Wednesday, October 20, 2010

SOLAT HAJAT ROBOH PASTI & SURAU

Badan Bertindak Perobohan PASTI dan Surau Bukit Katil akan mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah di Pusat Tarbiah PAS Bukit Katil malam ini. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.

Seluruh pencinta Islam dan keadilan dijemput hadir bagi memohon kepada Allah agar PASTI dan surau diselamatkan dari fitnah dan kezaliman.

Tuesday, October 5, 2010

MASYARAKAT TIONGHUA MAKIN MESRA DENGAN PAS



Ahad lalu PAS sekali lagi terbukti bahawa masyarakat Cina di Kawasan Bukit Katil semakin mesra dengan PAS. Bertempat di Taman Puncak, Bukit Katil, kira-kira 100 orang Tionghua menghadiri jamuan hari raya Aidil Fitri yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Taman Tun Rahah dan UPU Taman Tun Rahah.

Sejak dari awal program iaitu kira-kira jam 7.00 malam, mereka berpusu-pusu mengunjungi rumah terbuka tersebut. Kalau sebelum ini amat susah sekali kita melihat kaum Tionghua mengunjungi program PAS di Melaka kini semua itu sudah berlalu.

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya kepada blog ini semalam, melahirkan rasa syukur dengan perkembangan ini.

"Kita rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada masyarakat Tionghua kerana mereka sudah sedar bahawa PAS adalah parti untuk semua dan tidak membeza-bezakan kaum dan agama".

"PAS bukan parti perkauman seperti parti MCA, Umno dan MIC, kita adalah parti yang terbuka dan sedia berkhidmat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Pada program itu 2 orang ADUN DAP iaitu YB Lim Jak Wong (Bachang) dan YB Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) hadir dan turut menyampaikan ucapan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Penerangan PKR Cabang Bukit Katil, Freddie Lim yang pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Bukit baru.

Beberapa bulan lepas kira-kira 150 orang Tionghua menghadiri program jamuan rakyat anjuran MTD Bukit Baru di Taman Harta Pertama Bukit Baru. Semua ini membuktikan bahawa PAS semakin mendapat tempat di hati masyarakat Tionghua.

Gambar : Kaum Tionghua yang hadir pada program tersebut.

Tuesday, September 28, 2010

PAS BUKIT KATIL AKAN TURUN HABIS-HABIS DI GALAS

Seperti biasa PAS Kawasan Bukit Katil akan turun habis-habisan di setiap Pilihanraya Kecil (PRK) sebagaimana yang dilakukan pada setiap PRK sebelum ini.

Ketua Jentera Pilihanraya PAS Kawasan (JPRK), Hj Yassim Musa berkata PAS Kawasan akan bermesyuarat Khamis ini dan salah satu agendanya ialah tentang PRK Galas.

"Kita akan biarkan kerusi tersebut dirampas oleh geng tauke judi dan parti yang menghalalkan judi".

"Kita akan turun habis-habis apabila mendapat arahan dan 'green light' dari pemimpin nanti" tegas Haji Yassim penuh semangat.

Monday, September 27, 2010

KHURAFAT : PIHAK BERKUASA MESTI BERTEGAS

Bukit Katil : Ketua Penerangan PAS Kawasan, Bukit Katil, Yusof Wahab mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu tertentu di negeri Melaka yang terus mengamalkan khurafat di beberapa tempat seperti di Kampung Pengkalan Rama Pantai, Pulau Besar dan lain-lain.

'Amalan ini jelas bertentangan dengan Islam dan ianya mesti dibenteras supaya tidak menular dengan lebih kronik'.

Yusof diminta mengulas laporan media hari ini yang menyiarkan berita tentang kegiatan khurafat yang masih berleluasa di negeri ini.

Beliau meminta pihak berkuasa menutup atau memusnah kawasan-kawasan yang dikenalpasti menjadi tumpuan pihak berkenaan.

'Mereka juga mesti ditangkap dan didakwa berdasarkan peruntukan yang ada" jelas Yusof dalam kenyataan akhbar yang dibuatnya di Pusat Aduan Rakyat PAS Bukit Katil di sini hari ini.

Friday, September 24, 2010

PROGRAM DEKATI RAKYAT TERUS BERJALAN LANCAR

Jentera PAS Kawasan Bukit Katil terus menggiatkan program mendekati rakyat tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit.
Selasa lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan MTD Bukit Baru mengedarkan kira-kira 400 biji kuih bulan di sekitar Pekan Bukit Baru dan taman perumahan sekitarnya.
Program kebajikan berupa program derma darah juga diadakan serentak dengan program rumah terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan pada 18 Sept lalu. Pada hari yang sama kumpulan Dikir Barat dari Kelantan dijemput mengadakan persembahan mereka pada sebelah malamnya.
PAS Kawasan dengan kerjasama MTD Bukit Baru juga telah membuka Pusat Aduan Rakyat (PAR) berhadapan dengan Masjid Bukit Katil bermula pada 5 Sept lalu di mana ianya dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat. PAR ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada 5 Sept lalu.

Pada bulan Ramadhan lalu, MTD Bukit Baru telah mengedarkan kira-kira 1,200 buah juadah berbuka puasa kepada rakyat setempat. Juadah tersebut diletakkan di dalam sebuah bekas comel dengan beberapa jenis kuih diletakkan di dalamnya.

Selain itu pihak Dewan Muslimat Kawasan dan MTD Ayer Molek dan Bukit Baru juga menghulurkan bantuan kepada fakir miskin, anak yatim , OKU dan ibu tunggal.

Beberapa hari sebelum Aidil Fitri pula kira-kira 1,400 kad ucapan Hari Raya diedarkan kepada 1,400 buah rumah di dalam DUN Bukit Baru.

Tidak syak program ini Insya Allah dapat mendekatkan PAS dan rakyat setempat. Program sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengira musim.

