Tuesday, January 26, 2010

IBU



"Salam. k mas jaga lajnah kebajikan? sy nak inform ada 1 pengundi kita masuk putra demam denggi kalo ada masa boleh pi ziarah esok....." itu di antara kata-kata sms yang aku terima.


Aku pasti sms ini datang dari adik Baktiar .Adik Bakhtiar yang baru saja aku kenali semasa mengadakan program 'Kembali ke Sekolah ' sempena meraikan anak-anak yatim Kawasan bukit Katil pada 27 Disember 09.




Mungkin aku pernah berjumpa dengannya sebelum dari program itu,cuma aku tidak mengenalinya sehinggalah salah seorang dari ajk Pemuda minta aku menghubungi adik Bakhtiar bagi pengunaan PA sistem ketika aku tercari-cari dimana boleh menyewa PA sistem yang agak baik memandangkan program itu turut di sertai seorang artis dari KL yang akan menyampaikan bebarapa buah nasyid bagi meraikan anak-anak yatim .Alhamdulillah ,akhirnya adik Bakhtiar membantu aku mengendalikan PA sistem di program tersebut tanpa sebarang bayaran.




Aku merenung sejenak. Memikirkan mana nak cari duit untuk memberikan sumbangan pada pesakit ini. Dua hari sebelumnya , aku baru saja menerima peruntukan dari bendahari PAS Kawasan tapi semalamnya telah aku gunakan untuk ziarah serta memberikan sumbangan kepada dua orang ahli cawangan Bukit Beruang. Mereka sedang menjalani rawatan dan terlantar di rumah dan dengan kedatangan aku, kak Leha serta Tuan Hj Ramli menampakkan keceriaan di raut wajah mereka.


Tn Hj Ramli beberapa kali dah bertahu aku bahawa terdapat bebarapa pesakit yang perlu di ziarahi di cawangan Bukit Beruang kerana mereka menghadapi penyakit yang agak serius.Cuma aku yang terpaksa bertangguh-tangguh disebabkan masalah kewangan .Maklumlah wang sumbangan telah digunakan di program 'Kembali ke Sekolah' dimana di dalam program itu, kita telah memberikan sumbangan berbentuk wang, sepasang baju sekolah, beg sekolah serta alatulis.Ianya telah menelan belanja yang agak banyak juga.




Dan jam 1.28 tengahari 21 jan 2010, aku menerima sms dari adik Bakhtiar. Siapakah pesakit ini sampai bunyi smsnya macam penting. Aku termangu-mangu lagi.


"Adakah kawan wanitanya atau jirannya atau tunangnya sebab aku tak pasti samada adik Bakhtiar sudah mendirikan rumahtangga atau belum" hati aku tertanya-tanya.




"Maaf, Boleh x akak ziarah minggu depan saja sebab akak dah x peruntukan sumbangan lagi. Smlm pun baru saja akak ziarah cawangan B.Beruang. akak x suka ziarah tanpa membawa apa-apa...."itulah diantara sms yang aku hantar pada adik Bakhtiar pada petang itu.Mungkin dengan berterus terang begitu, lebih menenangkan hati aku.




Namun siapakah kita disisi ALLAH SWT. Manusia merancang dan ALLAH juga merancang dan rancangan ALLAH yang sebaik-baiknya. Tiba-tiba pada petang itu, ada orang yang menghantar sedikit wang. Aku terkedu.




"IA, esok akak ziarah. H Putra lawatan buka pukul berapa?..."itulah diantara pertanyaan yang aku sms pada adik Bakhtiar sebaik saja aku menerima wang itu.




"maap lambat reply.Masa buka dari 9 pagi-9 mlm rasanya. Hari ini pkl 2-6 ptg mak den kua jap.Kalo ada kesempatan boleh ziarah.T Kasih" balas adik Bakhtiar pada keesokan harinya.




"Pkl 2-6 nak keluar jap. .Nak keluar pergi mana pulak. Nak kena operation agaknya" begitulah bisik hati aku. Aku agak kehairanan .




