Friday, August 30, 2013

DR KHALID ZIARAHI MANGSA DENGGI DI TAMAN SAUJANA


Taman Saujana : Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim melawat Taman Saujana Bukit Katil mendengar permasalahan mengenai demam denggi yang semakin teruk di kawasan tersebut. 

Menurut penduduk, lebih kurang 30 orang penduduk telah mengalami demam denggi. Ada yang masih di hospital dan ada yang sudah dibenarkan pulang.

"Kita melihat perkara ini sesuatu yang membimbangkan dan perlu ditangani dengam segera. Pihak berwajib dipohon untuk memberikan kerjasama"

"Kita akan membantu untuk menyelesaikan masalah ini. InsyaAllah" ujar Dr Khalid.

Dalam pertemuan tersebut Dr Khalid menyampaikan sedikit sumbangan kepada pesakit-pesakit yang terlibat dengan demam denggi tersebut.


Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes demam denggi dan berharap pihak berwajib dapat langkah drastik dan segera bagi mengawal penyakit yang berbahaya ini.

Tuesday, August 27, 2013

LEBIH RM9,000 DIKUTIP PADA CERAMAH BANTAH KERAJAAN HARAM MESIR

Bukit Katil : Lebih dari RM9,000 berjaya dikutip pada program ceramah membantah kekejaman kerajaan haram Mesir di Dataran Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi.

Ceramah tersebut dihadiri lebih dari 1,000 rakyat negeri Melaka yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi. 

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya menegaskan bahawa rampasan kuasa di Mesir adalah kerajaan haram dan mesti dikutuk oleh semua negara demokrasi kerana ianya jelas membelakangkan semangat demokrasi.

"Presiden Morsi telah dipilih secara sah oleh kira-kira 52 % rakyat Mesir, tiba-tiba tentera merampasa mandat rakyat malah lebih teruk lagi mereka membunuh rakyat yang berhimpun secara aman"

"Malangnya kerajaan kita diam membisu tidak mengutuk rampasan kuasa dan pembunuhan rakyat Mesir, sedangkan Parlimen Peranchis, Jerman dan Britain telah mengutuk tindakan tersebut, Parlimen Malaysia hendak bersidang pun takut" tegas Mohammad.

Turut berceramah pada program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.

Gambar atas : Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah Kintan Man menyampaikan sumbangan Dewan Muslimat PAS Negeri kepada rakyat Mesir yang diterima oleh Hj Mohamad Sabu. 

Monday, August 26, 2013

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BUKIT KATIL PADA 22 SEPTEMBER

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 22 September ini di Bangunan baru PAS Cawangan Bukit Katil/Bukit Bayan bermula jam 9.00 pagi. Mesyuarat tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mesyuarat dijangka akan berlangsung dengan meriah kerana PAS Bukit Katil berjaya menempa sejarah dengan memenangi Dun Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil menerusi PKR. Lebih manis lagi PAS Kawasan juga berjaya membeli sebuah bangunan untuk dijadikan Pusat Kegiatan Masyarakat dan Pejabat PAS Kawasan dengan harga RM340,000. Selain itu PAS Cawangan Bukit Katil/Bukit Bayan juga berjaya membina sebuah bangunan dengan harga kira-kira RM400,000 dan membeli sebuah rumah untuk dijadikan PASTI berharga lebih RM300,000.

Seluruh ahli dan penyokong PAS dijemput hadir bagi memeriahkan mesyuarat tersebut.

PAS BUKIT KATIL ANJURKAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 31 OGOS, SEMUA DIJEMPUT HADIR

PAS Kawasan Bukit Katil menjemput seluruh penduduk di kawasan ini untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan bersama Adun Bukit Baru pada 31 Ogos ini bertempat di perkarangan bangunan Kedai Pekan Bukit Baru berhadapan dengan Masjid Bukit Baru.

Majlis akan bermula pada jam 6.30 petang hingga 10 malam. Majlis akan diserikan dengan kehadiran pimpinna PR negeri dan pimpinan PAS Kawasan.


Semua tuan-puan dijemput hadir.

Gambar atas sekadar hiasan.

ADUN BUKIT BARU TERUS SANTUNI RAKYAT


Ahli Dewan Undangan Bukit Baru, Dr Khalid Kassim terus menyantuni rakyat di sekitar Dun Bukit Baru.

Bermula dari 6 Mei iaitu sehari selepas beliau dipilih sebagai Adun, beliau terus mendekati dan menyelami permasalahan rakyat tanpa mengenal penat dan lelah.

Tahniah kepada YB Dr Khalid....