Monday, December 15, 2014

TUKAR KERAJAAN UNTUK SELAMATKAN NEGARA DARI BANGKRAP

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Rosli Yaakob berkata rakyat negara ini mesti menukar kerajaan pada PRU14 nanti bagi memastikan negara tidak bangkrap.

Beliau hutang negara yang sudah menjangkau lebih RM500bilion menggambarkan betapa seriusnya masalah negara kita.

"Kerajaan mesti 'mengempiskan perut' dan 'mengikat tali pinggang bagi mengurangkan perbelanjaan yang boros dan membazir yang mengakibatkan hutang negara meningkat sehingga mencecah lebih RM500bilion sekarang. 

"Jika mereka tidak mengempiskan perut dan mengikat tali pinggang, hutang Malaysia dijangka meningkat menjadi RM1.3 trilion pada tahun 2020". 

"Sikap boros, membazir, rasuah serta membiarkan ketirisan menjadi penyebab kepada hutang negara yang semakin meningkat"ujar Dr Rosli. 

Beliau berkata sehingga kini sudah 16 tahun berturut-turut bajet Malaysia mengalami defisit, iaitu pendapatan kurang dari perbelanjaan. 

"Contohnya dalam sebuah rumah, katakan pendapatan RM2000, tetapi perbelanjaan RM2500, jadi tiap-tiap bulan mereka berhutang RM500 untuk menampung perbelajaan. Sama juga dengan negara kita, pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan akibat boros dan membazir." 

"Bila pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan, kerajaan mula memikirkan untuk menambah hasil pendapatan negara dengan mengenakan cukai GST yang menekan rakyat." 

Dr Rosli berkata GST dikenakan kepada semua lapisan rakyat tidak kira orang kaya, peminta sedekah dan fakir miskin. 

"Sesiapa juga yang membeli barang keperluan dan perkhidmatan yang dikenakan GST sudah tentu terpaksa membayar GST." 

"Memang GST dikenakan kepada beras dan sebagainya tetapi jika kita makan di restoran atau kedai mamak, sudah tentu kita akan kena bayar GST". tambah beliau.

Menurutnya, para pekedai dan peniaga boleh mendapat balik cukai GST yang dibayar dari kerajaan, tetapi rakyat terbanyak tidak dapat bayaran balik dan merekalah yang paling teraniaya. 

"Harga barangan sudah tentu akan naik dan rakyatlah yang terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga barang"ujar Dr Rosli. 

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya membuat perubahan bagi menyelamatkan negara kita yang tercinta ini. 

"Jika pemimpin negara dan kerajaan tidak ditukar,sudah pasti Malaysia akan bangkrap dan rakyat akan bertambah sengsara" ujar beliau. 

"Sekarang ini hutang negara sudah melebihi 55 % dari jumlah pendapatan dan kadar ini membuktikan bahawa negara berada di ambang muflis seperti yang dialami oleh Greece." 

Menurutnya hanya ada satu jalan sahaja untuk menyelamatkan negara dari bangkrap iaitu denga menukar kerajaan pada PRU14 nanti. 

Beliau berkata demikian pada ceramah umum anjuran Jentera Pilihanraya Dun Ayer Molek dan PAS Kawasan Ayer Molek di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di Pekan Ayer Molek malam Sabtu lalu. 

Selain Dr Rosli Yaakob, turut berceramah bersamanya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Amiruddin Shari.

Friday, December 12, 2014

CERAMAH UMUM DI PEJABAT PAS KAWASAN 13 DIS

Jentera Pilihanraya Dun Ayer Molek (JPrD) dan PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan Ceramah Umum yang akan disampaikan Pengarang Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, YB Dr Khalid, YB Shamsul Iskandar dan YB Khoo Poay Tiong pada 13 Disember ini. 

Program ini akan berlangsung di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan di Taman Desa Molek, Ayer Molek bermula jam 9.00 malam. 
Ceramah ini dijangka menarik kerana penceramah akan mengupas isu-isu semasa yang menarik antaranya GST, kenaikan harga barangan, kegawatan ekonomi dan sebagainya.


BANGUNAN TAMBAHAN PEJABAT PAS KAWASAN HAMPIR SIAP

Bangunan tambahan PAS Kawasan Bukit Katil di Taman Desa Molek hampir siap. Bangunan tambahan tersebut yang terdiri dari sebuah kedai di tingkat bawah dan dewan serbaguna di bahagian atas dijangka siap dalam masa 3 bulan lagi.

Apabila siap nanti bahagian bawah akan disewakan manakala tingkat atas akan digunakan untuk kegiatan jemaah pelbagai peringkat.

Friday, October 17, 2014

TUAN GURU DATO HARON DIN LAWAT MELAKA 19 OKTOBER


Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Haron Din akan melawat Melaka bagi merasmikan bangunan baru Sekolah Rendah Islam Al Rahmah di Solok Gaong pada 19 Oktober 2014.


Beliau yang merupakan penaung kepada Madrasah Al Rahmah akan tiba pada jam 12.00 tengahari bagi upacara perasmian tersebut.

Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir. 