Thursday, September 2, 2010

PENDUDUK BUKIT KATIL BANTAH PEMBINAAN JALAN

Penduduk Bukit Katil menbantah pembinaan jalan baru yang menghubung jalan utama ke Taman Merak Mas yang akan menyebabkan bangunan PASTI Jaya Insan dan Markaz PAS (Surau) bersebelahan dengan rumah Haji Berahim Hitam menjadi korban.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak menentang projek tersebut, Haji Yassin Abdul Ghani berkata projek tersebut jelas merupakan projek dendam yang akan mengorbankan kedua-dua bangunan yang banyak berjasa mendidik rakyat khasnya di Kampung Bukit Katil.

"Mengapa mereka sengaja membuat jalan di kawasan itu sedangkan banyak tanah kosong lain yang tidak melibatkan bangunan dan ianya lebih lurus boleh diambil"

"Jelas mereka sebenarnya busuk hati dan berdendam dengan kita, mereka sakit hati melihat surau dan pasti ini diimarahkan oleh penduduk setempat"

"Kita akan menentang projek ini dengan pelbagai cara dan saluran" jelas Hj Yassin yang juga merupakan Ketua PAS Cawangan Bukit Katil dan mantan YDP PAS Kawasan Bukit Katil.

Wednesday, September 1, 2010

PAS PERJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab berkata PAS sejak dari dahulu hingga kini dan selamanya akan tetap berjuang untuk mendapat kemerdekaan hakiki dari sebarang belenggu.

"PAS akan terus berjuang untuk mendapat kemerdekaan hakiki dengan membebaskan rakyat dari belenggu kezaliman seperti ISA, OSA dan sebagainya".

"Rakyat Malaysia terutama penyokong PR masih tidak merdeka kerana mereka dinafikan hak untuk berhimpun, mengadakan program politik secara aman dan bebas, hak menerbitkan media dan sebagainya".

Sofi berkata kerajaan-kerajaan negeri PR juga dianaktirikan di negara sendiri sedangkan kerajaan ini dipilih secara sah oleh rakyat.

"Apakah ini yang dikatakan merdeka" soal beliau.

Menurutnya, program perbarisan di sepanjang jalan di depan Pejabat PAS dan Masjid Bukit Katil itu sepatutnya tidak diadakan jika benar-benar kerajaan BN mengamalkan semangat kemerdekaan.

"Sebagai sebuah parti politik berdaftar PAS sepatutnya turut sama diajak menyertai program sambutan kemerdekaan peringkat negeri Melaka di MITC bukannya dianaktirikan seperti ini".

"Malang kerajaan negeri terus mengamalkan dasar diskriminasi yang kolot dan tidak bertamadun" tambah beliau.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab dalam ucapannya menyelar rancangan pihak berkuasa untuk membuat jalan baru di kawasan Pejabat PAS Kawasan dan Markaz PAS di mana jika ianya menjadi realiti kedua-dua bangunan tersebut akan dirobohkan.

"Kita tidak tahu di mana rasionalnya mereka berbuat demikian kerana tanah di kawasan berdekatan sepatutnya diambil kerana jalannya nanti akan lebih lurus dan ianya tidak melibatkan kemusnahan harta rakyat yang banyak".

"Kita akan menentang rancangan ini dan kita tidak akan terus berusaha untuk mempertahankannya" ujar Yusof penuh semangat.

Friday, August 20, 2010

PROGRAM IHYA RAMADHAN

SILA KLIK ATAS IMEJ UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR

Thursday, August 19, 2010

INGATAN BUAT MASYARAKAT SETEMPAT

Pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan Bukit Baru melapangkan masa turun bertemu rakyat menghulurkan sedikit juadah berbuka puasa Sabtu dan Ahad lepas. Berikut adalah gambar-gambar program tersebut. Singgahan pertama mereka ialah di Kampung Bukit Katil.
YDP PAS Kawasan dan Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab, Ketua Pemuda dan AJK MTD Bukit Baru berganding baru menyampaikan juadah tersebut kepada kira-kira 200 buah rumah.
Program ini akan diteruskan di beberapa buah tempat lagi di mana setiap minggu pimpinan PAS Kawasan dan MTD Bukit Baru akan menjelajah ke segenap peti undi di DUN ini untuk bertemu rakyat. Sesungguhnya program sebegini benar-benar memberikan impak kepada hubungan silaturrahim antara PAS dan masyarakat setempat.

Wednesday, August 18, 2010

PAS BUKIT KATIL ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN 5 SEPT

PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada 5 Sept bermula jam 7.00 malam.

Tuan-puan dijemput untuk menjamu selera sambil berderma dengan membeli kad-kad berharga RM10.00. Ianya boleh didapati di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil atau menelefon 013 - 2186886.

Sumbanga infak anda sempena bulan Ramadhan ini amat dihargai.
Selepas majlis berbuka puasa tersebut program ceramah Badar Al-Qubra akan diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula jam 10.00 malam selepas solat tarawikh.

PUSAT ADUAN PAS KAWASAN DAN DUN BUKIT BARU AKAN DI BUKA

Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab (gambar) berkata Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kawasan Bukit Katil dan DUN Bukit Baru akan dibuka pada minggu terakhir Ogos ini. PAR ini akan menjadi tempat aduan segala macam permasalahan rakyat di Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru.

"Kita akan jadikan PAR ini sebagai One Stop Centre bagi membantu rakyat yang hendak mengadu tentang apa juga perkara yang menjadi masalah mereka".

"Seorang petugas akan kita tempatkan di sana dan masa operasinya akan kita tetapkan" kata Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Yusof berkata ini merupakan julung kali PAR ini ditubuhkan di Kawasan Bukit Katil dan pihaknya berazam untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat setempat.

"Setakat ini kita sudah menyelesaikan beberapa masalah rakyat walaupun ianya belum ditubuhkan secara rasmi."

"Kita amat menghargai sumbangan dan infak dari sesiapa sahaja bagi membantu operasi PAR ini" tambah Yusof.


