Wednesday, December 30, 2009

KENAPA KAMI LAKUKAN JUGA???

"Kan senang bagi duit aja.Tak payah nak tanya saiz-saiz. Lecehlah"rungut seorang sahabat sebaik saja aku minta saiz baju anak yatim yang dicarinya. Mungkin dia rasa agak payah nak tanya tentang saiz baju pada anak yatin yang ditemui. Baru tanya saiz baju dah rasa susah..macamana ya..kalau suruh kerja yang lagi berat..agaknya apa alasan yang terbaik.

(makanan disediakan)

Aku tersenyum lebar. Aku pun tak tahu mengapa aku serta ajk kebajikan perlu menyusahkan diri untuk melakukan kerja-kerja yang tidak bergaji ini.
Tentu lebih seronok sekiranya kami duduk saja dirumah bersama anak-anak dan suami atau isteri, bercanda sambil minum petang atau paling tidak pun menyandar membaca surat khabar atau pun melengkau macam ulau sambil menonton televisyen.


Tak perlulah kami mengambil masa 2 minggu nak uruskan kerja-kerja ini. Sekejap kesana, sekejap kesini untuk memastikan program berjalan lancar.
Tak payah kejap=kejap meeting..kejap-kejap meeting..tak payahlah aku kena tinggalkan kedai, Rogayah kena tinggalkan kuih yang orang tempah, Fauzi kena mengejar masa nak pergi kerja dan sudah tentu tak lah kak Robiah marah aku kerana lewat nak mulakan meeting kerana aku terlupa nak sms kak Robiah meeting tunda setengah jam lagi .

(Sumbangan disusun rapi)


Tak payahlah kami menelepon sana-sini , tanyakan dimana ada anak-anak yatim dicawangan disemua cawangan Kawasan Bukit Katil atau pun mudah saja kalau kami cari satu atau 3 buah rumah saja yang ada 6 anak-anak yatim kemudian serahkan duit pada mereka. Senang cerita. Habis . Bila mesyuarat Kawasan , hantarkan laporan dari ketua Kebajikan Bukit katil, katakan saja bulan ini Lujnah Kebajikan dah hantar duit kat anak-anak yatim pada 3 keluarga. dah selesai tugas. Bulan depan cari orang lain lagi. Tak susah pun.


Tak payah kami tercari-cari atau tak payahlah aku ketuk dari satu rumah kesatu rumah untuk memastikan mereka benar-benar anak yatim atau tak perlu aku melihat sendiri bagaimana daifnya anak-anak yatim ini dikala kerajaan Melaka melaungkan Melaka Maju tahun 2010 . Aku pun tak tahu apa maksud maju yang mereka cakapkan .



(anak-anak asyik menyaksikan persembahan)



Tak payahlah aku photostat banyak-banyak surat-surat jemputan dan minta sesiapa edarkan . Tak payahlah susah-susah aku nak hantar surat-surat kePringgit, ke Paya Dalam, ke Bukit katil. Tak Payahlah susah -susah aku suruh Fauzi agih-agihkan kePemuda masa mereka ada usrah .Tak payah lah Fauzi nak agihkan surat-surat kat A.Molek


Tak payah aku jemput Saudara Qaha serta keluarganya yang sanggup datang dari KL semata-mata nak meraikan bersama-sama anak-anak yatim ini tanpa mengenakan bayaran yang mahal . Saudara Qaha sanggup menghabiskan masa serta tenaga nya untuk menghiburkan anak-anak Yatim ini.

(anak-anak yatim yang berani tampil kehadapan..yang sekolah menengah . .malu)



Tak payahlah aku sms kepada isteri-isteri Kawasan minta bawakan rendang seorang seekor ayam. Tak payah aku arahkan makcik Pah, makcik Aisyah, makcik-makcik yang lain bawa sambal tumis . Tak perlu juga aku arahkan Fauzi pesan pada pemuda minta semua isteri mereka rebuskan ketupat mini seorang 40 biji. Mesti lebih dari 10 orang yang buat dan tak payahlah Rogayah serta group usrah cawangan Ayer keroh bersusah payah nak goreng meehon banyak-banyak.