Thursday, September 4, 2014

PAS KAWASAN SELAR PORTAL MEDIA INTERNET


PAS Kawasan Bukit Katil menyelar tindakan media yang mensensasikan berita-berita yang samar dan tidak datang dari sumber yang sahih. Terbaru Portal Star Online versi Bahasa Malaysia melaporkan bahawa PAS menghantar 3 nama Exco PAS sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor. Star Online melaporkan berita tersebut dengan tajuk Hadi mahu PAS MB Selangor (://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/04/hadi-mahu-pas-mb-selangor'.)

Selepas itu laporan itu disiarkan pula oleh Malaysiakini dengan tajuk 'Hadi nominates 3 PAS Excos for MB Post' (http://www.malaysiakini.com/news/273621).

Tindakan kedua-dua portal berita ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang ramai. Walaupun tajuknya dibuat menggunakan tanda soal namun ia mungkin disalahtafsir oleh pembaca yang rata-rata menggunakan sumber portal internet sebagai rujukan berita mereka.

Sebagai sebuah media yang dikatakan mahukan kebebasan media, mereka mesti bertanggungjawab dan meneliti setiap berita agar ianya merupakan berita yang sah dan datang dari sumber yang sahih bukannya dari sumber-sumber yang samar dan tidak rasmi.

Kita bimbang jika portal-portal menjadi pencacai kepada musuh-musuh politik PR yang sentiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan PR sejak dari dahulu lagi.

Jangan ulangi kesilapan media arus perdana yang dikuasai kerajaan BN yang sengaja mensensasikan berita-berita yang melibatkan PR bagi memburuk-burukkan PR di mata rakyat. Portal berita internet mesti mengekalkan rekod mereka yang dikatakan bersih dan bebas.

PAS Kawasan Bukit Katil dengan ini mengharapkan portal-portal berita internet memohon maaf kepada seluruh pemimpin dan penyokong PR khususnya PAS yang terguris dengan tindakan mutakhir media-media yang menyiarkan laporan yang mengelirukan. 

Kepada pemimpin dan penyokong PR berhati-hatilah jangan sekali-kali kita percaya bulat-bulat segala laporan yang dibuat oleh media-media yang ada disekeliling kita. Kita mesti membuat semakan kepada sumber-sumber sahih demi kesejahteraan dan keharmonian kita semua.

Mari sama-sama kita berganding bahu memurnikan media di negara kita agar rakyat memperolehi berita-berita yang sahih dan tepat. Jangan kita memikirkan keutungan dan populariti sahaja sehingga membelakangkan etika kewartawanan.

Mohd Sofi Abdul Wahab (http://www.facebook.com/sofiwahabpj9)
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil 

Monday, August 25, 2014

PAS KAWASAN UCAP TAHNIAH PADA PRESIDEN

PAS Kawasan Bukit Katil merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Dunia baru-baru ini.

Sesungguhnya perlantikan ini merupakan suatu pengiktirafan kepada beliau dan PAS di atas sumbangan yang diberikan kepada dunia Islam dan dunia amnya.

Semoga Tuan Guru terus sihat dan mendapat rahmat dari Allah untuk terus memimpin PAS dan dunia Islam.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BUKIT KATIL BERJALAN LANCAR

Bukit Katil : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil kali ke 11 berjalan lancar Sabtu lalu. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, YB Hj Aminolhuda Hassan yang juga merupakan Adun Parti Yaani.

Dalam ucapan Aminolhuda mengingat ahli PAS supaya sentiasa peka kepada situasi sekeliling bagi memastikan PAS tetap relevan dan berada di mana sahaja.

"Ahli PAS mesti peka, sensitif dan sentiasa bersedia untuk menangani isu-isu rakyat dan membantu mereka."

"Kita juga mesti melaksanakan tugas dengan komited, melakukan perancangan yang baik dan bekerja dalam satu pasukan" ujar beliau.

Aminolhuda juga mengingatkan ahli PAS khususnya di Bukit Baru supaya membantu Adun tunggal PAS iaitu YB Dr Khalid Kassim dengan semaksima mungkin bagi memastikan beliau dapat berperanan dan menjadi model kepada Dun lain.

"YB tidak boleh buat kerja seorang, tak larat, kita semua kena bantu dalam apa segi sekalipun, banyak tugas YB yang memerlukan sokongan dan dokongan kita semua" tambah beliau.

Pada mesyuarat agung kali ini Cawangan Kg Bukit Bayan diisytiharkan sebagai cawangan terbaik. Antara kriteria pemilihan cawangan terbaik ialah berjaya menguruskan PASTI, jumlah keahlian baru yang ramai, ada pejabat atau markas, berjaya mengadakan ceramah, usrah, kuliah, tazkirah, program kebajikan dan sebagainya.

Sementara itu perwakilan dari cawangan-cawangan PAS dalam kawasan Bukit Katil mengucap tahniah kepada panitia mesyuarat agung kerana berjaya menceriakan mesyuarat kali ini dengan pentas yang cantik, suasana yang kondusif, ada beg perwakilan, tanda nama cawangan dan AJK Kawasan, perjalanan yang lancar dan lain-lain.

"Biasalah ada kekurangan di sana-sini kita boleh perbaiki pada masa hadapan" ujar perwakilan dari sebuah cawangan yang tidak mahu namanya disenaraikan.

Mesyuarat agung kali ini diadakan di Kompleks PAS Bukit Katil.

Gambar atas sekali : Saf kepimpinan PAS Kawasan
Gambar tengah : YDP menyampaikan cenderahati kepada perasmi
Gambar bawah sekali : YDP menyampaikan cenderahati kepada pemenang anugerah cawangan terbaik 2013/2014.


