Thursday, October 31, 2013

Makan umpan, jangan joran - Presiden PAS

JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini. 

Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka. 

Wednesday, October 30, 2013

Britain negara Barat pertama di dunia terbit bon Islam

Britain akan menjadi negara barat pertama di dunia yang menerbitkan bon Islam, kata Perdana Menteri David Cameron (gambar) hari ini. 

Ketika membuat pengumuman pada Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-9 di sini, beliau berkata kerajaan merancang menerbitkan 200 juta pound, dan dijangka dilancarkan awal tahun depan. 

TEAM BUKIT KATIL BERTUGAS DI SG LIMAU

Pasukan petugas PAS Kawasan Bukit Katil akan memulakan tugas mereka di Sg Limau bermula esok hingga selesai pengundian. Pasukan ini terdiri dari 15 orang diketuai oleh Pengarah Jentera Piluhanraya Kawasan, Haji Mustafa Ali dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Yassim Musa.

Mereka akan bertugas di UPU Bukit Choras dan Kg Gelam. Menurut Hj Yassim tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka antaranya ialah bertemu pengundi, membantu kerja-kerja asas di peringkat kempen fasa terakhir dan juga merayu undi pada hari pengundian.

"Adalah diharapkan semua petugas dapat menjalankan amanah dengan baik disamping sentiasa mematuhi arahan pimpinan"

"Kita datang untuk bertugas bukan untuk makan angin oleh itu jangan sia-sia masa dan kesempatan yang diberikan ini" tegas Yassim.

Gambar sekadar hiasan.

Tuesday, October 29, 2013

Ustaz Nasrudin tarik diri tanding Ketua Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari ini mengumumkan menarik diri bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disandang beliau sejak 2009.

Mengumumkannya kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nasrudin berkata keputusan itu dibuat beliau bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru untuk mengepalai dewan itu dengan lebih baik.

Beliau bagaimanapun berkata, akan menerima untuk pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

"Secara rasminya saya mahu mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Monday, October 28, 2013

Diabetes.. Oh.. Diabetes..

Diabetes atau kencing manis mungkin merupakan nama penyakit yang paling glamour di Malaysia sekarang. Dari pemimpin tertinggi negara hingga kedai kopi di kampung-kampung, topik kencing manis menjadi perbualan. 

Ulasannya dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi umum mengaitkannya dengan gula lantas kenaikan harga gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 dianggap rahmat dan langkah yang sangat tepat untuk gaya hidup yang sihat. Malah ada menteri yang mengatakan, tanpa gula umur kita akan menjadi lebih panjang dan tenaga kelelakian akan meningkat! 

Sunday, October 27, 2013

Kaitkan Azizan dan harga gula, kempen tidak berakhlak

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Wednesday, October 23, 2013

Masalah Tempat Pembuangan Sampah Di Kampung Ku Sayang, Bukit Baru


Aktiviti harian YB Dr. Khalid, Adun Bukit Baru membuat lawatan kawasan. Gambar di atas merupakan tempat pembuangan sampah yang sering digunakan penduduk Kampungku Sayang telah dialihkan kerana terdapat projek yang akan dibuat di kawasan berkenaan. 

PKR, DAP akan pastikan PAS kekal di Sg Limau


JERAI: PKR dan DAP berikrar memberi komitmen sepenuhnya bagi membantu PAS untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu 4 November ini.

Tuesday, October 22, 2013

Ustaz Azam Samad Calon PAS Di PRK Sg. Limau

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini.

Monday, October 21, 2013

Pakatan Rakyat Bentang Bajet 2014 Esok

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan 2014 di Bangunan Parlimen esok, tiga hari lebih awal daripada pembentangan belanjawan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan belanjawan kerajaan pada 25 September ini.

Sunday, October 20, 2013

Berbelanja mewah ketika aliran tunai negara nazak

Apabila persoalan perkadaran Fitch dikemukakan kepada Perdana Menteri Najib Razak oleh Bloomberg yang mewawancaranya minggu lalu di Putrajaya, mudah untuk memahami mengapa firma berita antarabangsa itu berbuat demikian.

Ini kerana keputusan firma penarafan antarabangsa itu menurunkan pengkadaran kredit Malaysia dari A kepada –A adalah, secara relatifnya, merupakan suatu berita baru yang memalukan Malaysia dan perkembangannya turut diikuti di seluruh dunia kewangan antarabangsa.

Saturday, October 19, 2013

Jadikan keputusan 10-4 di Sungai Limau

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Dato' Ir Amiruddin Hamzah(gambar) menggesa pengundi dalam kawasan ini menjadikan skor terbaru untuk keputusan pilihanraya Dun Sungai Limau sebagai 10-4.

Berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat untuk PRK Sungai Limau, Amiruddin memberitahu, sejak pilihan raya umum diadakan pada 1955 sehingga 2013, Sungai Limau yang dahulunya dikenali sebagai Sala telah mencatatkan 9 kemenangan untuk PAS dan hanya empat kemenangan untuk BN.

Thursday, October 10, 2013

Dua Laporan Polis Terhadap Zahid Hamidi

Polis hari ini mengesahkan dua laporan dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) iaitu di Jinjang, Kuala Lumpur dan satu lagi di Melaka. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Khairi Ahrasa mengesahkan laporan polis yang dibuat di Jinjang dipindahkan ke Melaka untuk tindakan selanjutnya. "Ucapan itu dibuat di Melaka jadi kami serahkan kepada mereka untuk siasat," katanya. 

Wednesday, October 9, 2013

YB Adun Bukit Baru Ziarah Warga Tiong Hua


Ziarah kematian di Taman Harta Pertama, Bukit Baru. Dr Khalid menyantuni ibu kepada mendiang anak lelaki, yang mana meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari sabtu lepas.

Tuesday, October 8, 2013

YB Dr. Khalid Kassim Di Kejohanan Piala Harapan Pemuda PR Bukit Katil


YB Adun Bukit Baru, Dr. Khalid Kassim menghadiri dan menyampaikan hadiah sempena kejohanan badminton Piala Harapan anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan Bukit Katil.

Sunday, October 6, 2013

AJK KAWASAN BUKIT KATIL SESSI 2013/2015 DILENGKAPKAN

PAS Kawasan Bukit Katil telah melengkapkan 'kabinet'nya untuk sessi 2013/2015. Beberapa perubahan telah dibuat di mana Hj Hassan Mohamad dan Hj Yassim Musa dilantik sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan yang baru. Manakala Hj Mustafa Ali pula diamanahkan sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya menggantikan Hj Yassim Musa.

Penolong Setiausaha, Hj Salamat Aman dan Bendahari sessi lalu Hj Ab Rahim Idris dikekalkan. Pengerusi Sektretariat Pusat Khidmat Adun Bukit Baru kekal dipegang oleh Cikgu Yusof Wahab.

Beberapa AJK tambahan dilantik antaranya Rahimuddin Rahmim, Hj Hussin Ithnin, Hj Zulkifli Zakaria, Kamis Keling, Amizah Ahmad, Siti Nekmat, Maaruf Hashim, Ismail Ibrahim dan lain-lain.

Ketua Penerangan PAS Kawasan yang baru Hj Yassim Musa berkata saf kepimpinan yang baru ini dilantik ini diharapkan mampu memberikan sumbangan yang bermaka kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di kawasan Bukit Katil dan negeri Melaka.