Sunday, August 15, 2010

ZIARAH RAMADHAN BERTEMU RAKYAT

PAS Kawasan dengan kerjasama MTD Bukit Baru menjalankan program ziarah bertemu rakyat sambil menghulur buah tangan berupa kuih untuk berbuka puasa di Kampung Bukit Katil semalam. Program ini diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab.

Seramai 10 orang petugas turun padang beramah mesra dan menghulurkan kuih-kuih untuk berbuka puasa tersebut.

Cikgu Yusof dalam kenyataannya kepada blog ini berkata program ini antara lain bertujuan untuk beramah mesra dengan penduduk setempat selain bertanya khabar dan pada masa yang sama menyampaikan ucapan Selamat Berpuasa kepada penduduk setempat.

"Ianya akan diteruskan di kawasan lain pada masa akan datang"

"Sambutan penduduk setempat amat baik dan mereka mengucapkan terima kasih atas kesudian kita bertandang ke rumah mereka" ujar Cikgu Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Wednesday, August 4, 2010

PAS KESAL PIHAK KESELAMATAN GANGGU CERAMAH

PAS Kawasan Bukit Katil kesal dengan tindakan pihak keselamatan yang bertindak mengganggu ceramah yang dianjurkan di Bukit Beruang malam tadi. Ketua Penerangan PAS Kawasan, Yusof Wahab berkata tindakan pihak keselamatan jelas membuktikan bahawa pihak keselamatan bertindak atas arahan pihak tertentu sedangkan Umno/BN dibenarkan mengadakan ceramah di tempat terbuka tanpa sebarang permit.


“Kita mengadakan ceramah di perkarangan Pejabat PAS Cawangan dan di premis kita sendiri dan ianya tidak perlu permit”.

“Malangnya pihak keselamatan berkeras supaya ceramah diadakan di dalam Pejabat dan pembesar suara tidak dibenarkan dipasang di luar” Yusof berkata tindakan pihak keselamatan ini membuktikan mereka bersikap ‘double standard’ dan tunduk kepada parti politik. Sepatutnya Polis mestilah bersikap professional dan adil dalam mengendalikan isu seperti ini.

“Umno secara terang-terang mengganggu PAS pada setiap ceramah yang kami anjurkan tetapi mereka tidak dihalang oleh Polis sedangkan program mereka tidak mendapat permit dan dijalankan diluar premis persendirian.”

Menurutnya pihak keselamatan juga tidak bersikap professional apabila cuba menakut-nakutnya rakyat yang mahu mendengar ceramah PAS malam tadi dengan mengadakan sekatan jalan raya di lorong menghala ke pejabat PAS cawangan. Selain itu mereka juga bertindak meminta dan memeriksa kad pengenalan setiap orang yang mahu masuk mendengar ceramah yang lalu berdekatan sekatan jalan raya tersebut.

“Umno benar-benar terdesak sekarang sehingga terpaksa menggunakan pihak lain untuk berhadapan dengan rakyat. Selain itu kita juga kesal kerana pihak keselamatan sanggup menjadi kuda tunggangan parti politik untuk kepentingan politik mereka” ujar Yusof.

Beliau juga kesal kerana Umno terus bertindak secara tidak bertamadun dengan berterusan mengganggu ceramah PAS sedangkan kita sudah beberapa kali mengajak mereka berdebat dan berceramah diatas pentas yang sama tetapi sehingga kini Umno tidak menyahutnya tetapi terus bertindak kebudak-budakan mengganggu ceramah PAS.

Thursday, July 29, 2010

Guru Dibenar Berpolitik Jangan Untuk Guru Umno Sahaja

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010.

PAS mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.

Sepatutnya perkara ini sudah dibenarkan dahulu lagi sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan. Ini kerana sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal.

Pelajar yang pulang daripada Timur Tengah yang dipimpin oleh Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin adalah antara penggerak utama untuk meniupkan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu pada ketika itu.

Mereka membuka sekolah di Melaka dan juga di Pulau Pinaang sebagai tapak meyebarkan fikrah perjuangan mereka. Guru-guru telah memberi sumbangan untuk meniupkan semangat petriotik pada waktu itu samada mereka yang aliran agama, aliran Melayu dan aliran Inggeris.

Sejarah tidak melupakan sumbangan daripada tenaga pengajar Mahad Ehya alSyarif Gunung Semanggul Perak yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar alBaqir yang meniupkan kesedaran politik di negara ini. PAS yakin guru-guru yang sudah terdidik dengan moral yang tinggi tahu tentang tugas mereka walaupun mereka aktif berpolitik. Mereka sudah diasuh supaya amanah dengan kerjaya mereka..

PAS mengharapkan juga jangan ada pula selepas ini ada guru yang ditukar tempat kerja kerana aktif berpoltik. Guru-guru ini boleh diambil tindakan bukan kerana terlibat dalam aktiviti PAS atau pembangkang, tetapi bertindaklah kalau guru tersebut mengabaikan tugas seperti ponteng kelas dan tidak menjalankan tugas akademik.

PAS yakin guru-guru PAS dan aktivis PAS adalah orang yang amanah dengan kerja kerana mereka sudah ditarbiah dengan dosa dan pahala, insyaAllah tanggungjawab mereka di sekolah tidak akan terabai.

Selama ini pun prestasi guru-guru PAS teruji dan mendapat pujian daripada pentadbir walaupun setengah guru besar penyokong Umno kerana aktivis PAS tekun tanpa mengira penat lelah dan upah.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusa

UMNO TAKUT UNTUK BERDEBAT

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil Cikgu Yusof Wahab berkata Umno tidak berani untuk berdebat dengan PAS Kawasan Bukit Katil walaupun dicabar beberapa kali sebelum ini.

Pagi ini Yusof mewakili PAS Kawasan Bukit Katil sekali lagi mencabar Ketua Menteri Melaka yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Katil untuk berdebat dengan wakil PAS atas apa juga isu dan masalah yang berlaku di Negari ini.