Wednesday, August 20, 2014

JEMPUTAN HADIRI MESYUARAT AGUNG PAS BUKIT KATI 23 OGOS

Tuan-puan dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil pada Sabtu 23 Ogos 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Kompleks PAS Bukit Katil. Perasmian oleh Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa.

Insya Allah Dato Husam akan menyampaikan pandangan beliau tentang halatuju PAS dan PR pasca krisis perlantikan MB Selangor yang masih belum berakhir.



Sila sebarkan kepada pencinta politik untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

KEMALANGAN MRT : PIHAK BERWAJIB TAK AMBIL IKTIBAR

Projek MRT sekali lagi dilanda masalah yang sangat serius sehingga mengorbankan nyawa. Kali ini kemalangannya amat kronik dan tragis. Kemalangan yang meragut 3 pekerja yang terperangkap di bawah timbunan konkrit di Kota Damansara merupakan kejadian kemalangan yang kedua setelah kemalangan pertama pada bulan Jun lepas. Kemalangan demi kemalangan membuktikan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena mengenai projek ini. 

Insiden-insiden kemalangan ini berpunca daripada sikap tergesa-gesa Kerajaan Persekutuan dan Jabatan terbabit yang seolah-olah tidak menjalankan kajian terperinci sebelum projek ini dilaksanakan di samping masalah pemantauan dan penguatkuasaan yang meragukan. 

Pihak berwajib kelihatan tidak mengambil iktibar kemalangan yang berlaku pada bulan Jun yang lepas dengan membiarkan kontraktor utama GAMUDA-MMC mengambil tindakan yang agak lembut apabila sekadar memberhentikan sub-kontraktor yang terlibat sahaja.

PAS Kawasan Bukit Katil mendesak Kerajaan Persekutuan untuk segera menghentikan kerja-kerja pembinaan projek  dan ianya tidak boleh disambung semula selagi tiada jaminan ianya selamat. Apa kita ingin memperjudikan nyawa orang awam dan pekerja. 

Pakar-pakar yang bertauliah dan berautoriti mesti diambil bagi menjalankan kajian terperinci tentang aspek-aspek keselamatan dan sebagainya. Kita bimbang peristiwa tragis ini akan berulang lagi. 

Sementara SAMM dalam kenyataannya kepada media menyesali sikap Kerajaan Persekutuan terus berlembut dengan konglomerat GAMUDA-MMC walapun telah beberapa kali insiden-insiden malang berlaku di kawasan pembinaan MRT. Adakah hal ini kerana kontraktor utama projek ini mempunyai pertalian rapat dengan Putrajaya hingga segala kelemahan dan insiden ini hanya dipandang sebelah mata oleh Putrajaya.

"Kegagalan dan siri kemalangan ini juga menunjukkan Menteri Kerja Raya sekarang ini begitu lemah dalam memastikan keselamatan projek-projek prasarana yang sedang dibina di ibu kota ketika ini." ujar Jurucakap SAMM.

Justeru, SAMM Wilayah Persekutuan menyeru Perdana Menteri untuk menggantikan Menteri Kerja Raya dengan seorang individu yang mempunyai ketegasan dan kemampuan dalam memastikan projek-projek prasarana yang sedang dibina tidak menjadi mesin mencabut nyawa pekerja dan orang ramai.

Gambar sekadar hiasan.

Thursday, July 10, 2014

CERAMAH BADAR QUBRA AHLI PARLIMEN MESIR 13 JULAI

IFTAR dan CERAMAH BADAR AL QUBRA

Penceramah : Sheikh Amir Abdul Rehim Mahmoud Ali
Ahli Parlimen Mesir
Perkarangan Pejabat PAS Bukit Bayan
Masa : 7.15 mlm

Wednesday, June 25, 2014

Detik Cemas Seorang Ustazah Setelah Kereta Dan 2 Anak Dilarikan Pelajar Sekolah

Detik cemas seorang Ustazah, kereta dan anak di larikan - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan adiknya tiga bulan yang dibawa lari bersama kereta Proton Gen 2 di Puchong Perdana, 7 pagi tadi ditemui selamat.
Kanak-kanak itu ditemui seorang pekerja kilang berusia 58 tahun selepas ternampak mangsa sedang berjalan sambil mendukung adiknya di kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu lima kilometer dari lokasi dia dilarikan.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kejadian berlaku ketika si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dengan enjin tidak dimatikan.

Ketika itu suspek masuk ke dalam kereta dan membawa lari kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta terbabit. Suspek turut mengacukan pisau kepada mangsa, katanya.
Polis masih menjejaki suspek dipercayai seorang remaja lelaki memakai pakaian seragam sekolah yang membawa lari kereta berkenaan dengan nombor pendaftaran WLF4727 Proton Gen 2 berwarna biru. 
HM