(saudara Qaha dengan persembahannya)
Tak payah juga aku bergegas-gegas nak kejar masa kerumah muslimat-muslimat kandang group usrah untuk masak kuah kacang. Dan tentu tak payah nak ke Paya Dalam minta muslimat sana tolong turun ramai-ramai kerana program nak buat kat situ.

Tak payahlah nak minta adik Aryani, minta tolong belikan peralatan alatulis dan bungkus kemas-kemas, yang sedang sebuk mengambil masa cuti yang sedikit untuk bersama keluarga.
Tak perlulah aku nak terlari-lari nak pergi beli beg -beg padahal aku sebuk dengan tempahan kuih.
Dan tak payah aku tercari-cari saiz baju-baju berjam-jam sehinggakan aku terpaksa tumpang solat Zohor di kedai Kemboja , takut-takut terlepas waktu Zohor pulak.

(Pn Mahani yang banyak membantu)
Tak payah si Mahani, datang rumah aku malam-malam buta kerana nak tolong bungkus hadiah,sampai balik jam 12 malam. kasihan anak-anak dia ada dirumah , 4 orang baru lepas berkhatan. Kenalah si Sofi jaga anak-anaknya pada malam itu.
Dan tak payah Si Sofi dan Mahani tinggalkan anak-anaknya yang baru berkhatan demi program ini.

Tak payahlah adik-adik students datang rumah aku pagi-pagi buta untuk tolong menghabiskan kerja-kerja yang tak selesai lagi agar program berjalan lancar.

Tak payah aku ke rumah YDP dalam hujan nak hantar surat jemputan sebagai perasmi.

(Perasmi menerima cenderahati)



Tak payah juga aku sebuk-sebuk minta pemuda tolong dapatkan PA sistem yang sound sistemnya ada 'class' sikit sebab maklumlah ajalah ada penyanyi yang sanggup datang dari jauh takkan nak beri yang biasa punya.
Tak payahlah si adik Baktiar bersusah payah bawa sound sistem diawal waktu sedangkan pintu gate masih berkunci lagi.

(Hj Darus wakil Kebajikan Negeri)

Tak payah si Fauzi sebuk-sebuk belikan plastik sampah serta pinggan dan cawan plastik untuk jamuan. Maklumlah ramai yang puasa pada 10 Muharam itu.
Dan tak payah aku telepon sana-sini untuk memastikan bahawa anak-anak yatim ada kenderaan untuk sampai keprogram maklumlah pada sat-saat akhir sudah menjadi kebiasaan ada-ada saja yang sahabat yang tidak dapat hadir dan tugasnya terpaksa dicari ganti.


Dan tak payahlah aku menebalkan muka meminta sponsor ayer minuman dari Hj Bakrin , dikala orang sedang ramai dikedainya. Dia minta aku tolong bawakan bekas minuman sebab sebelum ini bekas dia berikan asyik aku hilangkan , aku pun hairan kerana ini program pertama aku dan ini pertama kali aku minta dia sponsor air. Mungkin dia tak perasan sesiapa sebelum ini.
Tak payah juga aku menebalkan muka nak minta Hj Salim, Hj Selamat, Hj Rahim , Mahani sponsor hamper untuk cabutan bertuah.


Dan tak payah juga aku cetak buku-buku program serta nama-nama anak-anak yatim serta biodata mereka . Bukan senang nak dapatkan biodata anak-anak yatim ini sebab kerana terpaksa pergi rumah mereka. Menjadi masalah apabila muslimat tak boleh memandu kereta terpaksa minta suami uruskan. Suami pulak ada kerja. Kalau minta suami aja pergi..tak manis pulak..






Dan tak payah lah aku terkejar-kejar kerumah Hj Malek dan Hj Salim nak ambil kunci pagar kerana ketika Rogayah, Fauzi, Baktiar dah sampai ,pintu pagar masih belum dibuka lagi. Aku nak suruh mereka pergi ambil pun, mereka tak tahu rumah Hj malek dan Hj salim.
Berulang-alik kesitu telah mengambil masa setengah jam sedangkan itulah masa yang aku nak digunakan untuk dimanfaatkan bagi saat terakhir.


