Showing posts with label Program 2011. Show all posts
Showing posts with label Program 2011. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Ijtimak PAS Kawasan semakin mendapat sambutan

Paya Dalam 19 Jun : Ijtimak bulanan PAS Kawasan yang berlangsung hari ini mendapat sambutan semakin hebat sejak ianya diadakan tahun lepas. Ijtimak bulanan yang diadakan di Markas PAS Paya Dalam di sini menampilkan Ustaz Faizal Ahmad yang menyampaikan kuliah tafsir dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Ijtimak hari ini dihadiri lebih dari 100 ahli dan penyokong PAS yang hadir dari seluruh pelusuk Parlimen Bukit Katil.

Setiausaha Lajnah Tarbiyyah Kawasan, Haji A Karim Mohamad melahirkan rasa gembira di atas sambutan yang semakin hebat.

"Kita akan pertingkatkan kehadiran di Ijtimak ini melalui surat jemputan, arahan dari kawasan dan sebagainya" jelas A Karim

Ijtimak bulan hadapan akan diadakan pada 17 Julai.

Saturday, June 18, 2011

KPI dan taqwim PAS Kawasan selesai ditetapkan

Bukit Katil 18 Jun : PAS Kawasan Bukit Katil selesaikan menetapkan KPI dan taqwim tahunannya pagi tadi. Program retreat atau brainstorming PAS Kawasan dilangsung di sebuah resort di Melaka Tengah.

Antara KPI yang ditetapkan oleh PAS Kawasan ialah bilangan ahli dan pertambahan cawangan yang perlu dicapai oleh PAS Kawasan.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Ali Sharif berkata KPI yang ditetapkan adalah menyeluruh meliputi semua lajnah dan dewan-dewan. Aspek penting yang ditekankan ialah tentang Tarbiyyah, Pilihanraya dan organisasi.

Sebahagian besar AJK PAS Kawasan dan semua ketua-ketua Dewan hadir pada program pagi tadi.

Thursday, June 16, 2011

PAS Kawasan anjur solat gerhana

Seperti biasa Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan akan mengadakan solat sunat gerhana pada setiap kali berlakunya gerhana samada gerhana bulan atau matahari.

Pagi tadi kira-kira jam 5.00 pagi Solat Sunat gerhana telah dilaksanakan di Madrasah Ar Rumah Solok Gaong. Solat tersebut diimami oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz. Beliau juga membacakan khutbah sempena gerhana tersebut.

Monday, June 13, 2011

PAS Kawasan ujudkan dua laman Facebook

PAS Kawasan Bukit Katil mengujudkan 2 laman facebook untuk berinteraksi dengan ahli-ahli PAS Kawasan.

Laman Facebook pertama AJK PAS Kawasan Bukit Katil dan yang kedua Ahli-Ahli PAS Kawasan Bukit Katil. Diharapkan semua ahli dan penyokong dapat join FB Ahli-ahli PAS Kawasan Bukit Katil, boleh request dan Insya Allah akan diterima.

Sunday, June 12, 2011

PAS Bukit Katil adakan 'Retreat' pada 18 Jun depan

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan 'Retreat' pada 18 Jun depan bagi membincangkan perancangan PAS Kawasan untuk tahun 2011-2012.

Retreat ini akan melibatkan semua AJK PAS Kawasan termasuk Ketua Dewan Pemuda, Muslimat dan Urusan Ulama'.

PAS Bukit Katil komited untuk melahirkan anak sulung PAS di Dun Melaka pada PRU ke 13 nanti. Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dalam kenyataanya kepada blog ini berkata antara lain retreat akan membincang 3 perkara utama iaitu Pilihanraya Umum ke 13, Pemerkasaan Parti dan Tarbiyyah.

"Semua ketua-ketua lajnah dan dewan-dewan telah diminta menyediakan pelan perancangan masing-masing berserta dengan takwim program mereka".

"Di akhir retreat ini kita akan muktamadkan KPI PAS Kawasan, Takwim tahunan dan bai'ah kita kepada PAS demi Islam" kata beliau.

Saturday, June 11, 2011

PAS Kawasan teruskan program kebajikan

PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan dan MTD Bukit Baru meneruskan program kebajikan dengan mengadakan program khidmat kesihatan buat kali ketiga hari ini. Program hari ini tertumpu di Kg Bukit Katil dan esoknya di Kg Paya Ikan.

Penyelaras Program, Cikgu Yusof Wahab berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memberikan khidmat kepada rakyat yang memerlukan rawatan secara percuma. Ubat-ubatan juga diberikan kepada pesakit yang dirawat.