Thursday, October 10, 2013

Dua Laporan Polis Terhadap Zahid Hamidi

Polis hari ini mengesahkan dua laporan dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) iaitu di Jinjang, Kuala Lumpur dan satu lagi di Melaka. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Khairi Ahrasa mengesahkan laporan polis yang dibuat di Jinjang dipindahkan ke Melaka untuk tindakan selanjutnya. "Ucapan itu dibuat di Melaka jadi kami serahkan kepada mereka untuk siasat," katanya. 

Ahmad Zahid dilaporkan berkata baru-baru ini, polis tidak lagi teragak-agak untuk menembak terlebih dahulu tanpa memberi sebarang amaran. Kenyataannya itu didedahkan menerusi satu rakaman suara di Melaka pada Jumaat lalu. 

"Bagaimana keadaan mangsa rompakan, bunuh masa tembakan ini? kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita. 

"Saya fikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," kata Ahmad Zahid yang dipetik dalam rakaman tersebut. 

Semalam Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid di Jinjang, Kuala Lumpur berhubung dengan kenyataan yang dianggap memberikan “lesen bunuh” kepada polis. ~the malaysian insider




No comments:

Post a Comment