Tuesday, June 23, 2009

MALANG TIDAK BERBAU




22Jun. Bukit Duyong.

Malam tadi adik Muhammad Hafiz, 10 tahun yang menuntut disekolah Demang Husin , Bukit Katil telah dilanggar kereta ketika melintas jalan sewaktu pulang setelah menunaikan solat Isyak disurau An Nur , Bukit Duyong.


Memang setiap hari , ramai anak-anak disekitar situ yang datang untuk bersolat berjemaah waktu maghrib dan isyak serta mengikuti kelas mengaji serta fardhu ain yang memang diadakan untuk anak-anak disurau Bukit Duyong.


Adik Hafis merupakan anak kepada Saudara Suhaimi Suhad , setiausaha bagi Cawangan Taman Tun Rahah.

Kejadian berlaku sewaktu adik Hafiz sedang melintas dengan menunggang basikal untuk pulang kerumahnya yang terletak diTaman Duyong Permai. Abangnya turut tergamam ketika kejadian berlaku setelah melintas awal dari adiknya.
Bapanya yang masih lagi berada surau berkejar sebaik sahaja mendengar bunyi brek kereta yang kuat.Adik Hafiz dibawa kehospital besar dan seterusnya lapuran polis juga telah dibuat.
Walaubagaimanapun adik hafiz hanya mengalami kecederaan kecil sahaja dibahagian dipipinya jika dibandingkan bunyi brek kereta yang kuat yang dapat didengari dari jauh. ALLAH MAHA BERKUASA.


Alhamdulillah, dalam lawatan Ketua Lajnah Kebajikan kerumah adik hafis petang tadi, beliau didapati sihat dan bertenaga.Sedikit sumbangan juga telah diberikan kepada adik Hafiz dengan harapan adik Hafiz akan tetap datang solat berjemaah serta mengikuti kelas seperti biasa.
"Sahabat-sahabat surau" juga turut menziarahi adik Hafiz pada waktu yang sama sempat bergambar bersamanya.

"Syukur kepada ALLAH , Hafis selamat" itulah kata kesyukuran dari ibunya yang tidak tahu menahu tentang kemalangan itu sehinggalah Hafis balik dibenarkan keluar dari hospital jam 3 pagi. Ibunya hanya menyangka bahawa anaknya lambat pulang kerana mengikut ayahnya berceramah.


No comments:

Post a Comment