Cabaran ini merupakan cabaran kedua yang ditawarkan oleh PAS Kawasan Bukit Katil kepada Ketua Menteri sejak tercetusnya insiden Umno mengacau ceramah PAS sejak kebelakangan ini.

“Saya mencabar Ketua Menteri atau sesiapa juga wakil Umno Bahagian untuk berdebat atas apa juga tajuk yang dikirakan sesuai oleh Umno”.

“PAS Kawasan bersedia untuk mencari tempat dan masa yang sesuai bagi Ketua Menteri dan wakilnya” kata Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Yusof berkata tidak ada gunanya Umno menjawab isu yang dibangkitkan oleh PAS dan PR dari jauh lebih baik kita berdebat di atas satu pentas supaya rakyat tidak kira penyokong PAS atau Umno dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Katanya, oleh kerana Ali Rustam dan pemimpin Umno tidak mendengar isu yang dibangkitkan oleh penceramah PAS mereka tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Jadi adalah lebih baik kita duduk sepentas supaya kedua-dua pihak dapat menumpukan perhatian kepada hujah masing-masing bagi memudahkan kedua-dua pihak menangkis hujah masing-masing.

Menurutnya antara isu yang boleh dijadikan tajuk perdebatan ialah Melaka Maju 2010, isu maksiat, isu anak luar nikah, isu sekolah mengandung, isu banjir, isu pembaziran, isu rasuah di kalangan pemimpin negeri dan sebagainya.

“Insya Allah kita akan hantar surat rasmi kepada Ketua Menteri dan Umno Bahagian Bukit Katil untuk mencabar mereka berdebat”

“Kita boleh gunakan format debat yang digunakan sebelum ini dengan seorang moderator, dan 2 orang wakil pendebat untuk bertanya soalan, malah kita boleh juga membuka soalan kepada hadirin-hadirat yang hadir” ujar Yusof.

Sementara itu Yusof juga melahirkan kekesalan kerana Umno Bahagian Bukit Katil terus menganggu program ceramah penerangan PAS di mana malam tadi Umno secara sengaja mengadakan ceramah kurang dari 100 meter jaraknya dari ceramah PAS di Paya Dalam, Ayer Molek.

Menurut Yusof, ini kali ketiga Umno menjatuhkan imejnya sendiri dengan mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS di mana sebelum ini pada 29 Jun di Bukit Baru dan 10 Julai lalu di Bukit Pulau.

Beliau berkata sekiranya Umno tidak mahu berdebat mereka dipelawa untuk berceramah di atas pentas PAS di mana 2 ceramah terdekat akan dijalankan iaitu pada 30 Julai di Bukit Baru dan 3 Ogos di Bukit Beruang. Ceramah pada 30 Julai akan menampilkan AJK PAS Pusat, Haji Mohd Sabu sementara ceramah pada 3 Ogos akan disampaikan oleh Bendahari PAS Pusat, YB Dr Hatta Ramli.

Sunday, July 4, 2010

KEAHLIAN BARU MEMBERANGSANGKAN

Keahlian PAS Kawasan terus meningkat dengan mendadak apabila bilangan rakyat yang memohon untuk menjadi ahli PAS di kawasan ini amat memberasangkan. Sepanjang bulan Mei dan Jun sahaja bilangan keahilian meningkat 50 % dari jumlah biasa. Rata-rata mereka yang menyertai PAS adalah anak-anak muda yang insaf akan pentingnya menggabungkan diri dalam perjuangan Islam.

Adalah dijangkakan lebih ramai anak muda akan menyertai PAS dalam jangkamasa terdekat ini.

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip berkata, PAS Kawasan memang serius untuk menambah keahlian dan menubuhkan cawangan baru. Contohnya pada 22 Jun lalu sebuah cawangan baru telah diluluskan pendaftarannya iaitu cawangan Taman Bukit Lintang dalam DUN Ayer Molek.

Ramli berkata gerakerja memperkasakan parti dengan menubuhkan cawangan baru, menambahkan keahlian dan mengujudkan usrah di setiap cawangan akan diteruskan dari masa ke semasa.

Monday, June 28, 2010

HAJI HUSSIN BANYAK BERJASA KEPADA PAS BUKIT KATIL

Pemergian Allahyarham Haji Hussin Janggi amat dirasai oleh PAS Kawasan Bukit Katil khususnya aktivis PASTI dan ahli PAS Cawangan Bukit Piatu.

Sejak sekian lama Haji Hussin memimpin PAS Cawangan Bukit Piatu walaupun pelbagai rintangan dilalui dan dihadapi beliau.

Beliau juga tetap istiqamah dan cekal menguruskan PASTI Bukit Piatu tanpa rasa penat lelah dengan mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit beliau sendiri.

Haji Hussin juga telah menjalankan amanah sebagai AJK PAS Kawasan selama beberapa penggal sehingga beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada sessi 2009/2011 ini atas alasan untuk menumpukan sepenuh tenaga kepada PAS Cawangan dan PASTI Bukit Piatu.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada perjuangan Islam di kawasan Bukit Katil.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan solihin.
Al Fatihah.

