Tuesday, June 22, 2010

TERIMALAH DENGAN REDHA




Ketika kami sampai di hospital Pantai, adik Hamzah masih tidur. Adik baru berusia 3 tahun. Anak kepada saudara Zaini, setiusaha MTD bukit Baru.
Walaupun masih kecil, namun semangatnya kuat. Sebaik sahaja tersedar ketika di langgar lori yang mengutip barangan kitar semula, dia terus bertanyakan tentang bola serta kawan-kawannya sewaktu mereka main bola bersama di dalam pagar rumah jirannya tanpa mempedulikan luka-luka yang di alaminya.
Manusia tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Sememangnya 'Malang tidak berbau' .
Adik Hamzah di seret oleh lori berkenaan, sebaik sahaja adik hamzah cuba mengejar bola yang tercampak di luar pagar. Alhamdulillah, ALLAH tetap memelihara adik Hamzah, cuma luka di peahanya agak besar. Isi dagingnya agak luka banyak dan ia memerlukan sedikit kullit dari bahagian lain untuk di tampal ke pehanya.
Akhbar semalam menceritakan tentang seorang budak yang meninggal di sebabkan besi yang terpelanting dari lori lalu menembus masuk ke tingkap keretanya.
Semuga saudara Zaini serta zaujahnya bersabar di atas ujian ini. Tiadalah ALLAH menjadikan berlakunya sesuatu perkara melainkan pastilah ianya mempunyai hikmah yang tersendiri cuma adakalanya manusia yang tidak dapat merasainya .
Ketua Lajnah Kebajikan mendoakan agar adik Hamzah cepat sembuh dan dapat bermain seperti sediakala. Tentu kawan-kawanya merinduinya.

No comments:

Post a Comment