Monday, December 16, 2013

Tol Naik, Syukur Malaysian Masih Aman

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.

Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.

"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu. ~harakahdaily




No comments:

Post a Comment