Wednesday, July 15, 2009

MANEK URAI YANG DITINGGALKAN..


Pagi tadi 15 julai 5 petugas PAS Kawasan Bukit Katil telah pun selamat sampai ke Melaka dan telah sempat menunaikan solat subuh dimarkas Bukit Katil setelah bertolak dari manek Urai pada jam 10 malam . Tahniah diucapkan kepada 5 petugas dari Kawasan Bukit Katil yang telah sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit dalam tugasan ke Manek Urai.Satu pengorbanan yang amat dihargai.


Betulkan niat bahawa kedatangan ke Manek Urai bukanlah semata-mata kerana pilihanraya tetapi lebih bermotif untuk membantu Agama ALLAH kerana apabila niat keikhlasan demi membantu agama Allah , pasti Allah juga akan membantu dari berbagai-bagai arah tanpa pengetahuan kita.

Jadi samada menang dengan majoriti yang banyak atau majoriti yang sedikit bukanlah menjadi ukuran yang sebenar , apa yang lebih penting wakil rakyat yang telah dilantik sekarang mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan mestilah dijalankan secara berterusan dari dulu dan seterusnya.


Matlamat tidak menghalalkan cara"..PAS memperjuangkan dasar yang hak. Meneruskan perjuangan yang suci dengan telus dan penuh keikhlasan. PAS tidak boleh menjadi parti panorama yang penuh dengan kepura-puraan yang hanya bekerja keras apabila tiba piliharaya dan terus menghilang apabila kemenangan telah diraih kerana PAS tidak boleh menjadi parti bermusim. PAS parti yang menjadikan ISLAM sebagai Dasar Perjuangan. Parti yang mementingkan dakwah, tarbiah,perpaduan dan sudah semestinya tidak terkecuali dari menjaga kebajikan masyarakat.



Bagi petugas-petugas Bukit Katil, jadikan pengalaman di Manek Urai satu pengajaran yang terbaik dalam cubaan untuk memenangkan di Melaka terutama Dun Kawasan Bukit Katil dalam PR 13 nanti. Muhasabah adalah perkara yang terbaik dalam perjuangan ini.

Dalam berhadapan dengan "Zon Kelesaan" yang amat sangat yakin bahawa PAS akan menang dengan majoriti yang besar rupa-rupanya tersilap jangkaan juga akhirnya. Dikala sibuk diperkatakan bahawa PAS sedang menguasai banyak peti undi, rupa-rupanya tersilap menilai pengundi .. Perjuangan berdasarkan Islam tetap diuji dari dulu , kini dan selamanya..
Puak Kebatilan tidak akan memberikan kemenangan mudah bagi yang diatas jalan Kebenaran. Mereka punyai banyak jalan untuk menipu namun kita kita punyai ALLAH untuk membantu. Oleh itu bersiap sedialah serta berhati-hati dalam setiap keadaan.


Maka bagi ahli-ahli Kawasan Bukit Katil teruskanlah agenda KBSM (bersama masyarakat dalam hal Kenduri, Bersalin, Sakit dan Mati) yang dilaung-laungkan tanpa mengira kaum. Jangan jadikan degahnya sekadar slogan yang akhirnya cuma tercatit dikertas sekadar bicara. Gunakan segala daya yang ada semaksima yang mungkin. Segala keringat yang keluar , hasil titik peluh jemaah adalah lebih diberkati lebih-lebih dalam hal perjuangan kejalan ALLAH.



"Allah berfirman: " Kami akan membantu engkau dengan mengutus saudaramu, dan Kami akan memberikan kepada kamu berdua kekuasaan yang besar, sehingga Firaun dan pengikutnya, tidak akan dapat menganiaya kamu berdua. Berangkatlah kamu berdua dengan membawa mu'jizat-mu'jizat kami. Kamu berdua dan orang-orang yang mengikuti kamu, itulah yang akan menang."


(Surah Al Qasas: ayat 35)

No comments:

Post a Comment