak dikemaskini, Insya Allah ianya akan kembali ceria bagi mewarnai politik di Parlimen Bukit Katil.
Kita sekarang diambang Pilihanraya Umum ke 13. Semua jentera mesti bersiapa siaga dari saat ini tanpa menunggu semboyan dibunyikan.
Ayuh seluruh warga yang cintakan Islam kita bangkit menyelamatkan agama dan rakyat dari belenggu 'penjajah' yang ada di hadapan kita sekarang.
Thursday, August 11, 2011
Buka puasa bersama pimpinan PAS Kawasan

PAS Kawasan Bukit Katil mengadakan program berbuka puasa secara berjemaah pada setiap hari Khamis sehingga ke akhir Ramadhan. Minggu lalu program tersebut berlangsung di Markas PAS Cawangan Bukit Katil.
Pengarah Program, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz berkata program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pimpinan PAS Kawasan, Cawangan dan masyarakat setempat.
Hari ini ianya akan dilangsungkan di PASTI Seri Jati, Cawangan Sungai Putat. Seluruh masyarakat setempat dijemput hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)
