Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Bukhairy Sofian telah mendapat surat daripada pihak polis dan dikehendaki hadir ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur pada jam 3 petang, esok.
Menurutnya, antara keempat-empat NGO yang dinamakan oleh polis yang terlibat dalam penganjuran himpunan Turun pada 31 Disember lalu ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).
“SMM menyifatkan tindakan ini sebagai ingin memadamkan momentum protes rakyat terhadap kenaikan harga barang dan menakutkan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, himpunan ini adalah himpunan rakyat, penganjurnya juga adalah rakyat yang hadir, bukan hanya 4 NGO yang disebut oleh polis.
“Himpunan yang dah aman macam ini pun masih lagi mereka ingin siasat, himpunan aman macam mana yang ingin mereka sebenarnya,” katanya lagi. ~harakahdaily
No comments:
Post a Comment