(Ibu tunggal memotong kek)

Dan akhir sekali, tak payah aku menghantar sumbangan ini kerumah ana-anak yatim yang tidak dapat hadir disaat-saat akhir dan akhirnya kena tukar baju balik kerana saiz tak kena......

Tapi kenapa kami buat juga?
Bukankah ianya sesuatu yang menyusahkan diri sendiri. Apa yang sebenar nya dalam hati dan benak kami? Tiada siapa yang paksa . tiada siapa yang ugut.Tiada siapa yang memberi imbuhan, tiada siapa yang menerima upahan, malah duit poket kami keluar lagi. Sehingga kini Pemuda , NISAA, Kawasan tiada yang siapa claim duit bagi yang telah mendahulukan duit mereka. Malah mereka akan topup pula kalau tak cukup.

(cabutan bertuah)

(Ketua pemuda Saudara Puhat)

Syukran Jazilan pada sahabat-sahabat semua terutama buat suami tercinta, kerana dengan sokongan serta kerjasama dari semua kita mampu sesuatu yang terbaik mengikut kemampuan , meskipun tiada mempunyai sumber kewangan yang kukuh namun sumbangan kita adalah melalui duit kocek kita sendri , kita dapat melakukan bersama-sama.

Memang banyak yang perlu kita belanjakan dalam program yang sebegini, bukan ratusan malah ribuan tapi keikhlasan kita mampu mengatasi segalanya.
Itulah kelebihan yang ada pada kita yang amat digeruni. 300 orang yang berkualiti mampu mengalahkan kuantiti 1000 .
ALLAH bersama kita dalam perjuangan ini.

Sekadar slogan tidak membawa apa-apa erti sekiranya tanpa keihlasan untuk mencari Redha ILLAHI.
Buat para adik-adik anak-anak yatim yang telah menerima sumbangan , itu sajalah kemampuan yang PAS Kawasan Bukit Katil berikan buat masa ini. Wang berjumlah RM 50.. sepasang baju sekolah yang mencapai hampir RM 50.00 bagi yang Sek Menengah serta beg sekolah yang hampir mencapai RM 20.00 dan peralatan alatulis yang dilengkapi dengan juga dengan sebuah buku.

Sekali lagi terima kasih tak terhingga buat sahabat-sahabat semua dari Pemuda,Kawasan , NISA , Muslimat , adik-adik pelajar, khas buat saudara Qaha serta keluarga nya serta semua yang telah menjayakan program sulung "Kembali Ke Sekolah" bersama anak-anak yatim Kawasan Bukit Katil.
Dan IsyaALLAH. Kita akan tetap meneruskan program-program kebajikan mengikut kadar kemampuan kita sehingga kita akan menang atau syahid menemui ILLAHI.

(Para muslimin )

Sunday, December 20, 2009

PROGRAM "KEMBALI KESEKOLAH"

Satu program yang dinamakan "Kembali Kesekolah" akan diadakan diBalaiIslam Paya Dalam bagi meraikan anak-anak yatim disekitar Kawasan Bukit katil.
Program yang akan diadakan setahun sekali ini merupakan anjuran dari Lujnah Kebajikan Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama yang mantap dari lajnah Kebajikan Pemuda, Muslimat serta NISA Kawasan Bukit Katil.

Program yang melibatkan anak-anak Yatim dari Kawasan Bukit katil ini akan menerima sumbangan berbentuk wang, pakaian seragam, beg sekolah, kasut sekolah serta alattulis.

Terimakasih diucapkan kepada para dermawan yang memberikan sumbangan dari segala segi bagi menjayakan program ini.

Semuga program sebegini akan terus berjalan dengan lancar setiap tahun malah diharapkan juga agar bilangan para penerima juga akan bertambah setiap tahun.

Walaupun sering dilaungkan Melaka akan menjadi negeri yang maju pada tahun 2010, namun pada hakikatnya masih ramai lagi rakyat Melaka yang masih miskin . Kehidupan mereka bertambah sulit serta rumit apabila terpaksa berhadapan dengan harga barangan yang semakin melambung tinggi.

Sedangkan kehidupan bagi anak-anak yang mempunyai ibu serta bapa juga sedang berhadapan dengan berbagai masalah kehidupan , inikan pula bagi anak-anak yang telah kehilangan ayah samada meninggal dunia atau bercerai.