DIHUKUM MATI: INI JAWAPAN DR. MOHAMMED BADIE KEPADA HAKIM

Semasa perbicaran semalam, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammed Badie yang dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah tentera, mengeluarkan kata-kata yang cukup memberi inspirasi kepada pejuang agama Allah.
Dalam satu kenyataan kepada hakim, pemimpin berusia 71 tahun itu berkata hukuman mati sedikitpun tidak menakutkan beliau, tetapi beliau cuma kecewa kerana tiada lagi keadilan di bumi Mesir.
"Hukuman mati tidak menakutkan saya. Saya tidak takut menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Jihad terbaik adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim.
"Saya mengadu kepada Allah tentang tiada lagi keadilan. Saya bertukar dari mangsa kepada tertuduh di bawah rejim rampasan kuasa tentera."
Anak lelaki saya, Ammar dibunuh dan kejadian itu tidak pula pernah disiasat atau dibawa ke mahkamah mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah itu," katanya dipetik Ikhwanweb.com.
Mohammed Badie dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan tanpa kehadiran beliau dan tidak diberi peluang untuk membela diri.
"Ini adalah ibu segala ketidakadilan, terutamanya apabila pendakwa mengenakan tuduhan rekaan kepada saya dan tertuduh yang lain," katanya lagi.
Mohammed Badie dituduh menyerang dan membakar ibu pejabat polis Odoua di wilayah Minya, serta membunuh seorang anggota polis pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun ketika kejadian, Mohammed Badie dikatakan berada di Kaherah dan bukannya di Minya.
Sehingga kini 1,100 penyokong Presiden Dr Mohamad Morsi telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dibawah rejim rampasan kuasa Mesir.

- HARAKAHDAILY, 24/6/2014

Tuesday, June 24, 2014

DAMAILAH KAU DI SANA

ALMARHUM USTAZ ABU BAKAR CHIK: DIA MURABBI, PEMIMPIN, TEMAN YANG BAIK
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Pagi yang indah ini , aku terasa longlai tak bermaya dengan berita yang menyentap tangkai hati, kepulangan ke alam abadi sosok pejuang kental dari negeri Tok Ku Paloh, almarhum Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terbayang lebih dua dekad menjadi anak didiknya semenjak zaman kampus , memasuki Dewan Pemuda, saya sempat dua kali menghadiri mesyuarat pemuda Pusat ketika beliau memimpin Dewan itu, seterusnya bersama almarhum dalam Pas Pusat. Berusrah bersama almarhum semenjak zaman 'anak muda kail sejengkal' saya sehingga melepaskan zaman pemuda yang serba indah. Terbayang renungan matanya yang tajam dan kesungguhan almarhum bila berbicara, dakapan tubuhnya setiap kali bersua termasuk arahan demi arahan untuk memastikan jamaah ini tidak kontang daripada amal tarbawi.
Tokoh ini bukan kepalang iltizamnya dengan perjuangan Islam semenjak zaman remaja, menjadi nukleus awal ABIM di Terengganu dalam dekad 70an bersama Dr Abu Bakar Abdullah, Hj Husien Ismail, Cikgu Sapinah Jusoh, dan lain-lain anak muda berjiwa Islam yang sedang dibius semangaat kebangkitan Islam. Beliau dan teman-temannya telah menubuhkan Institut Berakan, sebuah sekolah tajnid yang menawarkan pendidikan kepada anak-anak remaja di pinggir bandar Kuala Terengganu. Pusat kaderisasi dakwah itu akhirnya dirobohkan oleh regim BN pada tahun 1991. Beliau dan teman-temannya dengan pantas mendirikan semula wadah pendidikan ummah ini, kini kompleks MTT Tok Jiring yang bersebelahan dengan kediamannya adalah salah satu mercu tanda pendidikan Islam di Terengganu.
Almarhum menjadi pemimpin PMUKM semasa mencicip ilmu di kampus Bangi itu, bergraduat dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Islam. Pernah juga bermukim ilmu di Universiti Islam di Sudan dalam bidang Bahasa Arab (1995-1996) dan juga sebuah Universiti di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1987 sehingga 1988kegigihannya menuntut ilmu tidak pernah berhenti, termasuk mengarang banyak kertas kerja pembinaan jamaah dan juga buku-buku untuk mencerahkan ahli tentang tasawwur perjuangan Islam.
Beliau menyertai PAS dalam tahun 1981, seterusnya bertanding dalam PRU 1982 dan memenangi DUN Jeram. Ikon anak muda Malaysia ini, yang juga ketua Pemuda Pas Terengganu itu ditahan di khemah politik ISA, mendekam di Kamunting selama dua tahun pada tahun 1984. Sekali lagi namanya mencuat untuk ditahan dalam operasi Lalang pada tahun 1987. Almarhum menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke 13, mengasaskan banyak institusi semasa membahterai pemuda termasuk Jabatan Pelajar, PASTI, JKS, SRIP dan pelbagai lagi.
Ustaz menang kali kedua dalam PRU tahun 1999 di DUN Batu Rakit, seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Terengganu dan memegang Potfolio Pertanian. Beliau tak kering idea, bak sumur jernih yang sentiasa mengalir, mendamaikan sukma. Saya teringat almarhum menemankan saya makan tengahari usai,program Seminar Gejala Sosial di MTT Tok Jiring, anjuran Itqanul Muluk, sebuah badan pemikir yang almarhum sendiri asaskan. Lontaran idea beliau untuk menjadikan parti Islam sebagai wadah intelektual ummah,membaca unjuran strategik perjuangan Islam di negara ini seolah-olah beliau masih memimpin Dewan Pemuda Pusat. Usia 64 tahun bukanlah alasan untuk bermalasan dan memberikan alasan, itulah kekanda saya, ustaz ABC. Saya tertampar malu jika berada bersamanya, dalam apa jua kondisi, tak mampu menandingi semangat juang yang tersepuh puluhan tahun.
Ustaz Abu Bakar Chik adalah antara pengasas Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bersama Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasruddin Abj Bakar, Ustaz Hussein Awang dan menjadi sebuah sekolah kader terbesar PAS. Beliau juga terlibat mengasaskan Darul Taqwa kuala Nerus, sekolah rendah Islam di bawah Dewan Ulama Terengganu. Kecintaan almarhum kepada dunia pendidikan menyebabkan jamaah memberikan amanah beberapa penggal kepadanya untuk mempengerusikan Lujnah Pendidikan PAS Pusat.
Almarhum begitu sinonim dengan demonstrasi kebangkitan rakyat, bermandi tembakan air kimia FRU dan disiram gas pemedih mata, beliau tak lelah menyemangati anak -anak muda, bahkan program terakhirnya ialah bersama ARC, sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu bersama anak muda Islam di Selangor. Generasi pemuda PAS di era beliau ialah yang paling cemerlang , menjuarai isu ummah, menjadi pendesak yang berkesan, mencetak kader-kader dakwah PAS dalam dan luar negara, membina jaringan sivil sebagai jambatan PAS dengan masyarakat serta meletakkan pendidikan sebagai tunjang utama gerakan.
Terlalu banyak yang perlu saya coretkan untuk sosok pejuang yang merupakan murabbi, kekanda, teman baik saya ini, namun saya mengejar masa untuk menziarahi jenazah almarhum di Terengganu. Sejujurnya , Dato Abu Bakar adalah sumber inspirasi yang tak pernah malap, sehingga kami generasi pemuda Islam dekad 90an, menggelarkannya secara diam "alfatihah",kerana almarhum pantang berkumpul lebih tiga orang, akan terus membuka majlis dengan ummul kitab. Maknanya kami akan terus bermesyuarat untuk merancang pelbagai program jamaah Islam tercinta ini. Alfatihah buat maestro perjuangan , kami akan terus menyambung legasi perjuangan Islam ini sehingga nafas terakhir.

