KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut penulis Shahbudin Husin, ini kerana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.
Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing,
Menurutnya, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan berbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu.
“Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat,” tulis beliau di dalam blognya. ~harakahdaily
No comments:
Post a Comment