Oleh itu semoga dengan keperihatinan dari lujnah Kebajikan Kawasan, Pemuda, Muslimat serta NISA Kawasan dapat meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung sekaligus mendapat keredhaan ALLAH.

Diharapkan ahli-ahli PAS Kawasan Bukit katil dapat bersama-sama menghadirkan diri bagi menjayakan program bersama ini pada:

10 Muharam 1431/27 Disember 2009
Ahad
BalaiIslam Paya Dalam
2.30 petang.

JOM!!! "KEBAJIKAN ANAK YATIM TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
JOM!!! INI PROGRAM KITA BERSAMA

Tuesday, December 8, 2009

KELAS HAFAZAN MUSIM CUTI SEKOLAH

Ketua Lujnah Pendidikan Kawasan Bukit telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas Al Quran serta kelas motivasi sempena cuti sekolah .
Kelas telah bermula semalam, 7 Dis di Pasti Bukit Katil. Bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 11pagi.

video

Seramai 23 anak-anak yang berusia diantara 7 hingga 14 tahun yang telah mengikuti kelas semalam.

Bermula dari 7 Disem. Kelas diadakan pada setiap hari isnin hingga Khamis selama 2 minggu.

Sesiapa yang berminat , bolehlah datang ke Pasti Jaya Insan, Bukit Katil pada hari yang telah ditetapkan.

Saturday, December 5, 2009

MALAM KESENIAN BERJALAN LANCAR

Malam kesenian anjuran PAS cawangan Bukit Katil PAS telah berjalan lancar . Persembahan silih berganti diantara Nasyid Zikr serta Ito dari kumpulan blues gang. Kanak-kanak diantara penonton yang paling ceria sekali.
Turut bersama TYDP Kawasan Bukit Katil, Tn Hj Mohd Syariff bersama anak-anaknya. Berapa ajk kawasan juga turut bersama-sama keluarga.

video
Didalam gambar kelihatan saudara Ito serta kumpulan Zkr sedang dijamu sedikit makanan selepas persembahan.
Tn Hj Ali serta Tn Hj Bakrin selaku Ketua cawangan Bukit Bayan juga tidak ketinggalan bagi bersama-sama meraikan tetamu jemputan dimalam keseniaan.
Semuga program sebegini dapat selalu diadakan bagi menarik anak-anak muda untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.
Cuma perlukan usaha yang lebih bagi mendapatkan dana.

Thursday, December 3, 2009

BERBAKTI

Malam tadi pada jam 9 malam ,2 Dis 09 telah diadakan satu program bagi menyerahkan cek berjumlah RM2000.00, kepada pencarum Skim Penyayang dan juga penyerahan sumbangan kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran keSyria, bertempat di Sekolah Ar Rahmah, Solok Gaung.


Skim Penyayang kini telah berjaya menarik ramai pencarum dengan bayaran hanya RM20.00 sahaja setahun .
Allahyarham Salim bin Salel ,yang berusia 71 tahun dari Genuang,DUN Ayer Molek yang telah mencarom hanya beberapa bulan sahaja sebelum Allahyarham meninggal dunia pada bulan Ramadhan 1430H . Allahyarham meninggal dunia disebabkan sakit tua.
Cek telah disampaikan oleh TYDP Kawasan Bukit Katil , Tn Hj Mohd Ali Syarif kepada anak Allahyarham, saudara Khamis Salim. Turut serta diprogram tersebut, Ketua Lajnah kebajikan serta beberapa ajk Kawasan Bukit Katil.

Program ini juga menyaksikan sumbangan dari kutipan orang ramai yang berjumlah RM10,320 telah turut diberikan kepada Ust Bunyamin Hj Ramle bagi melanjutkan pelajaran ke Syria.
Yayasan Pendidikan Jalaludin juga turut menyumbangkan RM1000 kepada Ustaz Bunyamin Hj Ramle.

Sambutan ini juga turut diserikan dengan tazkirah dari Ust Khairi Abd Aziz dan Ustaz Mohd Fuad.
Sedikit jamuan turut diadakan.