Tuesday, May 20, 2014

DAMAILAH KAU DI SANA YA MURABBI

Ayahanda Ustaz Abdul Ghani bin Abdul Rahman
20hb April 1945
Hari ini, genap usia abah ke 69. Allah berikan abah usia yang hebat. Antara manusia yg saya sentiasa jadikan ukuran, sandaran, rujukan dan kawan.
Abah pula berpencak di pentas dakwah pada usianya 15thn dan pernah memenangi Johan dan Peserta Terbaik dalam Pertandingan Syarahan Peringkat Negeri Kelantan, mengalahkan sahabat2 seangkatan seperti Dr. Mahmood Zuhdi, Dato Taib Azamuddin dan ramai lagi sewaktu di Nilam Puri era 60 an.
Allah berikan abah kekuatan utk melangkah jauh ke Bumi Mesir dan sekali lagi diamanahkan menjadi Presiden PMRAM sewaktu pergolakan besar dalam krisis kepimpinan dan kenegerian PMRAM dahulu. Abah mengambil alih tampuk kepimpinan PMRAM pada tahun 1980 bersama Al Marhum Tuan Guru Dato' Haron Taib. Alhamdulillah, persatuan itu hebat dan gah sehingga kini.
Antara jasanya yang terakhir bersama kepimpinan PAS Melaka apabila membawa PAS Melaka ke arah kegemilangan...hanya orang sezamannya yg tahu. Alhamdulillah, kini Melaka punya ADUN kelahiran sulung walaupun abah sudah meninggalkan kerusi Pesuruhjaya...
Kini... abah hanya dipimpin anak2, isteri2 tersayang dan sentiasa dibawa pergi mencuci darah. Moga Allah membersihkan seluruh dosa dan khilaf abah di dunia dan moga abah pergi nanti bagai bayi dilahirkan. Namun... semangat dan istiqamah tidak pernah luntur dari jiwa abah. Biar bertongkat, abah tetap nak solat berjemaah...
Kami... sentiasa doakan yg terbaik buat abah. Tiada galang gantinya. Moga abah tetap istiqamah dan sentiasa bertaqwa kepada Allah. Moga Allah gantikan kesakitan hari ini...dengan nikmat syurgaNya yang hebat.
Salam sayang buat abah.
Semoga usia yg bertambah ini dengan keberkatanNya
Semoga dalam perlindungan Allah SWT.
Anakandamu,
AMIR MUTTAKIN AB GHANI
Hayyu Asyir, Kaherah

PAS KAWASAN TEMPA SEJARAH BELI BANGUNAN 2 TINGKAT

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan merasmikan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil yang baru pada 12 Jun ini. Majlis perasmian akan berlangsung pada jam 5.00 hingga 6.45 petang.

Pejabat ini terletak di sebuah bangunan yang dibeli oleh PAS Kawasan Bukit Katil tahun lepas. Bahagian bawah bangunan disewakan kepada seorang peniaga hardware. Lokasinya ialah Taman Desa Molek, Pekan Ayer Molek.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab berkata pejabat ini menjadi One Stop Centre untuk penduduk setempat menyuarakan apa juga masalah dan cadangan tentang isu-isu berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Insya Allah kami akan cuba membantu rakyat dalam apa juga isu demi kesejahteraan mereka" ujarnya ringkas.

