Thursday, July 29, 2010

Guru Dibenar Berpolitik Jangan Untuk Guru Umno Sahaja

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010.

PAS mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.

Sepatutnya perkara ini sudah dibenarkan dahulu lagi sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan. Ini kerana sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal.

Pelajar yang pulang daripada Timur Tengah yang dipimpin oleh Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin adalah antara penggerak utama untuk meniupkan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu pada ketika itu.

Mereka membuka sekolah di Melaka dan juga di Pulau Pinaang sebagai tapak meyebarkan fikrah perjuangan mereka. Guru-guru telah memberi sumbangan untuk meniupkan semangat petriotik pada waktu itu samada mereka yang aliran agama, aliran Melayu dan aliran Inggeris.

Sejarah tidak melupakan sumbangan daripada tenaga pengajar Mahad Ehya alSyarif Gunung Semanggul Perak yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar alBaqir yang meniupkan kesedaran politik di negara ini. PAS yakin guru-guru yang sudah terdidik dengan moral yang tinggi tahu tentang tugas mereka walaupun mereka aktif berpolitik. Mereka sudah diasuh supaya amanah dengan kerjaya mereka..

PAS mengharapkan juga jangan ada pula selepas ini ada guru yang ditukar tempat kerja kerana aktif berpoltik. Guru-guru ini boleh diambil tindakan bukan kerana terlibat dalam aktiviti PAS atau pembangkang, tetapi bertindaklah kalau guru tersebut mengabaikan tugas seperti ponteng kelas dan tidak menjalankan tugas akademik.

PAS yakin guru-guru PAS dan aktivis PAS adalah orang yang amanah dengan kerja kerana mereka sudah ditarbiah dengan dosa dan pahala, insyaAllah tanggungjawab mereka di sekolah tidak akan terabai.

Selama ini pun prestasi guru-guru PAS teruji dan mendapat pujian daripada pentadbir walaupun setengah guru besar penyokong Umno kerana aktivis PAS tekun tanpa mengira penat lelah dan upah.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusa

UMNO TAKUT UNTUK BERDEBAT

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil Cikgu Yusof Wahab berkata Umno tidak berani untuk berdebat dengan PAS Kawasan Bukit Katil walaupun dicabar beberapa kali sebelum ini.

Pagi ini Yusof mewakili PAS Kawasan Bukit Katil sekali lagi mencabar Ketua Menteri Melaka yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Katil untuk berdebat dengan wakil PAS atas apa juga isu dan masalah yang berlaku di Negari ini.

Cabaran ini merupakan cabaran kedua yang ditawarkan oleh PAS Kawasan Bukit Katil kepada Ketua Menteri sejak tercetusnya insiden Umno mengacau ceramah PAS sejak kebelakangan ini.

“Saya mencabar Ketua Menteri atau sesiapa juga wakil Umno Bahagian untuk berdebat atas apa juga tajuk yang dikirakan sesuai oleh Umno”.

“PAS Kawasan bersedia untuk mencari tempat dan masa yang sesuai bagi Ketua Menteri dan wakilnya” kata Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Yusof berkata tidak ada gunanya Umno menjawab isu yang dibangkitkan oleh PAS dan PR dari jauh lebih baik kita berdebat di atas satu pentas supaya rakyat tidak kira penyokong PAS atau Umno dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Katanya, oleh kerana Ali Rustam dan pemimpin Umno tidak mendengar isu yang dibangkitkan oleh penceramah PAS mereka tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Jadi adalah lebih baik kita duduk sepentas supaya kedua-dua pihak dapat menumpukan perhatian kepada hujah masing-masing bagi memudahkan kedua-dua pihak menangkis hujah masing-masing.

Menurutnya antara isu yang boleh dijadikan tajuk perdebatan ialah Melaka Maju 2010, isu maksiat, isu anak luar nikah, isu sekolah mengandung, isu banjir, isu pembaziran, isu rasuah di kalangan pemimpin negeri dan sebagainya.

“Insya Allah kita akan hantar surat rasmi kepada Ketua Menteri dan Umno Bahagian Bukit Katil untuk mencabar mereka berdebat”

“Kita boleh gunakan format debat yang digunakan sebelum ini dengan seorang moderator, dan 2 orang wakil pendebat untuk bertanya soalan, malah kita boleh juga membuka soalan kepada hadirin-hadirat yang hadir” ujar Yusof.

Sementara itu Yusof juga melahirkan kekesalan kerana Umno Bahagian Bukit Katil terus menganggu program ceramah penerangan PAS di mana malam tadi Umno secara sengaja mengadakan ceramah kurang dari 100 meter jaraknya dari ceramah PAS di Paya Dalam, Ayer Molek.

Menurut Yusof, ini kali ketiga Umno menjatuhkan imejnya sendiri dengan mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS di mana sebelum ini pada 29 Jun di Bukit Baru dan 10 Julai lalu di Bukit Pulau.

Beliau berkata sekiranya Umno tidak mahu berdebat mereka dipelawa untuk berceramah di atas pentas PAS di mana 2 ceramah terdekat akan dijalankan iaitu pada 30 Julai di Bukit Baru dan 3 Ogos di Bukit Beruang. Ceramah pada 30 Julai akan menampilkan AJK PAS Pusat, Haji Mohd Sabu sementara ceramah pada 3 Ogos akan disampaikan oleh Bendahari PAS Pusat, YB Dr Hatta Ramli.

Sunday, July 4, 2010

KEAHLIAN BARU MEMBERANGSANGKAN

Keahlian PAS Kawasan terus meningkat dengan mendadak apabila bilangan rakyat yang memohon untuk menjadi ahli PAS di kawasan ini amat memberasangkan. Sepanjang bulan Mei dan Jun sahaja bilangan keahilian meningkat 50 % dari jumlah biasa. Rata-rata mereka yang menyertai PAS adalah anak-anak muda yang insaf akan pentingnya menggabungkan diri dalam perjuangan Islam.

Adalah dijangkakan lebih ramai anak muda akan menyertai PAS dalam jangkamasa terdekat ini.

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip berkata, PAS Kawasan memang serius untuk menambah keahlian dan menubuhkan cawangan baru. Contohnya pada 22 Jun lalu sebuah cawangan baru telah diluluskan pendaftarannya iaitu cawangan Taman Bukit Lintang dalam DUN Ayer Molek.

Ramli berkata gerakerja memperkasakan parti dengan menubuhkan cawangan baru, menambahkan keahlian dan mengujudkan usrah di setiap cawangan akan diteruskan dari masa ke semasa.