Semoga program ini diberkati ALLAH













Wednesday, November 18, 2009

AWASI ANAK-ANAK DARI KEGIATAN MAKSIAT

Awasi anak-anak dan saudara anda dari terjerumus ke kancah maksiat seperti pesta seks dan sebagainya. Sudah banyak cerita yang kita dengar dan baca di media tentang kegiatan sebegini.
Terbaru enam penuntut kolej diperdaya oleh lelaki hidung belang dengan dipujuk mengikuti mereka menjalankan kegiatan maksiat tersebut setelah termakan dengan pujuk rayu dan setelah itu diberi dadah dan minum arak.
Bagaikan hilang arah selepas diperdaya dengan madah cinta lelaki-lelaki berkenaan, dengan rela hati penuntut terbabit mengikut kehendak pasangan masing-masing.
Difahamkan, enam penuntut kolej berusia 19 tahun itu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pasangan, tetapi dengan rela hati berhibur sambil berpesta seks ketika khayal di bawah pengaruh alkohol.
Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, yang melancarkan serbuan di sebuah pangsapuri di pusat peranginan dekat Bentong, diketuai Pegawai Operasi, Cif Inspektor M Pirabaharan bersama sepasukan anggota, jam 3 pagi, baru-baru ini.
Hasil serbuan itu, polis menahan enam penuntut perempuan terbabit bersama enam lelaki berusia 20 hingga 22 tahun, ketika mereka sedang menaiki tangga menuju pangsapuri disewa.
Saya mengharap semua keluarga yang mempunyai anak gadis supaya berhati-hati dan sentiasa memantau tingkah laku anak-anak mereka supaya tidak terjerat dengan kegiatan maksiat ini.
Kadang-kadang anak-anak gadis ini pandai berlakon di depan kita tetapi di belakang kita macam-macam yang mereka lakukan.
Sofi Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

Friday, October 30, 2009

KEBAJIKAN ADA DIMANA-MANA

Pada mulanya Ganeswari serta anak-anaknya terpinga-pinga , sebaik sahaja kami sampai kerumahnya, tapi sejurus kemudian anak-anaknya yang seramai 9 orang berebut-rebut datang berlari kearah kami tanpa rasa takut. Mungkin mereka.
telah biasa dengan orang yang bertudung labuh seperti kami.


"Boleh faham cakap saya",aku cuba mendapatkan penjelasan dari Ganeswari sebab maklumat yang aku terima mengatakan dia tidak pandai sangat berbahasa melayu.

"Boleh , saya sekolah melayu" Ganeswari ibu kepada 9 orang anak mula tersenyum setelah agak lama seperti dalam keraguan.
"Oh! baguslah..senang saya nak cakap dengan awak", ujar aku gembira.

"Saya dari PAS Bukit Katil nak beri awak sedikit sumbangan makanan untuk anak-anak" aku berterus terang .

Ganeswari tersenyum malu. Mendiamkan diri tanpa mahu bertanya.

"Suami awak masih bawa lori lagi? aku cuba mendapatkan kepastian.

"Tak, dia sudah berhenti kerja, sebab syarikat dia sudah tutup". jawabnya perlahan.
"jadi...sekarang dia buat apa? aku bertanya lagi
"tada kerja. skarag pergi tangkap ikan juga" jawabnya berterus terang

Kami terus menghulurkan makanan asas tanpa mempedulikan orang disekeliling. Jiran-jiran disekeliling memerhati kami sejak kami sampai dari tadi lagi.

"Ada apa kak" tiba-tiba seorang jiran bertanya setelah lama menghampiri kenderaan kami.

"Oh, kami dari lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Katil, nak beri beras serta makanan yang lain sikit, saja nak bantu mereka", jawab aku sambil tersenyum pada anak kecil yang didokongnya.
"Takut suami dia suka enjoy aja" jelas jiran yang berhampiran disitu.

"Oh , ya ke.." aku menjawab selamba tanpa mahu bertanya apa-apa lagi sambil menaiki kenderaan untuk berangkat pulang.

"Makcik-makcik , boleh bawa kami naik kenderaan round kat sini sekali" tiba-tiba anak-anak India disitu bersuara dengan berani.

"O.klah, naik" aku tersenyum selamba setelah agak lama merenung muka mereka. Mereka berebut-rebut naik dengan gembira. Bumbung van dibuka.Ternyata mereka gembira .

