MUTIARA KATA

Kempen seorang ahli/penyokong sekampit beras untuk diinfak kepada fakir miskin. SILA BANK-IN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN PAS KAWASAN BUKIT KATIL, BANK ISLAM 04015010048965 Atau hantar terus beras ke Pejabat MTD Bukit Baru di hadapan Masjid Bukit Katil dan Pejabat MTD Ayer Molek di sebelah bulatan Ayer Molek.
TABUNG BANGUNAN & AKTIVITI PAS KAWASAN BUKIT KATIL Infaq@Derma untuk Tabung Bangunan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sila bank-in infaq@derma anda ke akaun Bank Islam akaun no : 04015010048965.

Cek atas nama : PAS KAWASAN BUKIT KATIL. Sila maklumkan sebarang infaq@derma melalui sms/call atau email kepada : 016-660 9767 atau email bukitkatil@gmail.com

Friday, May 3, 2013

AHLI PAS WAJIB UNDI PAKATAN RAKYAT : TEGAS TOK GURU MURSYIDUL AM



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar memangkah semua parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.


Memangkah mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat sangat penting dalam PRU13 kali ini bagi melahirkan Malaysia baharu dan menumbangkan kezaliman Umno-BN. 

Inilah pesanan terakhir pemimpin tertinggi PAS itu yang dikeluarkan melalui lidah rasmi PAS, Harakah yang bakal berada di pasaran mulai Sabtu ini.

Dapatkan naskah anda esok dan sebarkan kepada rakan-rakan yang belum pasti menyokong Pakatan Rakyat.

Thursday, May 2, 2013

MUNAJAT PERDANA PAS BUKIT KATIL MALAM INI

Pogram Munajat Perdana Pas Kawasan Bkit Katil akan di adakan malam ini. Maklumat program seperti di bawah ini :-

Program : Munajat Perdana & Solat Hajat
Tarikh    : 2 Mei 2013
Tempat  : Surau Hj.Berahim
Masa     : Bermula Solat Maghrib Berjamaah.

Semua ahli PAS, petugas, sukarelawan dah penyokong PR dijemput hadir. 
Bersama kita panjatkan doa pada Ilahi. Rohani mantap jamaah kukuh. Ini Kalilah..


Monday, April 29, 2013

PAS TETAP UNDI DAP DAN SEBALIKNYA. TEGAS PIMPINAN TERTINGGI PAS DAN DAP


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sependapat bahawa perbezaan antara kedua-dua parti itu hanyalah “lima peratus” tetapi mereka bersetuju dengan perkara lain.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pemimpin berkenaan dilihat cuba meredakan kebimbangan pengundi mengenai kerjasama di antara kedua-dua parti berkenaan, yang cuba ditimbulkan oleh BN dalam kempen pilihan raya umum kali ini.

INI BUKTI PERTAMA PUTRAJAYA AKAN DIKUASAI PR......


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

ALI RUSTAM KETINGGALAN DIBELAKANG SHAMSUL DI PARLIMEN BUKIT KATIL


BUKIT KATIL - Pertembungan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, merupakan satu pertembungan yang amat dinantikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.


Banyak pihak yang melabelkan pertemuan kedua mereka ini seumpama pertembungan antara David dan Goliath.



Malahan, sejak nama Mohd Ali diumum akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar sudah beberapa kali menyamakan pertemuan ini umpama pertemuan antara petinju Muhammad Ali dan Joe Frazier.



Sunday, April 28, 2013

200 HADIR CERAMAH HASSAN ALI DI BUKIT KATIL TAPI UTUSAN KATA 2,000. LAWAK......


Nampaknya Utusan Meloya terpaksa lagi disuruh berbohong oleh Datuk Ali Rustam untuk menyiarkan bahawa seramai 2,000 orang hadir ke ceramah BN malam tadi di Padang Bola Taman BUkit Katil. Sebenarnya yang hadir disekitar 200 orang sahaja itupun majoritinya adalah petugas BN sendiri. Kesian Umno yang dipimpin DS Ali Rustam. 


Dr.Hassan Ali yang juga pengkhianat PAS Selangor dijemput sebagai penceramah utama pun berceramah dengan cara yang tidak bersemangat kerana kehadiran yang kurang. DS Ali sebenarnya semakin ketakutan. Beliau ingatkan dengan kehadiran si pengkhianat Hassan Ali akan menyebabkan rakyat hadir untuk melawan kehadiran orang ramai semasa ceramah anjuran Pas Kawasan Bukit Katil empat hari sebelumnya yang mencecah hampir 20 ribu orang.

Menurut sumber Umno Bukit Katil, Datuk Ali semakin ketakutan untuk menghadapi kekalahan di Parlimen Bukit Katil ditangan calon PKR iaitu Sdr.Shamsul Iskandar Mat Akin.


MELAKA 28 April - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali melahirkan rasa kesal kerana Pas kini bukan lagi sebuah parti yang harus diyakini mampu menjaga kepentingan Islam, umat Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Berucap dalam ceramah di Taman Bukit Katil malam tadi yang dihadiri kira-kira 2,000 orang, beliau dengan nada kecewa berkata, dahulu beliau begitu menyanjung tinggi parti itu kerana perjuangannya untuk memartabatkan Islam. (PETIKAN uTUSAN mALAYSIA)



Saturday, April 27, 2013

CALON N17 BUKIT BARU DR.KHALID DI JAMUAN KENDURI KAHWIN DI BUKIT KATIL

Kempen hari ini diteruskan dengan menghadiri jemputan majlis kenduri di rumah salah seorang pengundi di DUN Bukit Katil sebentar tadi.