Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pagi tadi disifatkan menjawab segala tohmahan musuh selama ini terhadap PAS.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu paling besar yang dijawab presiden adalah terhadap tohmahan kononnya PAS sudah terpesong dari perjuangan asal.
"Ucapan Presiden PAS cukup jelas bahawa beliau menegaskan PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya.
"Ini harus difahami oleh semua pihak, bagi saya apa yang diucapnya dan segala tomahan yang dilempar terhadap kita telah terjawab," jelasnya.
Menurut Mahfuz, Tuan Guru Abdul Hadi juga secara jelas menekankan kita tetap meletakkan Islam sebagai dasar sepertimana yang terkandung di dalam perlembagaan parti.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut berpendapat, ucapan tersebut telah menghilangkan semua keraguan permainan politik kotor pihak musuh.
"Saya kira bahawa suatu yang harus diterima dan jangan lagi ada keraguan terhadap dasar perjuangan PAS," sambung beliau. ~harakahdaily
No comments:
Post a Comment