Aku tak sempat nak bilang, berapa jumlah mereka. Yang pastinya mereka tidak takut dengan orang-orang yang bertudung labuh seperti kami. Mereka menjerit-jerit keriangan dari dalam van sambil menghulur-hulurkan tangan keluar dari bumbung tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling yang terpinga-pinga sejak dari tadi.

Aku tersenyum puas kerana teringatkan kanak-kanak yang selalu aku bawa dalam program 'Kelab Aulad". Namun inilah pertama kali aku membawa anak-anak berbangsa India menaiki van aku mengelilingi taman disitu. Mereka fasih berbahasa melayu .

"Terima-kasih....Terima kasih makcik.....bye-bye makcik"..begitu riang sekali mereka sebaik saja turun dari van. Rupa-rupanya baru aku terperasan salah seorang dari anak-anak yang berbangsa India yang menaiki van aku adalah salah seorang pelajar PASTI disitu...




Tuesday, October 27, 2009

HAPUSKAN POLITIKING DALAMAN, KUKUH JEMAAH, GIATKAN KERJA

Saya mewakili PAS Kawasan Bukit Katil amat mengharapkan Jemaah Islam ini terus berkembang maju mewarnai perjuangan Islam dan perjuangan rakyat membebaskan rakyat dan seluruh makhluk di Malaysia ini dari belenggu BN yang telah lama bermaharajalela tanpa batas dan sekatan.
Saya menyokong penuh usaha Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz yang mahukan PAS diperkukuhkan dengan pimpinan yang hebat dan mantap tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar terutama yang lunak dan manis dengan kawan-kawan kita Umno dan lain-lain parti.
Namun usaha memperkukuhkan parti tidak semestinya dibuat dengan begitu drastik dan terdesak. Banyak cara untuk kita perkukuhkan parti. Antaranya menukar pemimpin dan menasihatkan pemimpin yang mungkin bermasalah.
Dalam isu terkini yang melanda PAS yang saya sifatkan ianya kecil (cuma digembar-gemburkan oleh media - menangguk di air keruh) saya menaruh kepercayaan penuh kepada pimpinan untuk menyelesaikannya secara baik dan berhikmah.
Jika benar anggota pimpinan sekarang gagal memainkan peranan dengan baik maka memang wajarnya mereka ditukar kerana 'performance' mereka tidak baik. Ini perkara biasa dalam mana-mana organisasi.
Saya kira Tuan Guru Nik Aziz telah lama mempraktikkan perkara ini dalam PAS Kelantan di mana beliau sering membuat rombakan kabinet PAS dalam PAS Kelantan. Seingat saya sudah beberapa kali Tuan Guru menukarkan anggota harian PAS Kelantan. Sebagai contoh jawatan Setiausaha kerap ditukar. Telah begitu ramai S/U dilantik Tok Guru antaranya YB Cikgu Wan Rahim, YB Ust Wan Ismail, YB Dato Takiyuddin dan YB Zaki Ibrahim sekarang. Ianya bertukar tangan demi untuk menyuntik semangat dan idea baru.
Begitu juga dengan Tuan Guru Haji Hadi yang telah melantik beberapa orang baru dalam 'kabinet' 2009/2011, antaranya Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan, Cikgu Pa sebagai Setiausaha (Orang lama yang baru pegang S/U) dan Ustaz Abdul Halim Abd Rahman sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat (Orang lama yang dinaikkan kedudukan).
Dalam sejarah Islam sendiri Panglima Perang tersohor Khalid Ibn Walid juga digantikan dengan sahabat lain ketika perang sedang memuncak.
Tidak ada masalahnya untuk membuat rombakan 'kabinet' demi kebaikan organisasi dan ahlinya bagi mencapai objektif jangka pendek dan panjang.
Jadi saya yakin PAS Pusat juga mampu melakukan perkara yang sama jika dilihat ada anggota yang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik. Itu sudah menjadi perkara biasa. Jadi media tidak perlu mainkan isu ini. Manakala rakyat dan penyokong PAS pula jangan risau dan buruk sangka. Semuanya dilakukan demi kebaikan jemaah dan masa depan kita semua.
Sebab itu bagi saya jika PAS Pusat membuat rombakan 'kabinet' pada bila-bila masapun ianya tidak menjadi masalah. Kalau mesyuarat PAS Pusat esok membuat rombakan pun saya tidak hairan. Mungkin Setiausaha, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya dan lain-lain jawatan ditukar ganti itu perkara biasa.
Malah jika ada pimpinan yang ingin mengundurkan diri dan memberi peluang kepada orang lain itu juga perkara biasa. Cuma AJK PAS Pusat kena membuat pertimbangan sejawarnya dalam membuat sesuatu keputusan samada melantik, menukar atau menerima pengunduran sesiapa juga demi masa depan Islam dan kita semua.
Saya memang bersikap terbuka dalam hal ini.
Apa yang penting kita mesti merapatkan saf, berpadu tenaga dan mengatur strategi segera kerana saya jangka pilihanraya umum akan berlangsung dalam masa setahun lebih sahaja lagi.
Jangan bazirkan masa untuk memperbaiki rumah sendiri sehingga terlupa untuk 'menyerang' rakan-rakan politik kita dan mendampingi rakyat serta memenangi hati rakyat.
Kurankan politiking dalaman, giatkan usaha dan strategi untuk berhadapan dengan 'tentera ahzab.'
SOFI WAHAB
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
27 Oktober 2009