"Asalammu'alaikum" ucapan pertama yang aku keluarkan sebaik saja sampai ke hospital Putra pada jam 12.30 tengahari. Aku melemparkan senyuman.




Ibu Bakhtiar agak terkejut lalu bertanyakan siapa aku. Aku memperkenalkan diri sebagai Pengerusi Lujnah Kebajikan Kawasan Bukit Katil. Makcik Khadijah turut bertanyakan bagaimana aku tahu dia berada di hospital. Lalu aku berterus terang menyatakan bahawa Bakhtiar yang memberitahu aku. Makcik Khadijah menyatakan bahawa Bakhtiar anak yang kedua , dan telah mendirikan rumah tangga hampir 6 tahun. Macik Khadijah juga menyatakan kegembiraannya apabila Bakhtiar melibatkan diri dengan program-program yang baik. Memang dia senang hati dengan perkembangan itu.




"Macik nak keluar pergi mana kejap lagi. Bakhtiar ada beritahu saya..macik nak kena bedah ke?" aku ajukan soalan setelah lama soalan itu aku pengapkan dalam benak aku.




"ha..ya..makcik nak keluar kejap. makcik nak pergi kelas marhaban dan mengaji...memang selalu ada buat kat tempat makcik itu...Dr bagi keluar jap " ibu Khadijah jawab dengan begitu ceria sekali sambil membetulkan jarum yang tercucuk ditanganya.




Aku tersenyum. Dalam kesakitan rupanya ada kerinduan. Begitulah jiwa manusia yang telah disaluti iman. Baginya disitu lah letaknya kebahagiaan. Makcik Khadijah boleh berehat disitu tanpa diganggu sesiapa. Biliknya besar kebetulan hanya Makcik Khadijah seorang sahaja pesakit dikala itu .Makcik Khadijah boleh menonton tv selama dia duduk dibilik itu tapi hatinya tetap rindu pada kebajikan. Ibu yang berjiwa besar , tak banyak sedikit, pasti akan diwarisi oleh anak-anaknya.




Sebelum balik aku menghulurkan sedikit sumbangan buat makcik Khadijah. Pada mulanya dia agak keberatan untuk menerima mungkin tidak perlu buatnya. Tapi akhirnya menerima juga setelah aku memaksa kerana inilah sumbangan ikhlas dari PAS Kawasan Bukit Katil walaupun sedikit.


Aku sempat mengambil gambar makcik Khadijah serta adik Bakhtiar yang menemani ibunya disepanjang menerima rawatan.

"Nanti datanglah rumah Makcik dekat Lereh..dekat dengan sekolah budak-budak perempuan Lereh" pelawa makcik Khadijah sebaik saja aku bangun nak meninggalkan bilik itu.




"Insya ALLAH..nanti saya ziarah" aku tersenyum lagi.


Aku tahu tempat itu. Aku pernah menziarahi ke sekolah perempuan lereh itu. Mungkin hampir 10 tahun yang lalu. Aku sempat bermesra dengan anak-anak perempuan yang bermasalah di situ. Aku turut menyanyikan sebuah nasyid diatas pentas ketika meraikan mereka. Kami mengadakan persembahan bersama. Memang menarik untuk mengenali mereka kerana mereka hanyalah mangsa kepada keadaan.




Baru aku teringat...lupa nak beritahu adik Bakhtiar bahawa Lereh tidak termasuk Kawasan Bukit Katil.










Monday, January 25, 2010

RM18,000 DIKUTIP PADA PELANCARAN DANA KOMPLEKS PAS BKT KATIL

Sebanyak RM18,000 berjaya dikutip pada malam pelancaran Dana Kompleks PAS Bukit Katil Ahad lalu.
AJK PAS Bukit Katil sendiri mendermakan sebanyak RM15,000 manakala cawangan-cawangan dalam Kawasan Bukit Katil mengumpukan RM1,500. Bakinya didermakan oleh individu-individu yang terdiri dari penyokong PAS.
PAS Kawasan mensasarkan dana sekurang-kurangnya RM200,000 sebelum akhir tahun 2011.
Infak dan derma tuan-tuan amat dialu-alukan.

