Wednesday, October 20, 2010

SOLAT HAJAT ROBOH PASTI & SURAU

Badan Bertindak Perobohan PASTI dan Surau Bukit Katil akan mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah di Pusat Tarbiah PAS Bukit Katil malam ini. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.

Seluruh pencinta Islam dan keadilan dijemput hadir bagi memohon kepada Allah agar PASTI dan surau diselamatkan dari fitnah dan kezaliman.

Tuesday, October 5, 2010

MASYARAKAT TIONGHUA MAKIN MESRA DENGAN PAS



Ahad lalu PAS sekali lagi terbukti bahawa masyarakat Cina di Kawasan Bukit Katil semakin mesra dengan PAS. Bertempat di Taman Puncak, Bukit Katil, kira-kira 100 orang Tionghua menghadiri jamuan hari raya Aidil Fitri yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Taman Tun Rahah dan UPU Taman Tun Rahah.

Sejak dari awal program iaitu kira-kira jam 7.00 malam, mereka berpusu-pusu mengunjungi rumah terbuka tersebut. Kalau sebelum ini amat susah sekali kita melihat kaum Tionghua mengunjungi program PAS di Melaka kini semua itu sudah berlalu.

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya kepada blog ini semalam, melahirkan rasa syukur dengan perkembangan ini.

"Kita rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada masyarakat Tionghua kerana mereka sudah sedar bahawa PAS adalah parti untuk semua dan tidak membeza-bezakan kaum dan agama".

"PAS bukan parti perkauman seperti parti MCA, Umno dan MIC, kita adalah parti yang terbuka dan sedia berkhidmat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Pada program itu 2 orang ADUN DAP iaitu YB Lim Jak Wong (Bachang) dan YB Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) hadir dan turut menyampaikan ucapan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Penerangan PKR Cabang Bukit Katil, Freddie Lim yang pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Bukit baru.

Beberapa bulan lepas kira-kira 150 orang Tionghua menghadiri program jamuan rakyat anjuran MTD Bukit Baru di Taman Harta Pertama Bukit Baru. Semua ini membuktikan bahawa PAS semakin mendapat tempat di hati masyarakat Tionghua.

Gambar : Kaum Tionghua yang hadir pada program tersebut.