Friday, July 3, 2009

KOTA TANPA SURAU

( Sekadar gambar hiasan)

Sebut saja kota, pasti dibayangkan bahawa ianya merupakan satu tempat yang menarik. Apatah lagi sekiranya kota itu dihasilkan dari kerajaan yang memerintah kerana mampu berbelanja tinggi untuk menghasilkan sebuah kota yang dikatakan cemerlang.

Meskipun pun yang dimaksudkan ini hanyalah merupakan sebuah bangunan yang dikatakan gah dikenali dengan nama "Kota Cemerlang' yang terdiri beberapa tingkat dimuatkan pula dengan pelbagai agensi kerajaan tambah lagi dikenali dengan nama ' one stop centre'kerana disediakan kemudahan bagi membabitkan bantuan kebajikan dan pembelaan dalam negeri Melaka.

Namun , agak malang sekali apabila sebuah bangunan yang dipersiapkan dengan berbagai kemudahan awam tidak terdapatnya sebuah surau awam bagi memudahkan orang ramai terutama yang beragama Islam untuk menunaikan solat dibangunan kota yang cemerlang.

Begitulah keadaannya apabila tidak pekanya pehak pengurusan terhadap agamanya sendiri dimana ini telah mengundang kesukaran bagi orang ramai yang datang berurusan di agensi-agensi kerajaan disitu.

Sepatutnya perancangan yang bijak lagi teratur diambil kira sewaktu sesuatu tindakkan akan dimulakan . Peramatan yang teliti mestilah diambil kira dari semua sudut terutama yang melibatkan orang awam khasnya yang berugama Islam.

Berbeza sekali jika dibandingkan dengan sebuah bangunan usang yang menempatkan tempat bagi orang-orang awam yang datang untuk bermain bowling ditempatnya, bukan saja disediakan sebuah ruangan khas yang agak sesuai untuk umat Islam menunaikan solat malah disediakan ruangan yang amat selesa lagi menarik untuk anak-anak kecil berserta ibu berehat disitu.

No comments:

Post a Comment