Friday, May 29, 2009

JEMPUT HADIR CERAMAH HUSAM 31 MEI

Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa akan berceramah di Bukit Katil pada 31 Mei 2009 di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil jam 9.00 malam.

Ceramah ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Jauhar Dawi mengharapkan seluruh penyokong dan ahli PAS serta juga rakyat Melaka dapat menghadirkan diri bagi mendengar ceramah isu-isu semasa yang hangat sekarang ini seperti isu PRK Penanti, PRK Manek Urai, Isu Debat Husam-Zahid, Debat Ali-Khoo dan kemelut politik Perak.
Selain itu isu-isu negeri Melaka juga akan turut dibangkitkan oleh para penceramah tempatan.

Selain Husam turut sama berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek dan ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong.

Wednesday, May 27, 2009

PAS SOKONG DEBAT KHOO-ALI

PAS Kawasan Bukit Katil menyokong debat antara ADUN Ayer Keroh dan Ketua Menteri Melaka Ali Rustam atas tajuk 'Siapakah yang memalukan rakyat Melaka?'.
Sesungguhnya debat itu akan dapat merungkaikan perkara sebenar samada PR atau BN yang memalukan rakyat Melaka.
"Kita tahu nanti siapa yang rasuah dan siapa yang tidak rasuah, siapa yang tiada integriti dan siapa yang ada integriti".
"Ali Rustam sebagai seorang Ketua Menteri tidak perlu takut untuk berdebat dengan YB Khoo jika beliau benar-benar berani dan tidak bersalah" kata Ramli Dalip yang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Bukit katil.
Ramli menggesa Ali Rustam supaya menerima pelawaan ADUN Ayer Keroh tersebut kerana debat merupakan antara aktiviti sihat yang dapat meningkatkan minda rakyat selain dapat mencari kebenaran.
"Ali tidak perlu takut jika beliau benar, berani kerana benar takut kerana salah" kata Ramli.

CALON TIMBALAN PRESIDEN : PAS BUKIT KATIL BERSYUKUR

Bukit Katil : Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip melahirkan rasa syukur dengan suburnya demokrasi di dalam PAS.

Ramli mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nasaruddin, Dato' Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu kerana terus menyuburkan demokrasi di dalam PAS walaupun demokrasi sudah mati di dalam Umno.
Ketiga-tiganya sah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS Pusat yang bakal berlangsung pada Jumaat minggu depan.

"Terbukti PAS lebih terbuka, telus dan mengamalkan demokrasi sebenar di mana tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk bertanding apa-apa jawatan hatta Presiden. Tidak ada kouta ditetapkan seperti yang diamalkan oleh Umno."

"Saya yakin pertandingan di dalam PAS adalah perebutan untuk berlumba-lumba membuat kebajikan bukan berlumba-lumba mengumpulkan kekayaan."

Beliau juga memberikan nasihat kepada ahli PAS terutama para perwakilan bahawa mereka mempunyai tugas dan amanah untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk memegang jawatan no 2 di dalam PAS iaitu Timbalan Presiden.

"Berkenaan calon popular saya yakin ketiga-tiga calon adalah popular dan berpeluang untuk menang walaupun mungkin salah seorangnya mempunyai jumlah pencalonan yang banyak. Ahli PAS matang untuk memilih calon terbaik di kalangan yang baik." ujar Ramli ketika ditemui di Pejabat PAS Kawasan di sini semalam.

Tuesday, May 26, 2009

PAS KAWASAN ADAKAN PERTEMUAN DENGAN DEWAN PEMUDA DAN DEWAN MUSLIMAT

Malam tadi Dewan Harian PAS Kawasan dan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi memantapkan lagi program dan perancangan masa depan.
Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya KPI, taqwim dan lain-lain.
Adalah diharapkan program tersebut dapat meningkatkan lagi gerakerja PAS di dalam Kawasan Bukit Katil demi mencapai target yang telah dipersetujui bersama.

Antara pimpinan yang hadir ialah YDP, YTDP, NYDP, Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari , Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan dan Ketua-ketua Dewan beserta AJK masing-masing.

