Kempen hari ini diteruskan dengan menghadiri jemputan majlis kenduri di rumah salah seorang pengundi di DUN Bukit Katil sebentar tadi.
Saturday, April 27, 2013
NAJIB PUN KENA TIPU.....
Ke mana sahaja Najib pergi beliau akan berucap seperti katanya di atas ini. Apakah maknanya? Kebangkitan rakyat dan kecerdikan rakyat sudah sampai ke kemuncaknya. Rakyat telah membuat pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyat. Najib terpaksa merayu dan terus merayu....tapi akan dijawab rakyat..."Inikalilah...".
Friday, April 26, 2013
TERKINI... TKP KASTAM DITEMBAK MATI DALAM KENDERAAN RESMI DI PUTRAJAYA. AL-FATIHAH
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.
Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.
Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.
Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia.
Wednesday, April 24, 2013
JAWATAN PM UNTUK ORANG ISLAM YANG LAYAK, TEGAS PRESIDEN PAS.
HULU TERENGGANU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya bahawa jawatan Perdana Menteri hanya layak dipegang oleh orang beragama Islam.
Menegaskan demikian ketika berceramah di Kuala Berang di sini lewat malam tadi, Abdul Hadi berkata bagaimanapun soal menteri, tidak kira individu itu Islam atau tidak, masih boleh menjadi menteri seandainya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
"Memerintah negeri (bukan Islam) boleh dengan orang Islam, syaratnya, nombor satu, Perdana Menteri adalah orang Islam, yang jaga dasar negara mestilah orang Islam di negara Islam. Kalau bukan Islam, suruh dia masuk agama (Islam).
PAS MELAKA : SENARAI NAMA CALON PRU13. BERJUANG MENUJU KEMENANGAN....
PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya di Kg Tedong Pekan, Jasin pada Ahad malam yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurut harakahdaily.net, kira-kira 70 peratus calon yang dikemukakan adalah muka baru yang kali pertama bertanding.
Antara calon-calon yang diumumkan termasuk dua orang Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di N12 Pantai Kundur buat kali pertama.
Subscribe to:
Posts (Atom)