Tuesday, June 22, 2010

TERIMALAH DENGAN REDHA




Ketika kami sampai di hospital Pantai, adik Hamzah masih tidur. Adik baru berusia 3 tahun. Anak kepada saudara Zaini, setiusaha MTD bukit Baru.
Walaupun masih kecil, namun semangatnya kuat. Sebaik sahaja tersedar ketika di langgar lori yang mengutip barangan kitar semula, dia terus bertanyakan tentang bola serta kawan-kawannya sewaktu mereka main bola bersama di dalam pagar rumah jirannya tanpa mempedulikan luka-luka yang di alaminya.
Manusia tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Sememangnya 'Malang tidak berbau' .
Adik Hamzah di seret oleh lori berkenaan, sebaik sahaja adik hamzah cuba mengejar bola yang tercampak di luar pagar. Alhamdulillah, ALLAH tetap memelihara adik Hamzah, cuma luka di peahanya agak besar. Isi dagingnya agak luka banyak dan ia memerlukan sedikit kullit dari bahagian lain untuk di tampal ke pehanya.
Akhbar semalam menceritakan tentang seorang budak yang meninggal di sebabkan besi yang terpelanting dari lori lalu menembus masuk ke tingkap keretanya.
Semuga saudara Zaini serta zaujahnya bersabar di atas ujian ini. Tiadalah ALLAH menjadikan berlakunya sesuatu perkara melainkan pastilah ianya mempunyai hikmah yang tersendiri cuma adakalanya manusia yang tidak dapat merasainya .
Ketua Lajnah Kebajikan mendoakan agar adik Hamzah cepat sembuh dan dapat bermain seperti sediakala. Tentu kawan-kawanya merinduinya.

Tuesday, June 15, 2010

TAK SEMESTINYA BULAN RAMADHAN SAJA


(Gambar- Ibu tunggal sedang sakit)




"TOLONG BAGI NAMA FAKIR MISKIN DALAM KAWASAN BUKIT KATIL.KALAU DAPAT SECEPAT MUNGKIN, ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL YG SUSAH PUN BOLEH", bunyi sms yang diterima dari YDP Bukit Katil semalam.



Bermaksud tugas di amanahkan mesti di jalankan. Tidak bermusim.



(Gambar-ibu tunggal)


"Berapa ramai nama-nama yang di perlukan" satu pertanyaan untuk kepastian.






"100 PUN TAK APA ELOKNYA ADA ALAMAT DAN NO TELEFON, ADA HAMBA ALLAH NAK INFAK." jawapan untuk kepastian.
Amanah mesti di teruskan.


(Gambar- ibu tunggal)
"Salam. Kak, tolong beri ana senarai nama2 yang kita beri sumbangan pada orang-orang miskin , akak tinggalkan pada helper akak, besok pagi ana ambil darinya" sms untuk Ketua DMPKBK, kerana senarai nama ada padanya, sms di hantar pada petang itu juga.


" Akak baru keluar ofis. Senarai kat ofis. Besok akak bawa balik" jawapan dari Ketua Muslimat. Padanya ada 130 senarai nama yang kami hantar sumbangan pada bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, pada Ketua kebajikan ada 20 nama keluarga ibu-ibu tunggal dan pada Ketua muslimat ada 130 nama keluarga yang susah. Semuanya ada 150 keluarga.

"InsyaALLAH, bolehkah akak berikan 150 nama ,lusa (Rabu, 16 Jun) ? sms kepada YDP.

"BOLEH, JAZAKALLAH" jawapan YDP



Khamis lepas,10 Jun Profesor Hamirdin ada menelepon Ketua kebajikan supaya dapat mengenal pasti tempat Kawasan Bukit katil yang boleh di berikan sumbangan kerana ada orang dari perak yang akan memberikan zakat. Tarikh yang di kehendakkinya , sebelum berakhir bulan Jun 2010.

Alhamdulillah. Ramainya orang yang pemurah. Semuga ALLAH RAHMATI DAN BERKATI.






Thursday, June 10, 2010

SELAMAT BERMUKTAMAR



MURNIKAN PERJUANGAN
MAKNAKAN KEMENANGAN



Seramai 5 perwakilan dari PAS Kawasan Bukit Katil telah berangkat ke Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 56 pada 9-13 Jun di Putik, Pengkalan Cepa, Kelantan .

Tuan Hj Ali syarif selaku Timbalan YDP, Tuan Hj Ismail Ahmad selaku naib YDP, Tn Hj Rahim selaku bendahari, Tuan Hj Yusof Wahab selaku ketua Penerangan serta Tuan Hj Yasim Musa
. SELAMAT BERMUKTAMAR


Saturday, June 5, 2010

TAKZIAH!!!
















Ucapan takziah di berikan kepada YDP serta TDMPBK , saudara Sofi Wahab serta puan Mahani , kerana bapa mereka telah pun pergi buat selama-lamanya pada jam 8.30 pagi , 5 Jun 2010 dirumahnya ,di Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka.

Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatasnya rohnya dan di masukkan di golongan orang-orang yang beriman.


Al Fatihah.

Tuesday, June 1, 2010

PAS KAWASAN CADANG KHAS DUN DAN PARLIMEN

PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan kerajaan negeri Melaka memanggil Sidang DUN tergempar bagi mengutuk tindakan Israeil membunuh dan mencederakan flotila aman Mavi Marmara semalam. Serangan kejam tersebut menyebabkan 19 terbunuh dan lebih 70 orang anggota rombongan tersebut tercedera.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab dalam kenyataannya kepada blog ini berkata Sidang Khas tergempar DUN Melaka ini penting bagi menggambarkan penentangan dan rasa kesal rakyat negeri ini di atas tindakan kejam Yahudi Zionis yang menyerang rombongan tersebut yang tidak mempunyai senjata.

'Pimpinan dan rakyat negeri Melaka mesti menyampaikan mesej bantahan ini melalui usul khas yang boleh dibincangkan di dalam Sidang DUN tersebut'.

"PAS Kawasan yakin semua ADUN tidak kira kerajaan atau pembangkang akan menyokong penuh usul mengutuk Yahudi Zionis ini' tegas Yusof.

Yusof juga memohon campurtangan kerajaan Malaysia dalam hal ini. Kerajaan Malaysia juga mesti memanggil Sidang Parlimen khas bagi membincangkan usul penting kepada seluruh umat dunia.

'Serangan terhadap kapal induk misi tersebut jelas menunjukkan kebiadapan Yahudi Zionis yang membelakangkan batas kemanusiaan'

'Mereka menyerang konvoi tersebut yang tidak mempunyai senjata dan tidak berniat untuk berperang dan mencari musuh' ujar Yusof.

