Tuesday, June 28, 2011

GAMBAR2 PROGRAM SEKALUNG BUDI

Ajk UPU B.Katil

Hj Salleh menerima cenderahati

Penerima hadiah cawangan B.katil

Tn Hj Ghani mewakili anaknya

mewakili anak

Para hadirin cawangan B.Katil.B Bayan

Tuan Hj Yasin mewakili anaknya


Sunday, June 26, 2011

Program Anugerah kecemerlangan dan Hi Tea

Dewan Muslimat PAS Kawasan akan menganjurkan Program Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 27 Jun 2011 iaitu esok. Program ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak ahli dan penyokong PAS yang cemerlang dalam semua peperiksaan tahun 2010.

Pada sebelah malamnya pula diadakan Ceramah Umum yang menampilkan AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang juga merupakan mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sementara itu Lajnah Penerangan PAS Kawasan dan Majlis Tindakan DUN akan mengadakan Program Hi-Tea bagi mengumpul dana pada 5 Julai ini bertempat di Kg Musai, Bukit Baru. Tetamu istimewa program tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub. Beliau juga akan menyampaikan ceramah di tempat yang sama bermula jam 9.00 malam.

Thursday, June 23, 2011

Ahli PAS Bukit Katil wajib hadir BERSIH 2.0

Yang Dipertua PAS Kawaasan Bukit Katil, Sofi Wahab menyeru seluruh ahli PAS Kawasan Bukit Katil untuk hadir pada himpunan BERSIH 2.0 pada 19 Julai ini.

"Tidak ada alasan dan dalih lagi bagi semua ahli PAS untuk duduk di rumah pada hari tersebut, kita mesti taat kepada arahan pimpinan tertinggi kita"

"Himpunan ini untuk menuntut pilihanraya bersih dan telus jadi rakyat wajib hadir" kata Sofi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini meminta seluruh ahli PAS supaya sama-sama mengambil bahagian pada perhimpunan tersebut.

Sunday, June 19, 2011

PAS Kawasan sasar penubuhan PASTI dan Cawangan Baru

PAS Kawasan Bukit Katil mensasarkan penubuhan beberapa cawangan baru dalam Parlimen Bukit Katil. Selain itu Dewan Pemuda Kawasan pula ditugaskan untuk menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) baru.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab berkata PAS Kawasan akan berusaha untuk menubuhkan 1 cawangan di setiap Peti Undi bagi memastikan cawangan yang ditubuhkan dapat menggerakkan Peti Undi di setiap DUN.

"Setakat ini masih ada Peti Undi yang tidak mempunyai cawangan PAS, Insya Allah dengan kerja kuat kita, semua Peti Undi akan ada cawangan PAS".

"PASTI juga merupakan institusi penting dalam jemaah dan ianya menjadi penghubung antara jemaah dengan masyarakat, jadi penting bagi kita tubuhkan sebanyak mungkin PASTI di kawasan kita" ujar Sofi.

PAS Kawasan semalam selesai mengadakan brainstorming bagi menetapkan KPI dan taqwim tahunan.

Ijtimak PAS Kawasan semakin mendapat sambutan

Paya Dalam 19 Jun : Ijtimak bulanan PAS Kawasan yang berlangsung hari ini mendapat sambutan semakin hebat sejak ianya diadakan tahun lepas. Ijtimak bulanan yang diadakan di Markas PAS Paya Dalam di sini menampilkan Ustaz Faizal Ahmad yang menyampaikan kuliah tafsir dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Ijtimak hari ini dihadiri lebih dari 100 ahli dan penyokong PAS yang hadir dari seluruh pelusuk Parlimen Bukit Katil.

Setiausaha Lajnah Tarbiyyah Kawasan, Haji A Karim Mohamad melahirkan rasa gembira di atas sambutan yang semakin hebat.

"Kita akan pertingkatkan kehadiran di Ijtimak ini melalui surat jemputan, arahan dari kawasan dan sebagainya" jelas A Karim

Ijtimak bulan hadapan akan diadakan pada 17 Julai.

Saturday, June 18, 2011

KPI dan taqwim PAS Kawasan selesai ditetapkan

Bukit Katil 18 Jun : PAS Kawasan Bukit Katil selesaikan menetapkan KPI dan taqwim tahunannya pagi tadi. Program retreat atau brainstorming PAS Kawasan dilangsung di sebuah resort di Melaka Tengah.

Antara KPI yang ditetapkan oleh PAS Kawasan ialah bilangan ahli dan pertambahan cawangan yang perlu dicapai oleh PAS Kawasan.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Ali Sharif berkata KPI yang ditetapkan adalah menyeluruh meliputi semua lajnah dan dewan-dewan. Aspek penting yang ditekankan ialah tentang Tarbiyyah, Pilihanraya dan organisasi.

Sebahagian besar AJK PAS Kawasan dan semua ketua-ketua Dewan hadir pada program pagi tadi.

YDP dilantik TPJ 3

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka. Perkara ini diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari petang ini di Pejabat Perhubungan Negeri di Semabok.

Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ustaz Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

sri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai Bendahari PAS Negeri.

3 orang Penolong Setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini Dewan-Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat telah dipilih pada Mesyuarat Agung masing-masing. Ustaz Zulkifli Ismail dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama; Yuhaizad Abdullah sebagai Ketua Pemuda dan Hajah Kintan Man sebagai Ketua Dewan Muslimat.