Monday, October 26, 2009

AYUH! TERUSKAN KERJA2 KEBAJIKAN


Dia masih bujang walaupun telah berusia 62 tahun. Kehidupan sehariannya hanya bertemankan anak-anak saudara serta kakaknya .Disitulah tempat dia mengadu setelah sebelah kakinya dipotong akibat kencing manis yang dihadapinya. Dan kini dia juga sedang menghadapi penyakit batu karang. Dia pernah menerima sumbangan kerusi roda tapi kini sudah tidak dapat menggunakan kerusi lagi kerana dia sudah tidak boleh berdiri lagi. Apa yang dapat dilakukan hanya mengheret badannya apabila mahu menjengok diluar rumah.
Dan apa yang turut amat menyedihkan apabila kakaknya sendiri tempat dia berteduh juga telah dipotong sebelah kaki dan sebelah tangan akibat penyakit yang sama. Dan kini kakaknya telah dimasukkan kewad lalu tinggallah dia bertemankan anak-anak saudara yang tinggal berdekatan disitu.
Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lajnah kebajikan Bukit Katil turut memberikan sedikit sumbangan serta turut memberi mereka peluang mendapatkan bantuan Skim penyayang yang telah diperkenalkan pada awal tahun 2009.
Skim Penyayang yang bertujuan meringankan beban rakyat yang ditimpa musibah akibat kematian waris terdekat. Skim yang hanya dikenakan bayaran bagi rm20 saja setahun dan waris akan menerima RM 7000 untuk pencarom yang berumur 18 hingga 65 manakala pencarom yang berusia 66 hingga 80 tahun meninggal dunia, akan diberikan RM 2000 kepada pewarisnya.
Semuga saudara Yaakop serta kakaknya Fatimah bersabar dan redha diatas segala dugaan ini.

SELAMAT BERBULAN MADU PERTAMA


"SELAMAT PENGANTIN BARU"..ucapan kepada Ustaz Norkhairi Mohd Yusof serta pasangannya ,ukhtie Norhayati Selamat yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 6 Zulkaedah 1430/25 Oktober 2009 di Pengkalan badak, Bukit katil.
Ustaz Norkhairi yang berusia 26 tahun merupakan ajk Kawasan Bukit katil juga merangkap Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Bukit katil telah dipertemukan jodohnya bersama ukhtie Norhayati yang berusia 25 tahun dari Bukit Baru, Melaka.
Gambar dirakam bersama hadiah dari PAS Kawasan Bukit Katil sehari sebelum mereka berbulan madu dinegeri bawah bayu.
Sahabat-sahabat ajk PAS Bukit Katil mendoakan Semuga dirahmati dan diberkati.

Tuesday, October 20, 2009

BANTAL OH BANTAL!!



