Saturday, May 16, 2009

MENINGITIS, SELSEMA BABI DAN PRAYA KECIL BKT KATIL

Assalamualaikum,

Sekarang telah pun disahkan bahawa penyakit selsema babi telah merebak ke Malaysia. Penyakit ini adalah serius kerana ia bersifat life-threatening. Selain daripada itu, kawasan Bukit Katil juga telah diserang satu lagi penyakit yang juga bersifat life-threatening, iaitu meningitis. Tiang Dua yang selama ini menjadi pekan berhabuk tiba tiba dikenali seluruh Malaysia kerana penyakit ini.

Oleh kerana kedua dua penyakit ini boleh membawa maut, ia juga boleh menjangkit kepada politik di Bukit Katil. Di kawasan parlimen ini satu penyakit yang jelas boleh membawa maut telah pun merebak dengan dahsyatnya. Kalau selsema babi adalah nama hodoh bagi penyakit yang menyerang Tiang Dua dan dengan itu ia diganti dengan nama H1N1, maka penyakit yang menyerang kawasan parlimen Bukit Katil juga begitu.

Nama hodoh penyakit ini ialah rasuah. Nama glamournya ialah politik wang. Dan penyakit ini telah disahkan menghinggapi seorang politik Bukit Katil. Setelah ujian makmal dijalankan, pesakit ini didapati positif dengan penyakit rasuah.

Oleh kerana meningitis dan selsema babi bersifat life-threatening, rasuah juga ada musibahnya. Ia bersifat career-threatening. Lambat laun, pesakit ini akan kaput juga.

PAS Bukit Katil perlu siap siaga untuk pilihan raya kecil.

1 comment:

  1. kenapa pihak jabatan kesihatan tak kuarantinkan pembawa virus tersebut?...ooo mungkin sbb ia bersifat career-threatening kot!! yang mana tidak bisa menjangkiti pengamal tegar UBN.

    Atau hamba rakyat di Melaka ini sudah hilang imunisasi diri utk menolak penyakit berjangkit ini!! yang sememangnya sudah menjadi barah yang kian parah.

    jika begitu lah gerangannya maka tdk hairanlah kalau kita melihat tiada sebarang tindakbalas langsung dari pengamal tegar UBN ni..

    takde rase...

    ReplyDelete