'Sesungguhnya tindakan tersebut tidak boleh dimaafkan dan umat manusia seluruh dunia mesti bangkit mengutuk serangan tersebut dan berusaha untuk mengajar Israel supaya tidak bertindak sedemikian rupa pada masa akan datang'

Menurutnya PBB jangan hanya menjadi tunggul kayu memerhatikan apa sahaja tindakan Yahudi Israel tanpa langkah yang drastik untuk mengajar Israel yang merupakan manusia berhati binatang.

Monday, May 31, 2010

CONTOHI KERAJAAN NEGERI PR HARAMKAN JUDI BOLASEPAK

PAS Kawasan Bukit Katil menggesa kerajaan negeri Melaka supaya mencontohi kerajaan Pulau Pinang yang mengharamkan judi bola diniagakan di premis-premis dalam negeri tersebut.

Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang harus dicontohi bagi memastikan kegiatan perjudian bolasepak tidak merosakkan rakyat negeri Melaka.

Rakyat sudah tidak sanggup lagi melihat penagih-penagih judi ini bertambah hanyut dengan kegiatan judi yang telah sedia ada seperti 4D, Magnum, Toto dan lain-lain.

Jika sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh pemimpin bukan Islam seperti Lim Guan Eng sanggup mengharamkan judi bolasepak, alangkah baiknya kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam juga turut sama mengharamkan judi bolasepak ini.

PAS Kawasan juga mengulangi kekesalan kami di atas tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi bola yang jelas bertentangan dengan Islam kerana Allah berfirman di dalam Al Qur'an bahawa judi adalah haram.

PAS Kawasan menggesa lesen judi bola dan lain-lain judi tersebut ditarik balik demi kesejahteraan rakyat.

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat keputusan mengharamkan premis-premis di negeri Pulau Pinang menjalankan perniagaan judi bola mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.

Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.

Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.

Yusof Wahab
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil

Sunday, May 30, 2010

TERUSKAN BANTAHAN

Di Melaka, Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.
Demo berjalan lancar, tiada sebarang kekecohan.

Bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.

Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).
Dalam perhimpunan tersebut, mereka mengibarkan beberapa kain rentang yang antaranya berbunyi "Ya Untuk Bola, Tidak untuk Judi ".
Tiada kekecohan atau tangkapan dilaporkan

Saturday, May 22, 2010

KEMATIAN ITU PASTI













"Dia baru saja bertengkar dengan kakaknya..dia kata , susah-susah sangat.. aku kerja bomba ajalah..kakak..Kakaknya kata..kerja bomba ,nanti terbakar...dia kata..tak pa..nanti aku pulak yang bakar,"begitulah yang sempat di ceritakan oleh nenek kepada adik Mohd Farid Hafizan Rosli 15 tahun yang menjadi mangsa mati lemas di Parit di Taman Air Keroh Height.

Itulah ucapan terakhir yang sempat menjadi gurauan bagi adik Mohd Farid sebelum dia keluar pada petang itu. Dan siapa sangka , itu merupakan pemergian yang tidak akan kembali.

Bomba yang tiba di tempat kejadian menemui mayat Adik Mohd Farid Hafizan pada jam 7.15 malam , sepuluh minit selepas penemuan mayat sahabatnya, Mohd Iqbal Hafiz. Kedua-dua di jumpai mati lemas di Parit Air Keroh Height. Jenazah di sembahyangkan di Masjid Bukit Katil pada sebelah petang.

Ketua Lujnah Kebajikan sempat menziarahi ke rumah nenek serta datuknya di Bukit Katil serta memberikan sedikit sumbangan dari PAS Bukit Katil.

"Hari ini , saya kehilangan cucu dan anak buah sepupu sekaligus. Kedua-duanya di sembahyang di Masjid Bukit Katil tadi, talkin baca sama-sama. Kubur mereka sebelah-sebelah di Bukit Bayan, " begitulah ucapan yang sempat disebut oleh datuk kepada adik Farid sebaik kami hendak pulang. Kami turut terharu kerana kami baru saja dari menziarahi rumah Allahyahamah Khadijah , anak buah sepupunya.

Rupa-rupa kedua-dua jenazah yang di kebumikan pada hari itu ada ikatan pertalian. Cuma yang membezakan adalah umur. Seorang berusia 15 tahun dan seorang lagi berusia 62. Seorang meninggalkan dunia di Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Melaka. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.

Begitulah kehidupan. Hari silih berganti. Usia semakin tua. Yang pasti semuanya akan mati. Bersediakah kita untuk menghadapi hari pertama di ALAM BARZAKH

"Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam".
(Al baqarah:132)

Tuesday, May 18, 2010

CIKGU YUSOF DILANTIK KETUA PENERANGAN KAWASAN

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil Sabtu lalu sebulat suara melantik Cikgu Yusof Wahab sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil menggantikan Zainal Mohamad.

Perlantikan beliau disifatkan amat bertepatan dengan pengalaman beliau selama ini. Sebelum ini Cikgu Yusof pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS, Ketua Penerangan dan Ketua Pemuda PAS Negeri.

Beliau yang merupakan seorang pesara Guru kini bergiat cergas sebagai petugas PAS sepenuh masa di samping menjalankan perniagaan sendiri.

Rata-rata AJK PAS Kawasan sangat gembira dengan perlantikan beliau.

ZIARAH KELUARGA WONG NAI CHEE

Semalam beberapa pemimpin PAS Kawasan terdiri dari Yang Dipertua PAS Kawasan, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan, Md Yani Ismail telah bertandang ke rumah bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee di Taman Harta Pertama, Bukit Baru.

Rombongan PAS Kawasan mengadakan ziarah rutin ke atas mana-mana keluarga yang ditimpa musibah kematian insan tersayang. Ayah kepada Saudara Wong Nai Chee meninggal dunia 2 hari lepas kerana komplikasi buah pinggal. Mendian Uncle Wong, 82 meninggalkan 7 orang anak termasuk Saudara Wong Nai Chee yang merupakan anak ketujuh ataupun bongsu.

