Thursday, May 6, 2010

SABARLAH!!! TMB.DMPBK DAN YDP BUKIT KATIL


Sebaik saja kami sampai ke wad 4-4, Hospital Besar, Melaka pada sebelah tengahari semalam, Pakcik Otman Basir sedang tidur. Pakcik Othman keseorangan.Kami tidak mahu menganggunya. Kami berlegar-legar sambil menalipon Pn Mahani untuk memastikan bahawa itu adalah ayahnya.
Telepon tidak di jawab. Mungkin Pn Mahani masih berada di dalam kelas, sedang sibuk mengajar.

Kami pun menalipon kepada saudara Sofi dan memang orang yang kami ziarah itu adalah bapa mertuanya. Bapa mertuanya baru saja di pindahkan dari Hospital Kelantan ke Hospital Besar Melaka.

Sewaktu kami sampai, ibu Mahani sedang solat di surau. Oleh itu, kami tunggu sehingga ibu Mahani balik dari surau.
"Ini siapa? , ibu Mahani agak kehairanan kerana kami tidak pernah berjumpa sebelum ini. Kami bersalaman sambil menerangkan siapa kami.

"Sekarang ini pakcik tengah semput" terang ibu mahani kepada kami sambil merenung sayu kearah suami tercinta, walaupun sebenarnya kami dengar ada juga penyakit lain yang sedang di hadapinya.

Jam telah menunjukkan hampir 1.45 petang tandanya masa lawatan tada 15 minit lagi. Kebetulan saudara sebelah pakcik Othman turut menziarahi ketika itu, jadi kami tidak dapat berbual lama. Memandangkan kami juga ada kerja lagi di cawangan lain, kami pun minta diri lebih awal lagi.

Kami bersalaman sambil memberikan sedikit sumbangan dari Lujnah Kebajikan Bukit Katil. Ibu Mahani minta kami sebut sekali nama kami. Mungkin ibu Mahani nak ingatkan betul-betul agar dia tak lupa untuk memberitahu anak serta menantunya dengan kedatangan kami.

Di doakan agar Pakcik Othman Basir akan cepat sembuh dan Pn Mahani selaku Timbalan Ketua Muslimat Bukit Katil serta Saudara Sofi Wahab selaku YDP Bukit Katil, akan bersabar di atas segala dugaan ini. . Ujian tetap berterusan..

Laporan Lujnah Kebajikan Bukit Katil

No comments:

Post a Comment