UMNO SILAP STRATEGI

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan isu kalimah Allah yang hebat diperkatakan sekarang adalah strategi politik Umno untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada isu yang sedang melanda negara.
"Isu ini sebenarnya adalah isu politik yang sengaja ditimbulkan oleh Umno sebab itulah kita lihat demontrasi berkenaan isu ini tidak dihalang oleh kerajaan dan Polis"
"Sebaliknya Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri membiarkan demonstrasi dijalankan sedangkan sebelum ini mereka juga yang beriya-iya menyatakan bahawa demonstrasi bukan budaya kita" kata beliau pada ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan Cawangan Bukit Katil.
"Senang sahaja kalau kita hendak tahu demo tu anjuran Umno, tandanya ialah bila FRU tiada maka itu sah anjuran Umno"
"Sebab kalau demo itu anjuran Pakatan Rakyat sudah tentu ada road block dan ramai Polis dan FRU berkawal dan menghalang demo itu" tambah Tuan Ibrahim yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.
Menurutnya strategi serampang dua mata Umno untuk mengalihkan isu dan menarik sokongan Melayu memakan diri sendiri kerana rakyat sudah faham dan matang dalam menangani isu sebegini.
"Umno seolah-olah mahu rakyat bangkit dan mengadakan demonstrasi besar-besaran jadi senang untuk mereka menangkap sesiapa sahaja disumbat di dalam ISA".
"Namun kita lihat demo tersebut tidak mendapat sambutan kerana rakyat tahu demontrasi tidak dapat selesaikan masalah, jalan terbaik ialah dengan dialog dan perbincangan secara baik dan berhemah" katanya
Menurutnya PAS lebih jauh ke hadapan berbanding Umno dalam isu ini di mana pimpinan PAS sudahpun merintis jalan mengadakan dialog dan perbincangan secara terbuka dengan Paderi-paderi kristian dan mereka menyanjung tinggi tindakan PAS yang jauh lebih terbuka mengiktiraf kebebasan beragama.
Tuan Ibrahim berkata Islam terbukti mengajar penganut supaya menghormati penganut agama lain. Saidina Umar sendiri pernah berpesan kepada panglima tenteranya supaya tidak membunuh kanak-kanak, wanita, paderi-paderi, tidak menebang pokok-pokok dan merosakkan gereja, kuil dan rumah-rumah ibadat golongan bukan Islam semasa peperangan.
Isu kalimah Allah ini mesti dibincangkan secara ilmiah dan berhemah bukannya mengadakan demonstrasi menunjukkan kekuatan masing-masing.

DERMA UNTUK TABUNG DANA KOMPLEKS PAS BUKIT KATIL

TABUNG BANGUNAN & AKTIVITI PAS KAWASAN BUKIT KATIL Infaq@Derma untuk Tabung Bangunan dan aktiviti PAS Kawasan Bukit Katil.

Sila bank-in infaq@derma anda ke akaun Bank Islam akaun no : 04015010048965.

Cek atas nama : PAS KAWASAN BUKIT KATIL.

Sila maklumkan sebarang infaq@derma melalui sms/call atau email kepada : 016-660 9767 atau email bukitkatil@gmail.com

Nota : PAS Kawasan sedang mengumpul dana untuk pembinaan Bangunan PAS Kawasan Bukit Katil

Wednesday, January 13, 2010

MANA JAWAPAN DAN PENJELASAN TENTANG LAPORAN AUDIT?

