Tuesday, December 31, 2013

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Bantu Gerakkan PASTI

Mengedarkan flyes PASTI di pasar malam Bt. Berendam
Di dalam kesibukan masyarakat membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tidak ketinggalan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil membantu salah satu institusi pendidikan yang bernaung di bawah organisasi Dewan Pemuda PAS iaitu PASTI.

11 PASTI yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil sekarang sedang giat menjalankan tugas-tugas persiapan terakhir seperti gotong royong membersihkan premis PASTI dan promosi.

Ketua Pemuda Kawasan Bukit Katil dan merangkap Ketua Pemuda PAS negeri Melaka, Jauhar Md. Dawi bersama AJK telah bersama-sama menjayakan tugas-tugas tersebut.

Diharapkan kecemerlangan PASTI Kawasan Bukit Katil dan perkembangan positif ini dapat melahirkan insan-insan yang memahami dan mengamalkan nilai Islam dalam kehidupannya seterusnya memberi impak kepada gerakan Islam di dalam negara ini pada masa akan datang.







No comments:

Post a Comment