Pejabat ini beroperasi setiap hari dan boleh dihubungi di talian 06-293 3982 atau 019-6821318. Email : bukitkatil@gmail.com dan fan page http://www.facebook.com/PasBukitKatil.

Monday, April 21, 2014

KENANGAN LAMA .....

Gambar saf kepimpinan PAS yang sedang bermesyuarat pada tahun 1977.

Dari kiri Allahyarham Ustaz Hj Hassan Shukri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato Haji Mustafa Ali, Dr Daeng Sanusi Mariok, Allahyarham Dato Asri Muda.

PESAWAT MAS ROSAK : TAHNIAH KEPADA JURUTERBANG PESAWAT MH192

PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada juruterbang pesawat MH192 atas kejayaannya mendaratkan pesawat tersebut dengan selamat awal pagi ini. 

Yang Dipertuanya, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata kecekapan pesawat itu dengan kehendak Allah berjaya menyelamatkan nyawa penumpang dan anak kapal tanpa sebarang kecederaan.

"Bagi pihak PAS Kawasan, kita semua bersyukur dengan kejayaan ini dan mengharapkan masalah-masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan" ujar beliau dalam satu kenyataan pagi ini.

Bernama melaporkan awal pagi tadi bahawa Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.
    
Beliau dalam perjalanan ke KLIA.

Penerbangan MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam tadi dengan 159 penumpang dan tujuh anak kapal, bagaimanapun pada 12.40 tengah malam, ia menghantar tweet sedang berpatah balik.

Dalam kenyataan media pada pukul 1.35 pagi, MAS berkata gear mendarat sebelah kanan pesawat itu rosak semasa berlepas dan pesawat itu dijangka membuat pendaratan cemas pada pukul 2 pagi.

"Penerbangan MH192, yang menggunakan pesawat B737-800, dijadual tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama (semalam).  

"Penerbangan itu membawa sejumlah 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal," menurut MAS.    

Insiden itu menarik perhatian global terutama daripada pengguna Internet yang memberi reaksi kepada tweet MAS berkenaan.

Kejadian penerbangan MAS berpatah balik ini berlaku tidak berapa lama daripada kejadian kehilangan penerbangan MAS Kuala Lumpur-Beijing MH370, pada 8 Mac. Penerbangan itu juga dilaporkan telah cuba berpatah balik.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, 8 Mac.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian selepas diketahui kapal terbang itu melencong dari laluan, misi mencari digerakkan di sepanjang koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.    

Berikutan analisis terhadap data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi"

Thursday, April 10, 2014

PANDA LEBIH MULIA DARI RAKYAT

Nampaknya Panda yang dibawa dari negara China lebih mulia dari rakyat Malaysia. Sebab itu Panda-panda ini ditatang bagai minyak yang penuh dengan belanja pulujan juta ringgit. Sedangkan pada masa yang sama masih ramai rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.  Masih ramai rakyat tiada rumah sendiri dan merempat.

Haradaily hari ini melaporkan bahawa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terkejut pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda menelan belanja RM25 juta dan pembiayaan dua ekor Panda dari negara China kini sudah disiapkan di Zoo Negara. 

“Jelas perbelanjaan yang meliputi membina tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun jauh lebih mahal daripada membiaya ribuan keluarga miskin tegar di negara ini,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aneh sekali pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk berbelanja mewah untuk dua haiwan ini yang pada hakikatnya tidak perlu dibawa ke negara ini hanya sekadar untuk diperaga untuk masyarakat tempatan.

“Di kala rakyat bersungut dengan kos sara hidup yang meningkat, harga komoditi getah menurun dan seluruh negara masih sugul dengan kehilangan MH370 dengan penumpangnya, kami tidak dapat menerima kenapa kerajaan sanggup berbelanja dengan mewah hanya untuk dua ekor Panda,” ujarnya.

Secara nalurinya, kata beliau Panda itu tidak perlu dibawa beribu kilometer dari kawasan alaminya yang asal. 

Katanya, apa perlu haiwan itu hendak dibawa sejauh itu dengan pembiayaan yang tinggi dan terpaksa dibangunkan tempat yang bersifat tidak asli. 

“Kenapa kita perlu menyiksa haiwan itu untuk dipaksa hidup dalam persekitaraan yang bukan asal hanya kerana mahu dipertontonkan kepada orang ramai?” soal beliau lagi.

Justeru, tegas beliau Mapim berpendapat sesungguhnya tindakan kerajaan tidak munasabah dan adalah berlawanan dengan etika menjaga hak binatang. 

Apatah lagi, tambahnya perbelanjaan yang begitu tinggi adalah tidak rasional berbanding dengan keperluan kelompok rakyat bawahan yang masih bergelut untuk mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang kini sangat rumit.

“Bagaimanakah kerajaan mahu merasionalkan perbelanjaan RM25 juta itu untuk menyimpan dan mempamer dua ekor Panda itu padahal banyak keutamaan rakyat yang masih belum dapat dipenuhi?” soal Azmi.

Katanya, rakyat masih menderita dengan terputus bekalan air, terpaksa berdepan dengan kenaikan kos rawatan kesihatan dan kos pengangkutan yang meningkat. 