Sehingga kini Ketua Menteri Melaka masih gagal memberikan penjelasan terhadap beberapa salah tadbir kewangan dan pentadbiran yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan Ketua Audit Negara 2008.
Begitu persoalan dan keraguan yang timbul dalam laporan audit tersebut tetapi sehingga kini Ketua Menteri masih gagal membuat penjelasan secara terperinci.
Banyak perkara ditimbulkan oleh Ketua Audit Negara antaranya melibatkan MPMBB, JPS, JAIM, JKM dan lain.
PAS Kawasan mengharapkan Ketua Menteri segera memberikan penjelasan tentang isu ini.
Sila layari http://www.audit.gov.my untuk download laporan penuh Ketua Audit Negara 2008 khasnya bagi negeri Melaka.

IJTIMAK PAS KAWASAN 17 JANUARI

PAS Kawasan Bukit Katil meneruskan program Ijtimak Bulanannya di Balai Islam Paya Dalam, 17 Januari ini, Ahad bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi.
Program kali ini seperti biasa akan dimulakan dengan kuliah Tafsir At-Tibyan yang akan disampaikan oleh Ustaz Faisol Sheikh Muhammad. Pengisian kedua ialah berkenaan dengan pengalaman YB Dr Shafei Ibrahim merampas DUN Bangi yang akan disampaikan oleh Prof Dr Hj Hamirdin Ithnin, AJK PAS Kawasan Bukit Katil.
Semua ahli dan penyokong PAS dijemput hadir.

Friday, January 8, 2010

BERSABARLAH DENGAN UJIAN

"Dilarang mengambil gambar dihospital" tiba-tiba seorang jururawat menerpa maryam dari belakang. Maryam agak terkejut, terpinga-pinga.Maryam yang baru saja memulakan rakamannya , terasa bergoyang-goyang kamera yang berada ditangannya.

"Ya ke? tak boleh ambil gambar...o..o..maafkan kami." aku yang juga terpinga-pinga agak terkejut dengan arahan baru itu.

" Ya, minta maaf cik..memang telah ada undang-undang begitu sekarang...sebab pihak hospital bimbang sekiranya terdapat pehak yang menyalah gunakan gambar-gambar yang diambil" jelas jururawat tersebut yang aku kira dia adalah ketua jururawat di wad itu .
"Sejak bila pula berkuatkuasa..tak boleh ambil gambar" saudara Amran mula bertanya sejak dari tadi dia mendiamkan diri, mungkin turut terkejut dengan arahan baru itu.
"tangkap gambar ini nak buat apa? tanya jururawat yang inginkan kepastian dari aku.
" Maaf...saya Ketua Lujnah Kebajikan Kawasan Bukit katil datang kesini untuk memberikan sedikit sumbangan kepada saudara Amran yang sedang menjaga ibunya yang sakit disini dan gambar ini merupakan bukti beberapa aktiviti kami dalam PAS Kawasan Bukit Katil",aku cuba perjelaskan kerana berterus terang itu lebih mudah bagi aku.
"Oh..Kalau Badan Kebajikan atau NGO bolehlah, gambar di izinkan tapi kami akan beri surat dahulu tanda kebenaran dari pihak hospital", jururawat itu mula menampakkan muka yang sedikit ceria setelah dia kelihatan agak bimbang dari tadi.
" Tak palah..tak payah surat. Kami dah tahu. Lain kali sajalah..terima kasih. Minta maaf"..aku tersenyum.
Aku tersenyum lagi. Banyak yang aku belajar dari pengalaman sebegitu. Maryam pun turut tersenyum.
Buat saudara Amran, diharapkan dapat bersabar dengan ujian hidup ini setelah beliau kehilangan isteri akibat penyakit kanser dan kini ibu yang dijagainya selama ini , telah juga dimasukkan ke wad dan ALHAMDULILLAH telah selamat dilakukan pembedahan kecil semalam.
Kepada Makcik Milah , didoakan agar cepat sembuh.InsyaALLAH




