Monday, April 29, 2013

ALI RUSTAM KETINGGALAN DIBELAKANG SHAMSUL DI PARLIMEN BUKIT KATIL


BUKIT KATIL - Pertembungan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, merupakan satu pertembungan yang amat dinantikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.


Banyak pihak yang melabelkan pertemuan kedua mereka ini seumpama pertembungan antara David dan Goliath.



Malahan, sejak nama Mohd Ali diumum akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar sudah beberapa kali menyamakan pertemuan ini umpama pertemuan antara petinju Muhammad Ali dan Joe Frazier.





Menurut Shamsul Iskandar, perlawanan yang diadakan pada tahun 1971 di Madison Square Garden di New York itu merupakan satu perlawanan yang mencatatkan sejarah kerana inilah pertama kali Muhammad Ali tewas sebagai peninju profesional.



“Ada rakan yang memaklumkan kepada saya mengenai perlawanan itu dan turut menggelarkan pertembungan saya dengan Mohd Ali pada PRU13 ini sebagai 'fight of the century',” katanya.



Mungkin sejarah inilah yang ingin dicatatkan Shamsul Iskandar dengan menjadikan PRU13 ini kekalahan pertama Mohd Ali.



Bagi Shamsul Iskandar, peluang beliau menumbang lawan yang jauh lebih berpengalaman darinya tidaklah mustahil memandangkan PR sudah memulakan gerak kerjanya seawal dua tahun lalu.



Malahan, sentimen semasa di peringkat akar umbi dewasa ini dilihat memungkinkan berlakunya sejarah buat PKR Melaka dengan memenangi kerusi pertama mereka dalam pilihan raya umum di negeri ini.



Menurut beliau, populariti calon semata-mata tidak akan memberi sebarang kesan kerana kualiti calon adalah jauh lebih penting.



No comments:

Post a Comment