Beliau turut mempersoalkan apakah manfaat yang dapat diperolehi jika wang rakyat berjuta ringgit dikeluarkan hanya untuk mempamer Panda yang bukan menjadi keutamaan rakyat

“Kami menegaskan ketika Laporan Ketua Audit Negara 2013 sedang didedahkan di Parlimen, betapa sekali lagi berpuluh juta ringgit tiris dan bocor akibat pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang lemah,” katanya. 

Kini, ujar beliau rakyat dikejutkan dengan wang dikeluarkan sedemikian banyak untuk membiaya dua ekor Panda tersebut.

“Kami menggesa pihak kerajaan menilai semula projek ini dan menarik balik keptusan untuk melanjutkan terus program ini yang pasti akan mengambil sumber wang awam yang terlalu banyak,” ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya Mapim membantah budaya berbelanja secara tidak rasional ini dan menggesa kerajaan menumpukan perhatian kepada keperluan yang lebih utama untuk rakyat.

~ Hdaily

HIMPUNAN 1000 MUSLIMAT MELAKA 14 JUN

Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka akan mengadakan himpunan 1000 muslimat/wanita Melaka pada 14 Jun di perkarangan Dewan PAS Bukit Katil bermula 9.00 pagi.

Program ini antara bertujuan untuk merapatkan silaturrahim pimpinan Dewan Muslimat PAS pelbagai peringkat dan wanita di seluruh negeri Melaka.

Pada program ini mereka-mereka yang hadir akan dihidangkan dengan pelbagai program santai yang sesuai dengan wanita disamping mendengar ucapan dari pimpinan PAS.

Adalah diharapkan seluruh jentera Dewan Muslimat menggerakkan ahli dan penyokong mereka mengajak seramai mungkin wanita di negeri Melaka untuk menghadiri yang julung kali diadakan ini. 

Gambar di atas sekadar hiasan.

Wednesday, April 9, 2014

MOTIVASI PELAJAR UPSR 12 APRIL DI MAAHAD AR RAHMAH

Kepada tuan-tuan yang mempunyai anak yang akan mengambil UPSR tahun ini dijemput untuk menghantar mereka ke program ini.

Sila maklumkan pada saudara-mara dan sahabat-sahabat.

TAZKIRAH AZHAR IDRUS 13 APRIL DI BUKIT PALAH

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus di Bukit Palah berhadapan dengan dengan Masjid Al Azim pada 13 April 2014 bermula jam 7.45 malam.

Sama-sama kita maklumkan kepada saudara-mara dan kawan-kawan.

Monday, April 7, 2014

TAPEM SEKAT BANTAUN ZAKAT ????

Benarkan Tabung Pendidikan Melaka (TAPEM) menyekat bantuan zakat kepada pelajar. Apa komen Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Baca di SINI 

VAN KEBAJIKAN DILANCARKAN SEDIA BERI PERKHIDMATAN PADA RAKYAT

Van kebajikan Pusat Khidmat Dun Bukit Baru dilancarkan oleh Adun Bukit Baru YB Dr Khalid Kassim pagi ini sempena program hari terbuka PAS Cawangan Bukit Bayan di perkarangan Pejabat PAS Bukit Bayan.

Van ini akan digunakan sepenuhnya untuk program kebajikan rakyat DUN Bukit Baru. Sila hubungi talian 06-2672239 untuk mendapat khidmat Van Kebajikan ini. 

Wednesday, April 2, 2014

SETIAUSAHA, KETUA PENERANGAN DAN AJK BARU PAS KAWASAN DILANTIK

PAS Kawasan Bukit Katil melengkapkan perlantikan AJKnya sessi 2013/2015 apabila melantik Ustaz Harman Hassan dan Haji Salamat Aman masing-masing sebagai Ketua Penerangan dan Setiausaha PAS Kawasan yang baru. Sebelum ini jawatan tersebut dipangku oleh Hj Yassim Musa dan Haji Salamat sendiri.

Sementara itu Ustaz Ibrahim Duralim pula dilantik sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional yang baru menggantikan Shamsir Mohamad.

Adalah diharapkan perlantikan-perlantikan tersebut  akan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran PAS Kawasan Bukit Katil.

Sementara itu PAS Kawasan juga memaklumkan juga pembentukan Jabatan Penerangan PAS Kawasan bagi memantapkan lagi kerja-kerja penerangan di peringkat kawasan. Ianya menggabungkan seluruh entiti penerangan PAS Kawasan di mana anggota-anggotanya dipilih dari kalangan Ketua Penerangan Kawasan, Dewan-Dewan, Ketua Lajnah IT semua peringkat dan beberapa ahli yang pakar dan mahir dalam kerja-kerja penerangan. Beberapa program akan diaturkan bagi memastikan kerja-kerja penerangan dapat berjalan lancar.

Thursday, March 13, 2014

Misteri MH370 bertukar jadi tekanan kepada Najib

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut penulis Shahbudin Husin, ini kerana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.

Monday, March 10, 2014

NELAYAN DAKWA NAMPAK PESAWAT TERBANG RENDAH

10 Mac 2014 [sinar]- Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin. Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut. Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut. “Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa. "Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam. Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam. “Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat).

