"InsyaALLAH, besok kita ziarah mana"? tanya naqibah sebaik saja habis usrah pada petang itu, dalam memenuhi program ziarah mingguan 'Mesra Berkebajikan' yang telah dirancangkan bagi setiap cawangan.
"Rumah siapa ya"? anak usrah mula terpinga-pinga memandang diantara satu sama lain.
"Tak pa, rumah sesiapa pun boleh.Rumah sahabat lama ke, rumah yang bukan Islam ke, asalkan keluarga rumah itu perlu dibantu". sekali lagi naqibah mengingatkan tentang tujuan asal dalam program ziarah.
"Ha..ya..jiran saya ada yang tidak sihat. Dia dah lama tak keluar rumah, sentiasa murung dan tidak ceria. Dulu dia selalu juga bergaul dengan kami, rajin juga kesurau bersama kami, tapi sejak kebelakangan ini dia susah hati macam tak gembira." anak usrah mula teringatkan jirannya selang beberapa buah rumah saja.
"Alhamdulillah, bolehlah kita ziarah dengan membawa sedikit buah tangan serta sedikit wang sumbangan" ujar naqibah lagi.
"Tapi saya takut juga". Tiba-tiba anak usrah seperti gelisah
" Kenapa pula,tiba tiba jadi takut pula". naqibah bertanya dalam kehairanan.
" Suami dia orang UMNO. Takut dia tak suka kita datang sebab dia memang orang kuat UMNO, takut-takut dia tak kasi masuk". sampuk seorang lagi jiran yang berdekatan.
"Ya ke..ha..ha..jangan prasangka sebelum mencuba.Orang melayu jarang menolak tetamu. Tak pa kita cuba. Niat kita baik. Sekadar ingin menziarahi serta memberikan sedikit sumbangan . Hati manusia milik ALLAH. Kita cuma berusaha." naqibah cuba memberikan sedikit perangsang supaya mengingatkan bahawa kita cuba berusaha mengikut kemampuan yang ada disamping berkeyakinan bahawa ALLAH ada bersama.
Alhamdulillah, esoknya ziarah berjalan seperti yang dijanjikan.Memang pada mulannya dia agak terkejut dengan kedatangan kami.Memang dia kelihatan murung saja. Tapi kami cuba nyatakan niat ikhlas kedatangan kami.Lalu kami dijamu dengan dengan sarapan . walaupun dia sendiri tidak kuat untuk bangun ,tapi dia meminta kakak iparnya yang telah kematian suami untuk menjamu kami. Kakak iparnya yang juga dalam lingkungi usia 70an sama seperti usianya.
suaminya hanya mampu menjeling kearah kami tanpa berkata apa-apa.
Kakak iparnya terlalu amat gembira dengan kedatangan kami.Dia terlalu amat berbesar hati dengan penziarahan ini .
Sebelum kami akhiri program kami itu, sedikit sumbangan makanan asas serta duit dihulurkan mengikut kadar kemampuan yang terlalu terhad. Sumbangan yang disediakan melalui jualan kecil-kecilan yang diusahakan. Sumbangan dihulurkan dengan sampul "PAS UNTUK SEMUA" yang dicetak sendiri. Ini cukup memberi erti yang besar buat kami dan sudah semestinya ia memberi satu kepuasaan buat kami .
Sebelum keluar sempat juga dijeling kedinding rumah. Banyak sijil-sijil yang digantung termasuklah sijil suaminya sebagai JKK ditaman tersebut .
No comments:
Post a Comment