Wednesday, May 12, 2010

MENGAPA ADA ALASAN

Ajk PAS Kawasan Bukit Katil , meneruskan program usrahnya yang di adakan di Bukit pulau , malam tadi.

Dengan kupasan dari
Surah An Anfal dari ayat 5-8 yang mengesahkan tentang Peperangan Badar yakni peperangan pertama dalam sejarah Islam.

Sahabat-sahabat bertanyakan tentang pembahagian harta rampasan.

Sahabat-sahabat yang telah di tarbiyah oleh Rasulullah sendiri selama berbelas tahun juga , ada juga yang berselisih tentang hal harta rampasan perang dan mereka di suruh bertakwa kembali agar berhati-hati dengan godaan rampasan perang.

Begitu juga ada sahabat-sahabat yang datang mengadu pada Rasulullah kerana hilangnya kesabaran mereka di atas tindakan jahat yang di kenakan oleh kaum musyirikan

"Wahai Rasulullah, kami berada dalam kemuliaan ketika musyrik tetapi kami menjadi hina setelah beriman . Izinkan kami memerangi mereka", berjerih-jerih sahabat-sahabat meminta agar segera di izinkan berperang untuk memerangi kaum musyirikan yang selama ini terlalu banyak menindas kaum muslimin sehinggakan golongan muslim terasa terhina.

Tahanlah tangan kamu daripada memerangi mereka" pujuk Rasulullah kerana ALLAH masih lagi belum membenarkan untuk berperang. ALLAH menyuruh mereka bersabar dalam menerima kesakitan dan tidak membalas perbuatan musyrikin walaupun bertahun lamanya golongan muslimin di tindas.

Dan apabila akhirnya ALLAH mengizinkan nabi serta para sahabat memerangi sesiapa yang memerangi golongan muslimin, setelah golongan muslimin ini yang telah berada zon selesa menetap di Madinah , tiba-tiba golongan muslimin ini yang mulai membenci peperangan.
Sedangkan mereka adalah golongan sahabat-sahabat yang mendesak nabi ketika masih tidak mendapat kebenaran berperang sebelumnya.


lalu ALLAH menempelak dengan menurunkan peringatan

" Tidakkah engkau (hairan ) melihat (wahai Muhammad), akan orang yang( pernah ) dikatakan pada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum di izinkan) , dan dirikalah sembahyang serta berilah zakat. (mereka meminta juga berperang) , kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka gerun kepada (azab) ALLAH atau lebih ,lalu mereka (merayu kepada ALLAH dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapakah engkau mewajibkan kami berperang (pada saat ini)? mengapakah Engkau tidak peliharakan kami hingga tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami?).
katakalah (wahai Muhammad) :mata benda yang menjadi kesenangan dunia ini sedikit saja ( dan akhirnya akan lenyap). dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang bertakwa ( kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan di aniaya sedikit pun.

Oleh itu.. ingatlah segala apa kupasan yang dibentang oleh sahabat-sahabat semalam melalui buku-buku tafsir , ianya merupakan satu peringatan buat diri sendiri. Jadikan iktibar bagaimana sahabat-sahabat yang hidup di zaman nabi juga teruja dengan ' harta rampasan serta zon keselesaan' .

Sesungguhnya Al Quran diturunkan untuk panduan umat Islam di sepanjang zaman. DAKWAH bukannya Part Time.



'

Sunday, May 9, 2010

PERKENALKANLAH PAS


"Tempat jatuh lagi di kenang , inikan tempat bermain" begitulah ungkapan awal dari YB DR Mujahid Yusof Rawa dalam majlis taklimat Dewan Himpunan Penyokong PAS yang diadakan semalam, di Melaka.

"Mungkin Berkat dari Melakalah , maka saya menjadi YB di Parit Buntar sekarang" sambung DR Mujahid yang begitu ceria dalam mengingatkan nostalgia yang indah suatu ketika dahulu , semasa dia pernah menetap di Melaka . Beliau juga sempat menyebut seorang demi seorang nama sahabat-sahabat yang pernah susah dan senang bersamanya ketika di Melaka dan yang paling mengembirakanya lagi ialah apabila beliau dapat memandang lagi wajah-wajah sahabat-sahabatnya itu semalam walaupun kebanyakkan dari mereka telah pun di mamah usia.

"Saya begitu bangga apabila melihat orang-orang lama masih lagi meneruskan kerja-kerja dakwah ini, inilah yang memberikan semangat kepada saya untuk terus beramal dengan lebih gigih lagi.".. sambil beliau terus menerus menyebut nama-nama sahabat-sahabat yang banyak mengajarnya.

"Bergeraklah ke gerbang jasa..Kalah menang bukan alasannya" dengan bangganya Dr Mujahid mendendangkan dua baris ungkapan lagu rasmi PAS bagi mengingatkan para hadirin serta dirinya sendiri bahawa walau setinggi mana yang ingin kita capai , pastikan bahawa asasnya adalah keikhlasan kerana ALLAH S.W.T. .IKHLAS kerana ALLAH ...KEIKHLASAN Sudah pastinya apabila di campak ke laut, ianya akan menjadi pulau.

Menurut Dr Mujahid Yusof pada 23 MEI Bakal menempah satu sejarah dunia apabila PAS akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS , sebagai satu sayap baru parti. Ini adalah sebahagian dari usaha susulan parti sebagai mengiktiraf sokongan rakyat bukan Islam terhadap PAS melalu Kelab Penyokong PAS yang diwujudkan sebelum ini.

Sererusnya DR Mujahid memberikan taklimat bagaimana munculnya Kelab Penyokong PAS sehingga diiktiraf oleh parti.

