Monday, April 29, 2013

PAS TETAP UNDI DAP DAN SEBALIKNYA. TEGAS PIMPINAN TERTINGGI PAS DAN DAP


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sependapat bahawa perbezaan antara kedua-dua parti itu hanyalah “lima peratus” tetapi mereka bersetuju dengan perkara lain.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pemimpin berkenaan dilihat cuba meredakan kebimbangan pengundi mengenai kerjasama di antara kedua-dua parti berkenaan, yang cuba ditimbulkan oleh BN dalam kempen pilihan raya umum kali ini.


Dalam kenyataan itu, mereka menegaskan bahawa kedua-dua parti “95 peratus bersetuju” dalam soal “menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti, dan demokrasi untuk semua”.

“Oleh itu manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau menolak hak mana-mana bangsa, agama atau pun jantina,” kenyataan itu dipetik.

Ia seterusnya menyebut, PAS berhak memperjuangkan keimanan Islam serta konsep negara islam secara sendirian. 

DAP pula “berhak memperjuangkan negara berperlembagaan berparlimen yang tidak sehaluan dengan konsep negara Islam”, menurut kenyataan tersebut.

Isu berhubung rancangan PAS untuk melaksanakan hudud dan penentangan DAP ke atas usaha berkenaan menjadi perhatian utama kali ini apabila timbalan pengerusi DAP Johor Norman Fernandez tampil dengan kenyataan agar pengundi tidak memilih parti Islam tersebut.

Bentuk tindakan DAP Johor ke atas Fernandez setakat ini masih belum dapat dipastikan namun ia dijangka akan memberi kesan kepada kerjasamanya dengan PAS, lebih-lebih lagi dalam suasana kempen pilihan raya yang hanya berbaki enam hari.

Bentuk tindakan DAP Johor ke atas Fernandez setakat ini masih belum dapat dipastikan namun ia dijangka akan memberi kesan kepada kerjasamanya dengan PAS, lebih-lebih lagi dalam suasana kempen pilihan raya yang hanya berbaki enam hari.


No comments:

Post a Comment