(Sekadar gambar hiasan)
Buat pertama kalinya bagi sesi 2009-2011, bagi memenuhi program KBSM (kenduri, bersalin, sakit dan kematian) Lajnah Kebajikan PAS Kaw, Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Kaw serta Lajnah kebajikan Dewan Muslimat PAS Kaw telah diberi kesempatan menziarahi salah seorang pesakit wanita yang mengidap barah payudara di B.Baru petang tadi. Penyakitnya yang telah mula dikesan pada 2006 telah mula merebak dengan cepat sehingga kini telah menular kehati .
Saudara maranya serta jiran-jirannya telah mula memenuhi ruang rumahnya pada petang tadi.
Dewan Pemuda telah mengambil kesempatan dengan membacakan Yasin beramai-ramai dan bersama-sama mendoakan kesejahteraan.
Manakala DMPKBK telah bersepakat untuk bersama-sama membacakan Yasin pada malam esoknya.
Dan sebaik saja penulis sedang menulis diblog ini, sms telah diterima dari DPPNM bahawa wanita itu telah pun meninggal dunia.
Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Dalam Usia yang masih muda, 33 tahun , akhirnya dia menemui ALLAH. Meninggalkan anak yang masih kecil seramai 3 orang.
Bagi yang hidup , marilah meneruskan hidup ini dengan berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Sehebat-hebat manusia akhirnya kematian jualah arahnya. Apakah yang akan dibawa selain dari doa dari anak-anak yang Soleh, ilmu yang dipelajari dan diajari juga sedekah jariah .
Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya. Al Fatihah
No comments:
Post a Comment