Banyak pengalamam suka duka , serta pahit maung yang telah di lalui oleh Dr Mujahid dalam mengendalikan Kelab Penyokong PAS.Memang ianya satu yang sukar tapi sebagaimana yang telah di sebut dari awal-awal lagi, "Hanya segala amal bermula dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang , apa yang dia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada ALLAH dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada ALLAh dan Rasulnya, dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.

Mungkin lebih senang untuk berhubung dengan sesuatu benda bila di bandingkan hendak berhubung dengan manusia, tambah-tambah lagi manusia yang kita tidak mengenali adat dan budaya mereka. Pastinya ianya sesuatu yang sukar.

Tahniah di ucapkan kepada Saudara Adli selaku Timb Pesuruhjaya 1, BPPNM yang telah menganjurkan Program Taklimat Dewan Penyokong PAS ini. Sedikit sebanyak ianya telah memberikan laluan bagi negeri Melaka belajar intisari dari apa yang di sampaikan oleh YB Dr Mujahid dan akan diambil tindakan sererusnya.

Seramai 10 ajk Kawasan Bukit Katil telah bersama-sama dalam majlis ini .




Thursday, May 6, 2010

SABARLAH!!! TMB.DMPBK DAN YDP BUKIT KATIL


Sebaik saja kami sampai ke wad 4-4, Hospital Besar, Melaka pada sebelah tengahari semalam, Pakcik Otman Basir sedang tidur. Pakcik Othman keseorangan.Kami tidak mahu menganggunya. Kami berlegar-legar sambil menalipon Pn Mahani untuk memastikan bahawa itu adalah ayahnya.
Telepon tidak di jawab. Mungkin Pn Mahani masih berada di dalam kelas, sedang sibuk mengajar.

Kami pun menalipon kepada saudara Sofi dan memang orang yang kami ziarah itu adalah bapa mertuanya. Bapa mertuanya baru saja di pindahkan dari Hospital Kelantan ke Hospital Besar Melaka.

Sewaktu kami sampai, ibu Mahani sedang solat di surau. Oleh itu, kami tunggu sehingga ibu Mahani balik dari surau.
"Ini siapa? , ibu Mahani agak kehairanan kerana kami tidak pernah berjumpa sebelum ini. Kami bersalaman sambil menerangkan siapa kami.

"Sekarang ini pakcik tengah semput" terang ibu mahani kepada kami sambil merenung sayu kearah suami tercinta, walaupun sebenarnya kami dengar ada juga penyakit lain yang sedang di hadapinya.

Jam telah menunjukkan hampir 1.45 petang tandanya masa lawatan tada 15 minit lagi. Kebetulan saudara sebelah pakcik Othman turut menziarahi ketika itu, jadi kami tidak dapat berbual lama. Memandangkan kami juga ada kerja lagi di cawangan lain, kami pun minta diri lebih awal lagi.

Kami bersalaman sambil memberikan sedikit sumbangan dari Lujnah Kebajikan Bukit Katil. Ibu Mahani minta kami sebut sekali nama kami. Mungkin ibu Mahani nak ingatkan betul-betul agar dia tak lupa untuk memberitahu anak serta menantunya dengan kedatangan kami.

Di doakan agar Pakcik Othman Basir akan cepat sembuh dan Pn Mahani selaku Timbalan Ketua Muslimat Bukit Katil serta Saudara Sofi Wahab selaku YDP Bukit Katil, akan bersabar di atas segala dugaan ini. . Ujian tetap berterusan..

Laporan Lujnah Kebajikan Bukit Katil

Tuesday, May 4, 2010

BALAI ISLAM PAYA DALAM BERTUKAR WAJAH






Maka pada tanggal 17 Jamadil Awal 1431 bersamaan 2 Mei 2010, Ahad dengan rasa kesyukuran yang amat tinggi terhadap ALLAH S.W.T. kerana telah tercatatnya satu sejarah apabila telah diadakan Majlis Perasmian Bangunan Balai Islam Paya Dalam bagi Kawasan Bukit Katil sekaligus di adakan Mesyuarat Bukit Katil kali ke 7 di tempat yang sama.

Upacara yang begitu meriah ini telah di sempurnakan perasmiannya oleh YB Ustaz Nasarudin bin Md Isa merangkap Timbalan Presiden PAS Malaysia.

Semenjak tahun 1950, Kampung Paya Dalam tidak ketinggalan dalam menyertai perjuangan untuk mendaulatkan Islam sebagai Ad Din di negara ini.

Pada tahun 1960an, beberapa orang tokoh muda telah menyambung perjuangan Islam termasuk ustaz Ansor Hj Abd Manan. Almarhum Ustaz Supian bin Hj Abd manan dan Almarhum ustaz Yaakob bin Hj Abd Aziz.

Pada tahun 1980an, perjuangan diteruskan di bawah kepimpinan baru Hj Md Yasim bin Hj Musa atau dikenali dengan Omar dan juga wak Sardi bin Bakat.

Pada tahun 1990 an kepimpinan bertukar dan diambil seorang tokoh ulama muda iaitu Almarhum Ustaz Hj Isamuddin bin Salikin seorang selepas dalam bidang syariah dari UKM dan Bahasa Arab dari Universiti Mekah.

Dan kemuncaknya untuk mendirikan sebuah balai Islam yang begitu strategik ini ialah apabila ada insan yang berhati mulia dengan rela hati mewakafkan sebidang tanah bagi merealisasikan impian untuk membina Balai Islam yang tersergam indah ini.

Tahniah diucapkan buat semua ajk yang telah bertungkus lumus bagi mendirikan sebuah bangunan yang begitu bermakna di dalam perjuangan PAS ini.

Dan kini bangunan ini telah pun di muatkan dengan sebuah PASTI serta beberapa aktiviti telah di jalankan di dalamnya. Dan kemuncaknya apabila MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN BUKIT KATIL kali ke 7 telah di jalankan di Balai Islam ini selepas Perasmian bangunan ini.