Sunday, May 24, 2009

TIADA PERTEMBUNGAN ULAMA DAN PROFESSIONAL

Semalam PAS Kawasan Bukit Katil menghantar rombongan 4 perwakilan bagi mewakili PAS Kawasan menghadiri Sambutan Jubli Perak 25 tahun Kepimpinan Ulama' di Markaz Tarbiah PAS Pusat di Taman Melewar.

PAS Kawasan diwakili oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab, Ketua Urusan Ulama' Ustaz Nurkhairi Yusof, Naqib PAS Kawasan yang juga AJK PAS Kawasan Ustaz Abu Bakar Ramlee serta Ketua Penerangan PAS Kawasan Zainal Mohamad.

Dalam ucapan perasmian penutup Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menekankan bahawa media dan musuh-musuh PAS terus memainkan isu pertembungan antara ulama' dan professional yang didakwa sengit sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

Menurut Tuan Guru, PAS yang dianggotai oleh semua golongan tidak pernah membeza-bezakan pimpinan dan ahlinya. PAS katanya pernah dipimpin oleh Professional seperti Dr Burhanuddin Al Helmy dan Dr Abbas Alias yang mana masing-masing pernah menjadi Yang Dipertua Agung PAS dan pemangku Yang Dipertua Agung atau digelar Presiden sekarang.

"Jadi sebenar PAS sudah lama dipimpin oleh Ulama' atau professional dan ini tidak menjadi masalah di dalam PAS".

"Semua pihak harus berusaha untuk memastikan usaha ke arah menggembelengkan tenaga ulama' dan profesional bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan ALlah kepada kita," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang mengingatkan para peserta yang hadir agar mengelakkan hubungan antara kedua-dua golongan ini agar tiada pihak boleh mengambil kesempatan untuk mewujudkan kekacauan.

"Jika hubungan ini renggang, ianya akan dikacau oleh pihak tertentu sepertimana pihak media yang sering cuba untuk memperdayakan kita dengan maklumat yang salah," ujarnya.

4 Resolusi telah digariskan di akhirkan Program Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama’ tersebut iaitu
  • Berusaha mengukuhkan kepimpinan ulama’
  • Memastikan kesinambungan kepimpina ulama’
  • Kepimpinan di dalam PAS adalah kepimpinan Jamai’ey yang menggabungkan semua tenaga yang ada dalam PAS – ulama’, professional dll.
  • Memperkukuhkan Prinsip Syura dalam PAS

Jazakallahu Khairan Kathira diucapkan kepada keempat-empat perwakilan PAS Kawasan.

Gambar : 3 dari 4 perwakilan PAS Kawasan sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja.

Saturday, May 23, 2009

ZIARAH..PENUHI KBSM


Saudara Asri Sagap kini, sedang menjalani pemeriksaan di Hospital Besar, Melaka apabila disyakki mengidap jangkitan kuman diparu-paru . Menurut isterinya , beliau tiba-tiba pitam sewaktu sedang bertugas dan pernah juga dimasukkan kehospital pada tahun 2008 kerana mengidap penyakit yang sama.
Beliau merupakan bendahari serta ajk pasti Sri jati , cawangan Sg putat.

Kini beliau berada diwad aras 3-4 -24. Semalam TYDP Kawasan Bukit katil , juga selaku Ketua cawangan Sg Putat , Hj Ali syarif serta isterinya telah sempat menziarahi saudara Asri Sagap.


Bagi yang mengenali dirinya , bolehlah menziarahi beliau. Semuga beliau tabah menghadapi ujian ini.


Friday, May 22, 2009

HAKIM DAN BUKIT KATIL

Assaalamualaikum,

Seorang hakim yang telah membuat keputusan hal kemelut Perak berasal dari DUN Bukit Katil. Seorang lagi yang baru sahaja buat keputusan yaang diselesaikan dalam masa 5 minit juga orang Melaka. Berkawan dengan orang Bukit Katil.

Hai la labi.