Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab berkata PAS sejak dari dahulu hingga kini dan selamanya akan tetap berjuang untuk mendapat kemerdekaan hakiki dari sebarang belenggu.
"PAS akan terus berjuang untuk mendapat kemerdekaan hakiki dengan membebaskan rakyat dari belenggu kezaliman seperti ISA, OSA dan sebagainya".
"Rakyat Malaysia terutama penyokong PR masih tidak merdeka kerana mereka dinafikan hak untuk berhimpun, mengadakan program politik secara aman dan bebas, hak menerbitkan media dan sebagainya".
Sofi berkata kerajaan-kerajaan negeri PR juga dianaktirikan di negara sendiri sedangkan kerajaan ini dipilih secara sah oleh rakyat.
"Apakah ini yang dikatakan merdeka" soal beliau.
Menurutnya, program perbarisan di sepanjang jalan di depan Pejabat PAS dan Masjid Bukit Katil itu sepatutnya tidak diadakan jika benar-benar kerajaan BN mengamalkan semangat kemerdekaan.
"Sebagai sebuah parti politik berdaftar PAS sepatutnya turut sama diajak menyertai program sambutan kemerdekaan peringkat negeri Melaka di MITC bukannya dianaktirikan seperti ini".
"Malang kerajaan negeri terus mengamalkan dasar diskriminasi yang kolot dan tidak bertamadun" tambah beliau.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab dalam ucapannya menyelar rancangan pihak berkuasa untuk membuat jalan baru di kawasan Pejabat PAS Kawasan dan Markaz PAS di mana jika ianya menjadi realiti kedua-dua bangunan tersebut akan dirobohkan.
"Kita tidak tahu di mana rasionalnya mereka berbuat demikian kerana tanah di kawasan berdekatan sepatutnya diambil kerana jalannya nanti akan lebih lurus dan ianya tidak melibatkan kemusnahan harta rakyat yang banyak".
"Kita akan menentang rancangan ini dan kita tidak akan terus berusaha untuk mempertahankannya" ujar Yusof penuh semangat.
No comments:
Post a Comment