RIBUAN HADIR TEKAD TUMBANGKAN BN PADA PRK KAJANG

Ribuan penyokong dan pendokong keadilan sempat berhimpun di Stadium Kajang sebagai tanda solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ribuan penyokong dan pendokong keadilan sempat berhimpun di Stadium Kajang sebagai tanda solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sokongan rakyat di Kajang jelas menunjukkan bahawa bahawa calon PR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menang besar pada PRK Kajang 26 Mac ini. Kebangkitan rakyat akan terus menyala, dan terus membara. Seluruh rakyat tanpa mengira bangsa akan bangkit menumbangkan BN dengan pukulan Knock Out pada 26 Mac ini.

PRAY FOR MH370

Monday, March 3, 2014

TIADA CATUAN AIR DI MELAKA

Ketua Menteri Melaka, Idris Haron menyatakan semalam bahawa tiada catuan air di Melaka kerana ketiga-tiga empangan masih mampu membekalkan 150 juta liter padu air setiap hari kepada negeri Melaka. Malah katanya paras air di empangan-empangan tersebut masih di paras 60 peratus. Beliau dilaporkan berkata demikian selepas melawat salah satu empangan tersebut semalam.

BUKIT KATIL TUAN RUMAH LIQA FIKRI PAS NEGERI

PAS Kawasan Bukit Katil akan menjadi tuan rumah Liqa Fikri PAS Negeri Melaka pada 4 Mac 2014 iaitu esok. Program 2 bulan sekali anjuran PAS Negeri ini dimulakan 2 bulan lalu di mana PAS Kawasan Jasin telah menjadi tuan rumah buat kali pertama. Program ini bermula jam 8.00 malam di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam. Seluruh pimpinan dan ahli PAS Kawasan dijemput hadir.

YB USTAZ AZAM SAMPAIKAN TAZKIRAH DI IJTIMAK PAS KAWASAN

Adun Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam menghadiri Ijtimak PAS Kawasan Bukit Katil di Surau Haji Berahim semalam. Beliau sempat menyampaikan taujihat beliau kepada pimpinan dan ahli-ahli Kawasan.

Tuesday, February 18, 2014

NST diperintah bayar RM350,000 kepada Husam

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan akhbar The New Straits Times (NST) membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa berikutan mengeluarkan laporan fitnah terhadap Naib Presiden PAS itu .

Jumlah tersebut sebagai gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.

Monday, January 27, 2014

Beri pemahaman Islam sebenar kepada rakyat - bekas MB Selangor


Tan Sri Mohamad Mohd Taib menyatakan bahawa PAS mesti menerangkan Islam sebenar kepada rakyat di kampung-kampung bagi memastikan mereka menyokong PAS. 

Thursday, January 23, 2014

MADRASAH AR RAHMAH TERUS BERKEMBANG MAJU

.
Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Sekolah Rendah Islam Al Rahmah, Solok Gaong, Bukit Lintang Melaka. Di sempurnakan oleh Dato' Dr Hj Haron Din, Penaung Madrasah yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS semalam. Intitusi telah puluhan tahun beroperasi berjaya menghasil para ilmuan agama yang menamatkan pengajian mereka di Universiti dalam dan luar negara. Pengajian bermula dari peringkat tadikan iaitu PASTI sehinggalah ke Tingkatan 5. Menawarkan kedua-dua aliran pengajian iaitu akademik biasa dan agama. Pengajian Aliran Sains Tingkatan 4 dan 5 telah juga dimulakan tahun 2013. Bangunan yang akan didirikan ini ialah bangunan baru sekolah rendahnya. Bangunan sekarang sudah tidak mampu untuk menampung pertambahan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun Turut hadir pada majlis yang penuh bersejarah tersebut ialah Hj Md Diah Abdul, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah; Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka yang juga Mudir Sekolah Menengah Ar Rahmah, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz, Mudir Sekolah Rendah Ar Rahmah.

Wednesday, January 22, 2014

Blogger Sebagai Pendakwah?

Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

Kadar penembusan Internet di Malaysia hanya 54 peratus tetapi pengguna sangat tinggi pengetahuan teknologi Internet. Kajian oleh Omnicom Media Group mendedahkan lebih 80 peratus pengguna Internet Malaysia sering bersembang secara online, menikmati hiburan (mendengar muzik, radio) dan membaca blog. Manakala 64 peratus menonton video secara online dan mengemas kini laman web jaringan sosial mereka. 

Thursday, January 16, 2014

Himpunan Turun: Pengerusi SMM dipanggil polis

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Bukhairy Sofian telah mendapat surat daripada pihak polis dan dikehendaki hadir ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur pada jam 3 petang, esok.

Menurutnya, antara keempat-empat NGO yang dinamakan oleh polis yang terlibat dalam penganjuran himpunan Turun pada 31 Disember lalu ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Thursday, January 9, 2014

Mahkamah Rayuan batal pengharaman Bersih 3.0

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard', hari ini berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan Perintah Mahkamah Majistret yang melarang perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Linton Albert membuat keputusan itu sebulat suara.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Seri Zakaria Sam.

Monday, January 6, 2014

Barang naik: Geram akan jelajah seluruh Melaka


MELAKA: Gerakan Anak Muda Anti Barang Naik Melaka (Geram) mengadakan road show pertama bertempat di Melaka Sentral dan Pekan Bukit Baru, pagi tadi.

Friday, January 3, 2014

'Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak

Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.