Wednesday, January 6, 2010

PROGRAM KAWASAN DITERUSKAN

Alhamdulillah PAS Kawasan Bukit Katil berjaya meneruskan program-program kawasan dengan jayanya sehingga kini. Antara program terbaru yang dijalankan oleh PAS Kawasan ialah Program Ziarah ke Bukit Baru Dalam dengan kerjasama MTD Bukit Baru , Tazkirah Pesuruhjaya dan lain-lain.
Semasa musim cuti sekolah yang lalu PAS Kawasan berjaya mengadakan program cuti sekolah untuk murid-murid sekolah di mana Kelas Asas-asas Al-Qur'an telah dianjurkan di mana ianya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan murid-murid di sekitar kawasan ini.
Selain itu program berterusan PAS Kawasan terus berlangsung dengan jayanya iaitu Usrah Kawasan Dwimingguan, Usrah cawangan-cawangan, Ijtimak Bulanan, Program Kebajikan, Skim Penyayang, kenyataan akhbar, ceramah berkala, penambahan keahlian, penambahan cawangan, kuliah-kuliah di cawangan, ziarah, lawatan ke cawangan dan sebagainya.
Dewan Pemuda dan Muslimat serta Nisa' juga terus mengadakan program masing-masing yang sentiasa menjurukan kepada program kemasyarakatan, kesenian dan rekreasi.
Sementara itu PAS Kawasan akan menubuhkan 2 buah cawangan baru PAS di kawasan Bukit Katil tidak lama lagi. Penubuhan 2 cawangan baru ini membuktikan bahawa PAS terus diterima oleh masyarakat.
Insya Allah PAS Kawasan juga akan membentangkan taqwim tahunan untuk 2010 tidak lama lagi. Di harapkan tahun 2010 akan menyerlahkan lagi peranan PAS di Kawasan Bukit Katil bagi membebaskan rakyat dari cengkaman BN yang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun lalu di Melaka.

Monday, January 4, 2010

PASTI BARU : TAHNIAH BUAT CAWANGAN PAYA DALAM

PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Paya Dalam di atas penubuhan PASTI Al Hadi Paya Dalam pada sessi persekolahan tahun ini 2010.

Semoga PASTI Al Hadi akan berkembang maju demi pendidikan anak-anak kita di sekitar kampung Paya Dalam.

Tahniah kepada Penasihat Haji Abdul Malek Abdullah, Pengerusinya Haji Salim Tahir dan pentadbir PASTI, Haji Yassim Musa, guru-guru dan semua pihak yang terlibat dengan penubuhan PASTI tersebut.
Sesungguhnya penubuhan PASTI ini membuktikan bahawa institusi PASTI terus diterima dan diiktiraf oleh masyarakat.
Dari maklumat terkini, PAS kawasan dimaklumkan bahawa kira-kira 40 murid telah mendaftar dan memulakan sessi pengajian mereka di PASTI ini hari ini.

Info terkini PASTI Al Hadi boleh dilayari di http://pastialhadi.blogspot.com

APA KHABAR BUKIT BARU?

Semalam pimpinan PAS Kawasan dan MTD Bukit Baru menziarahi Peti Undi Bukit Baru Dalam. Dalam lawatan beberapa isu kita perolehi.

Antaranya :-


1) Masih ada rakyat yang menumpang di tanah rezab kubur tentera Jepun di kampung Bukit Baru Dalam walaupun Melaka di katakan negeri maju pada 2010. (gambar).

2) Umno tanpa segan silu mengibarkan bendera parti itu di kawasan salah sebuah surau di Kampung Bukit Baru Dalam (gambar).

Semalam pimpinan PAS Kawasan juga telah menziarahi 3 keluarga iaitu Haji Yahaya, Mohd Nor dan keluarga Anuar. Kami juga menyampaikan sedikit bantuan kepada mereka.

Antara pimpinan PAS Kawasan yang turut sama pada program semalam ialah YDP, Setiausaha, Ketua Lajnah Kebajikan, Ketua Pemuda, AJK Kawasan, AJK Pemuda dan Muslimat Kawasan.