PAS Kawasan Bukit Katil melengkapkan perlantikan AJKnya sessi 2013/2015 apabila melantik Ustaz Harman Hassan dan Haji Salamat Aman masing-masing sebagai Ketua Penerangan dan Setiausaha PAS Kawasan yang baru. Sebelum ini jawatan tersebut dipangku oleh Hj Yassim Musa dan Haji Salamat sendiri.
Sementara itu Ustaz Ibrahim Duralim pula dilantik sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional yang baru menggantikan Shamsir Mohamad.
Adalah diharapkan perlantikan-perlantikan tersebut akan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran PAS Kawasan Bukit Katil.
Sementara itu PAS Kawasan juga memaklumkan juga pembentukan Jabatan Penerangan PAS Kawasan bagi memantapkan lagi kerja-kerja penerangan di peringkat kawasan. Ianya menggabungkan seluruh entiti penerangan PAS Kawasan di mana anggota-anggotanya dipilih dari kalangan Ketua Penerangan Kawasan, Dewan-Dewan, Ketua Lajnah IT semua peringkat dan beberapa ahli yang pakar dan mahir dalam kerja-kerja penerangan. Beberapa program akan diaturkan bagi memastikan kerja-kerja penerangan dapat berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment