Thursday, August 11, 2011

Buka puasa bersama pimpinan PAS Kawasan












PAS Kawasan Bukit Katil mengadakan program berbuka puasa secara berjemaah pada setiap hari Khamis sehingga ke akhir Ramadhan. Minggu lalu program tersebut berlangsung di Markas PAS Cawangan Bukit Katil.

Pengarah Program, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz berkata program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pimpinan PAS Kawasan, Cawangan dan masyarakat setempat.

Hari ini ianya akan dilangsungkan di PASTI Seri Jati, Cawangan Sungai Putat. Seluruh masyarakat setempat dijemput hadir.


Sunday, July 10, 2011

Tahniah kepada Bendahari dan Ezan Bachang

Tahniah diucapkan kepada Bendahari PAS Kawasan, Haji Ab Rahhim Idris dan saudara Ezan Bachang kerana 'naik makam' apabila dipilih mengikuti Tarbiyyah pihak Polis semalam. Mereka akhirnya dibebaskan sebelum pukul 7.00 malam.




Wednesday, July 6, 2011

17 TAHANAN DI BEBASKAN HARI INI

 Tahanan reman keatas 17 tahanan pejuang PAS Jasin, di bebaskan pagi tadi jam 9.45 pagi. Ramai para peyokong PAS yang telah menunggu di luar seawal pagi lagi.

Ustaz Kamarudin serta saudara Harun kelihatan sebuk menguruskan bagi mempercepatkan pembebasan mereka.


Pimpinan PAS Negeri, Kawasan dan penyokong-penyokong PAS  berkumpul di luar IPD Jasin untuk menyambut mereka.

Ustaz Mohd Nor turut memberikan kata-kata peransang kepada semua ahli PAS yang berada di situ ,sejurus mereka di bebaskan.

PAS Kawasan Jasin telah mengadakan  majlis doa kesyukuran kepada semua tahanan dan makan tengahari di Dataran Hamas tengahari  tadi.
penyokong begitu setia menunggu


MEMPERKASAKAN NEGARA BERKEBAJIKAN


 Jamuan Pakatan Rakyat telah berjalan lancar mengikut seperti  yang telah  di programkan.
Meskipun polis membuat sekatan di jalan raya 2 belah namun ianya tidak menghalang dari orag ramai dari berbilang kaum untuk hadir bersama di Jamuan tersebut.

Hi-Tea ini  telah di adakan di kg Musai pada petang tadi, bermula jam 7 hingga 10 malam .
Turut di sertai oleh beberapa tetamu undangan dari Pakatan Rakyat disertai dengan ucapan ringkas.

,Seperti biasa, UMNO cuba turut mengadakan ceramah berdekatan malangnya UMNO gagal untuk menganggu program kali ini kerana program ini telah bermula jam 7 malam sehingga jam 10 malam   sedangkan UMNO baru bermula jam 9.30 malam.

Tuesday, July 5, 2011

BAYANG-BAYANG PUN DI KATAKAN HANTU


MEMPERKASAKAN NEGARA BERKEBAJIKAN merupakan tema kepada ceramah malam tadi di Bukit Katil.

Penceramah Ustaz Kamarudin Sidek, Ustaz Yusoh, YB Khoo, DR Hatta serta saudara Wahab Ibrahim ,Pen SU KEADILAN Melaka.

Saudara Wahab lantang memperkatakan kenapa "BERSIH" benar-benar di halang, ialah kerana Perhimpunan " BERSIH" merupakan benteng terakhir yang amat di takuti oleh UMNO. "BERSIH 1.0" telah menyebabkan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan manakala BERSIH 2.0 ini pasti akan banyak lagi negeri yang akan jatuh ketangan PAKATAN RAKYAT.

Ustaz Kamarudin juga tidak ketinggalan dalam memperkatakan tentang tangkapan yang telah di lakukan keatas 17 Ahli PAS . Juga menyatakan semangat rakyat semakin membara di atas segala pencabulan keatas perlembagaan yang tidak di hormati termasuk SUHAKAM sendiri.

YB Khoo sempat juga menyatakan kepada para Muslimat bahawa tak lama lagi iklan-iklan pencuci akan di berhentikan seketika kerana adanya perkataan BERSIH.

Begitulah manusia, apabila kejahatan nya sudah tidak di bendong, bayang-bayang pun di katakn HANTU.

BEBASKAN MEREKA

PAS B.katil mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dengan tindakan tangkapan 17 ahli PAS sejurus mengadakan seminar di HAMAS .Jasin.





PAS Kaw B.Katil turut merasa kesal kerana mereka yang ditangkap tidak dibebaskan setelah keterangan mereka diambil.



Sebaliknya mereka terus ditahan reman selama 3 hari..

Semuga keluarga para ahli PAS yang ditahan dapat bersabar dan kita sama-sama berdoa agar mereka segera dibebaskan.

Tuesday, June 28, 2011

GAMBAR2 PROGRAM SEKALUNG BUDI

Ajk UPU B.Katil

Hj Salleh menerima cenderahati

Penerima hadiah cawangan B.katil

Tn Hj Ghani mewakili anaknya

mewakili anak

Para hadirin cawangan B.Katil.B Bayan

Tuan Hj Yasin mewakili anaknya


Sunday, June 26, 2011

Program Anugerah kecemerlangan dan Hi Tea

Dewan Muslimat PAS Kawasan akan menganjurkan Program Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 27 Jun 2011 iaitu esok. Program ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak ahli dan penyokong PAS yang cemerlang dalam semua peperiksaan tahun 2010.

Pada sebelah malamnya pula diadakan Ceramah Umum yang menampilkan AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang juga merupakan mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sementara itu Lajnah Penerangan PAS Kawasan dan Majlis Tindakan DUN akan mengadakan Program Hi-Tea bagi mengumpul dana pada 5 Julai ini bertempat di Kg Musai, Bukit Baru. Tetamu istimewa program tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub. Beliau juga akan menyampaikan ceramah di tempat yang sama bermula jam 9.00 malam.

Thursday, June 23, 2011

Ahli PAS Bukit Katil wajib hadir BERSIH 2.0

Yang Dipertua PAS Kawaasan Bukit Katil, Sofi Wahab menyeru seluruh ahli PAS Kawasan Bukit Katil untuk hadir pada himpunan BERSIH 2.0 pada 19 Julai ini.

"Tidak ada alasan dan dalih lagi bagi semua ahli PAS untuk duduk di rumah pada hari tersebut, kita mesti taat kepada arahan pimpinan tertinggi kita"

"Himpunan ini untuk menuntut pilihanraya bersih dan telus jadi rakyat wajib hadir" kata Sofi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini meminta seluruh ahli PAS supaya sama-sama mengambil bahagian pada perhimpunan tersebut.

Sunday, June 19, 2011

PAS Kawasan sasar penubuhan PASTI dan Cawangan Baru

PAS Kawasan Bukit Katil mensasarkan penubuhan beberapa cawangan baru dalam Parlimen Bukit Katil. Selain itu Dewan Pemuda Kawasan pula ditugaskan untuk menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) baru.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab berkata PAS Kawasan akan berusaha untuk menubuhkan 1 cawangan di setiap Peti Undi bagi memastikan cawangan yang ditubuhkan dapat menggerakkan Peti Undi di setiap DUN.

"Setakat ini masih ada Peti Undi yang tidak mempunyai cawangan PAS, Insya Allah dengan kerja kuat kita, semua Peti Undi akan ada cawangan PAS".

"PASTI juga merupakan institusi penting dalam jemaah dan ianya menjadi penghubung antara jemaah dengan masyarakat, jadi penting bagi kita tubuhkan sebanyak mungkin PASTI di kawasan kita" ujar Sofi.

PAS Kawasan semalam selesai mengadakan brainstorming bagi menetapkan KPI dan taqwim tahunan.

Ijtimak PAS Kawasan semakin mendapat sambutan

Paya Dalam 19 Jun : Ijtimak bulanan PAS Kawasan yang berlangsung hari ini mendapat sambutan semakin hebat sejak ianya diadakan tahun lepas. Ijtimak bulanan yang diadakan di Markas PAS Paya Dalam di sini menampilkan Ustaz Faizal Ahmad yang menyampaikan kuliah tafsir dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Ijtimak hari ini dihadiri lebih dari 100 ahli dan penyokong PAS yang hadir dari seluruh pelusuk Parlimen Bukit Katil.

Setiausaha Lajnah Tarbiyyah Kawasan, Haji A Karim Mohamad melahirkan rasa gembira di atas sambutan yang semakin hebat.

"Kita akan pertingkatkan kehadiran di Ijtimak ini melalui surat jemputan, arahan dari kawasan dan sebagainya" jelas A Karim

Ijtimak bulan hadapan akan diadakan pada 17 Julai.

Saturday, June 18, 2011

KPI dan taqwim PAS Kawasan selesai ditetapkan

Bukit Katil 18 Jun : PAS Kawasan Bukit Katil selesaikan menetapkan KPI dan taqwim tahunannya pagi tadi. Program retreat atau brainstorming PAS Kawasan dilangsung di sebuah resort di Melaka Tengah.

Antara KPI yang ditetapkan oleh PAS Kawasan ialah bilangan ahli dan pertambahan cawangan yang perlu dicapai oleh PAS Kawasan.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Ali Sharif berkata KPI yang ditetapkan adalah menyeluruh meliputi semua lajnah dan dewan-dewan. Aspek penting yang ditekankan ialah tentang Tarbiyyah, Pilihanraya dan organisasi.

Sebahagian besar AJK PAS Kawasan dan semua ketua-ketua Dewan hadir pada program pagi tadi.

YDP dilantik TPJ 3

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka. Perkara ini diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari petang ini di Pejabat Perhubungan Negeri di Semabok.

Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ustaz Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

sri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai Bendahari PAS Negeri.

3 orang Penolong Setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini Dewan-Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat telah dipilih pada Mesyuarat Agung masing-masing. Ustaz Zulkifli Ismail dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama; Yuhaizad Abdullah sebagai Ketua Pemuda dan Hajah Kintan Man sebagai Ketua Dewan Muslimat.

Thursday, June 16, 2011

PAS Kawasan anjur solat gerhana

Seperti biasa Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan akan mengadakan solat sunat gerhana pada setiap kali berlakunya gerhana samada gerhana bulan atau matahari.

Pagi tadi kira-kira jam 5.00 pagi Solat Sunat gerhana telah dilaksanakan di Madrasah Ar Rumah Solok Gaong. Solat tersebut diimami oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz. Beliau juga membacakan khutbah sempena gerhana tersebut.

Tuesday, June 14, 2011

PAS Bukit Katil tumpu Pilihanraya, Perkasa Parti dan Tarbiyyah

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS Kawasan akan menumpukan kepada gerakerja Pilihanraya, pemerkasaan parti dan program tarbiyyah pada sessi 2011/2013 ini.

"Kita akan perkemas gerakerja MTD, UPU bagi memastikan ianya bersedia untuk berdepan dengan manipulasi dan penipuan BN pada PRU ke 13 ini".

"Selain itu kita akan perkemaskan organisasi cawangan dan dewan-dewan bagi memastikan pentadbiran parti tersusun dan programnya mempunyai matlamat dan objektif yang hendak dicapai" ujar Yusof

Yusof berkata pihak pimpinan kawasan juga akan menggiatkan program usrah dan tarbiyyah lain di setiap cawangan bagi memastikan ahli mempunyai kefahaman mantap tentan aqidah perjuangan.

Beliau berkata demikian ketika diminta komen tentang perancangan PAS kawasan untuk sessi ini.

Monday, June 13, 2011

PAS Kawasan ujudkan dua laman Facebook

PAS Kawasan Bukit Katil mengujudkan 2 laman facebook untuk berinteraksi dengan ahli-ahli PAS Kawasan.

Laman Facebook pertama AJK PAS Kawasan Bukit Katil dan yang kedua Ahli-Ahli PAS Kawasan Bukit Katil. Diharapkan semua ahli dan penyokong dapat join FB Ahli-ahli PAS Kawasan Bukit Katil, boleh request dan Insya Allah akan diterima.

Kenyataan Media : PAS Bukit Katil sokong penuh perlantikan Adly

BUKIT KATIL, 13 Jun: PAS Kawasan Bukit Katil mengucap tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Adly Zahari.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS Kawasan sentiasa komited untuk membantu Pesuruhjaya Negeri Melaka yang bagi memacu perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Melaka.

"PAS Kawasan memberikan sokongan penuh atas perlantikan beliau dan percaya Adly berupaya untuk memimpin PAS negeri dengan baik.

"Dengan pengalaman dan karisma yang ada pada beliau saya yakin PAS Melaka akan lebih maju dan mantap berjuang seiring dengan DAP dan PKR di Melaka," kata Yusof.

Semalam Presiden PAS telah mengumumkan bahawa Adly Zahari dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Yusof berkata, dengan tenaga, ilmu dan pengalaman serta kenalan yang ramai, beliau yakin Adly mampu mentadbir dan mengepelai jentera PAS Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang dengan lebih baik.

"PAS Bukit Katil sentiasa menyokong penuh sesiapa juga yang dilantik oleh Presiden untuk memimpin PAS Negeri, kita akan bekerja secara berpasukan bagi memimpin PAS Negeri dan Kawasan sebagai persediaan untuk kita menggantikan Umno yang semakin lama semakin tenat," kata Yusof.

Berusia 40 tahun, Adly berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari UTM merupakan bekas Jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Beliau kini seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berasal dari Durian Tunggal Melaka, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha PAS Negeri, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri. Sekarang ini beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau merupakan anak muda yang komited kepada perjuangan di mana sebaik sahaja tamat pengajiannya beliau bertugas sepenuh masa di Pejabat Perhubungan PAS Melaka selama beberapa tahun.

Berpengalaman bertugas di bawah beberapa orang Pesuruhjaya antara Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid, Haji Omar Baba dan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Beberapa orang pemimpin kawasan yang ditemui yakin pengalaman dan komitmen beliau kepada PAS selama ini menjadi teras kepimpinan beliau bagi membawa PAS Melaka ke era gemilang pasca Pilihanraya Umum ke 13.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/78-negeri-melaka/3768-pas-bukit-katil-ucap-tahniah-pada-adly

Sunday, June 12, 2011

PAS Bukit Katil adakan 'Retreat' pada 18 Jun depan

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan 'Retreat' pada 18 Jun depan bagi membincangkan perancangan PAS Kawasan untuk tahun 2011-2012.

Retreat ini akan melibatkan semua AJK PAS Kawasan termasuk Ketua Dewan Pemuda, Muslimat dan Urusan Ulama'.

PAS Bukit Katil komited untuk melahirkan anak sulung PAS di Dun Melaka pada PRU ke 13 nanti. Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dalam kenyataanya kepada blog ini berkata antara lain retreat akan membincang 3 perkara utama iaitu Pilihanraya Umum ke 13, Pemerkasaan Parti dan Tarbiyyah.

"Semua ketua-ketua lajnah dan dewan-dewan telah diminta menyediakan pelan perancangan masing-masing berserta dengan takwim program mereka".

"Di akhir retreat ini kita akan muktamadkan KPI PAS Kawasan, Takwim tahunan dan bai'ah kita kepada PAS demi Islam" kata beliau.

PAS Bukit Katil ucap tahniah pada PJ baru

PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Haji Adly Zahari yang dilantik pada mesyuarat PAS Pusat petang tadi.

Semoga perlantikan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru ini akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat negeri Melaka dalam usaha untuk menumbangkan BN Melaka yang zalim dan korup.

YDP rasmikan Walkaton PASTI Al Kauthar

YDP Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab melancarkan program walkaton PASTI Al Kauthar Taman Ayer Keroh Height malam tadi. Program tersebut bertujuan untuk mengumpul derma tabung PASTI tersebut.

Di samping pelancaran dana tersebut, majlis malam tadi juga diserikan dengan sumbangan cenderamata kepada pemain-pemain bolasepak dan bolojaring PASTI Al Kauthar yang mengambil bahagian dalam Sukan PASTI Kawasan Mei lalu. Pasukan tersebut berjaya menjadi Naib Johan dalam acara bolasepak dan tempat keempat dalam acara bolajaring.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua PAS Cawangan Ayer Keroh Height Md Yakin Jaafar, Pengerusi Jemaah Ibu Bapa dan Guru PASTI Al Kauthar, Abdul Jalal Khan, Setiausaha PAPISMA Johor, Hod Hamden, guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar.

Saturday, June 11, 2011

PAS Kawasan teruskan program kebajikan

PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan dan MTD Bukit Baru meneruskan program kebajikan dengan mengadakan program khidmat kesihatan buat kali ketiga hari ini. Program hari ini tertumpu di Kg Bukit Katil dan esoknya di Kg Paya Ikan.

Penyelaras Program, Cikgu Yusof Wahab berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memberikan khidmat kepada rakyat yang memerlukan rawatan secara percuma. Ubat-ubatan juga diberikan kepada pesakit yang dirawat.

PAS Kawasan selesai bentuk 'Kabinet' Pilihanraya

PAS Kawasan Bukit Katil selesai melengkapkan 'kabinet'nya untuk sessi 2011/2013. Hj Ramli Dalip dan Cikgu Yusof Wahab dikekalkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan dan Ketua Penerangan manakala Haji Ab Rahhim Idris juga diamanahkan semula sebagai Bendahari.

Naib Yang Dipertua, Haji Yassim Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya merangkap Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan (JPRK).

Haji Bakrin Sidek, Haji Nordin Morsed, Haji Hussin Ibrahim, Haji Roslee Jamaluddin, Sufian Sahat, Sidek Abdullah, Rela Ismail telah dilantik menjadi AJK PAS Kawasan.

Kesemua mereka dilantik pada Mesyuarat PAS Kawasan baru-baru ini.

Saturday, April 23, 2011

SELAMAT BERMESYUARAT AGUNG

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 24 April 2011 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Hotel Kings, Lebuh Ayer Keroh.

Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan ketiga-tiga jawatan utama dipertandingkan iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua serta AJK. Manakala Ketua Urusan Ulama di sandang oleh Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz tanpa bertanding.

Mesyuarat Agung kali ke-8 ini akan dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat YB Dr Hatta Ramli

Monday, April 11, 2011

Jauhar Ketua Pemuda baru, Dr Khatijah kekal

Jauhar Md Dawi dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil yang baru manakala Dr Khatijah dikekalkan sebagai Ketua Dewan Muslimat Kawasan. Mesyuarat Agung Dewan Pemuda semalam yang berlangsung di Semabok sebukat suara memilih Jauh sebagai Ketua, manakala Ustaz Norkhairi Yusof sebagai Timbalan dan Bakhtiar Bashar sebagai Naib Ketua.

Friday, April 8, 2011

MESYUARAT AGUNG MUSLIMAT 9 APRIL, PEMUDA 10 APRIL

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk bagi PAS Kawasan Bukit Katil apabila kedua-dua sayap utamanya akan mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing. Dewan Muslimat akan bermesyuarat esok 9 April jam 2.30 petang di Pejabat PAS Kawasan manakala Dewan Pemuda akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 10 April 9.00 pagi di Pejabat PAS Negeri di Semabok.


Mesyuarat Agung Dewan Muslimat akan dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif manakala Mesyuarat Pemuda dirasmikan oleh pimpinan Pemuda PAS Negeri Melaka.


Dewan Pemuda akan menyaksikan perlantikan Ketua Pemuda baru kerana Ketuanya sekarang, Puhat Bedol telah melepasi had umur 4o tahun manakala kepimpinan muslimat dijangka kekal.


Seluruh muslimat dan pemuda cawangan-cawangan diharap dapat menghadiri program tahunan yang sangat penting ini.

PEMILIHAN PIMPINAN KAWASAN DIADAKAN SECARA ADIK BERADIK

Yang Dipertua PAS Kawasan berkata semua ahli yang dicalonkan untuk apa juga jawatan diharpkan dapat menerima pencalonan tersebut.

"Kita harap semua yang dicalonkan menerima pencalonan cawangan bagi memberi peluang kepada ahli memilih kepimpinan baru"

"Kita membuka seluas-luas pintu untuk sesiapa juga bertanding, kita buat kerja Islam berlumba-lumba membuat kebajikan jadi tidak ada apa yang perlu digusarkan, sesiapa yang menang kena pegang amanah besar yang tidak dipilih jangan lari dari perjuangan" tegas YDP.

Mesyuarat PAS Kawasan Bukit Katil malam tadi menetapkan 24 April sebagai tarikh mesyuarat agung di mana ianya akan dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, YB Dr Haji Hatta Ramli.

3 WAKIL KAWASAN SELAMAT SAMPAI DI TANJUNG DATU

PAS Kawasan Bukit Katil telah menghantar 3 orang petugas bagi membantu kempen calon PAS di Dun Tanjung Datu. Kontinjen PAS Kawasan diketuai oleh Setiausaha PAS Kawasan, Haji Ramli Dalip bersama-sama dengan Ketua Penerangan, Cikgu Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan, Haji Zulkifli Zakaria.


Mereka telah berlepas ke Kuching awal pagi tadi dan selamat sampai di Tanjung Datu tengahari tadi.

Selamat berjuang moga-moga PAS dapat mencatat rekod baru dengan memenangi beberapa Dun di Sarawak pada Pilihanraya Negeri kali ini.

Tuesday, April 5, 2011

MALAM KESENIAN DAN PROGRAM KESIHATAN BERJAYA MENARIK MASYARAKAT SETEMPAT

2 program besar yang dijalankan oleh PAS Kawasan minggu lalu berjaya mendekati masyarakat setempat. Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Ayer Molek dan Bukit Baru di mana lebih 50 buah rumah untuk program khidmar kesihatan. Program tersebut bermula pada 2 April di DUN Bukit Baru dan berakhir keesokan harinya di DUN Ayer Molek.


Program malam kesenian Islam pula berlangsung pada 2 April dengan penampilan Juara Akademi Nasyid TV9 Azhan Atan dan bekas Penyanyi Rock, Pak Long.

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN 24 APRIL

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 24 April 2011 bertempat sebuah resort di Melaka. Dewan Muslimat PAS Kawasan akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 9 April di Pejabat PAS Kawasan manakala Dewan Pemuda akan bermesyuarat pada 10 April di Pejabat PAS Negeri di Semabok.