"Assalamua'laikum,..buat apa itu cik"aku menyapa sebaik saja tiba dihalaman rumahnya.
"Mua'laikumsalam..makcik tengah ketok tin-tin ini" jawab makcik Azizah sambil bergegas,mencuci tangannya yang kotor.

"Nak buat apa pulak tu? aku bertanya kehairanan.

"Makcik nak jual, dapatlah tampong sikit belanja cucu-cucu makcik ini"

"Siapa pulak yang bawa tin-tin kat sini"? aku bertanya seperti orang bodoh


"Macik lah yang cari, macik guna kereta tolak ,round lah kat-kat sini, macik kutiplah besi,plastik-plastik yang boleh jual..dapatlah 5..6 rinngit. Jadilah tu" macik itu menjelaskan pada aku yang dalam kebingungan.

Begitulah kegigihan seorang nenek yang terpaksa menjaga 4 orang cucunya. Berkorban demi untuk membesarkan cucu.


"Makcik..saya ketua Kebajikan mewakili PAS Kawasan Bukit Katil ingin memberikan sumbangan bantal pada cucu-cucu makcik" aku terus menyatakan tujuan kedatangan setelah meneguk air serta kuih raya yang dihidangkan.

Makcik Azizah terdiam..terkedu seketika..mungkin tidak terlintas difikirannya bahawa akan ada orang yang akan datang membawa bantal baru untuknya. Selalunya makcik Azizah menerima sumbangan berbentuk wang atau makanan asas tapi kali ini bantal pula..macam janggal aja bunyinya.

"Masa bulan puasa kami datang beri sumbangan pada makcik, masa itu bila tengok bantal-bantal yang bertabur diatas lantai , dengan tilam yang masih belum berlipat..timbul satu keinsafan dihati kami .Rasanya bantal-bantal yang tidak bersarung serta tilam itu itu sudah sesuai lagi untuk digunakan oleh cucu-cucu makcik.Sudah terlalu hitam . Hari ini , kami bawakan bantal baru, biar cucu-cucu makcik suka dan seronok , bantal-bantal yang hitam itu makcik boleh buang.,nanti kami beri lagi bantal-bantal baru yang lain." Aku berterus terang saja tanpa mempedulikan perasaan makcik Azizah ketika itu.
Makcik Azizah tersenyum lebar. Sukar untuk membaca perasaannya ketika itu.
"Terima kasih banyak-banyak "..Macik Azizah menyatakan perasaan nya sambil memeluk bantal-bantal itu.

"Nanti boleh tolong satu lagi tak" tiba-tiba makcik Azizah bersuara merayu sebaik saja aku melangkah keluar dari rumahnya.



"Boleh tolong bantu cucu makcik naik dajah satu nanti?.Dia tak da baju , kasut. Yang darjah 4 dan 5 itu , tak pa lah , dia ada baju sekolah , kasut sekolah yang lama. Makcik risau yang naik darjah satu dengan naik menengah itu, tak da baju" Makcik Azizah bersuara perlahan sambil merenung muka aku.

"InsyaALLAH makcik,kami buat mana yang mampu".jawab aku tanpa mahu bertanya kemana perginya ibu dan bapanya. Semalamnya aku baru bertemu dengan pelanggan 'skim Penyayang'..
Langsirnya saja sudah ribuan ringgit...


Sunday, October 18, 2009

BAKAL-BAKAL HAJI DIRAIKAN







Seramai 7 pasangan suami isteri disertai seorang ibu tunggal, para-para bakal Haji telah diraikan di Balai Islam Paya Dalam pada 18 Okt/29 Syawal semalam. Sambutan ini diadakan sebaik sahaja selasa ijtimak yang telah dijadualkan pada setiap bulan.
PAS kawasan bukit Katil turut berbesar hati dengan memberikan cenderahati kepada bakal-bakal haji yang melibatkan DUN Ayer Molek,Ayer Keroh, Bachang dan Bukit Baru.
Cenderahati telah disampaikan oleh saudara Sofi Wahab , selaku YDP Kaw Bukit Katil. Turut serta juga Tn Hj Ali Syariff selaku TYDP , Cikgu Karim Tim Lujnah Tarbiyah, Hj Rahim, bendahari , Pn Masturah , Ketua lujnah Kebajikan.
Saudara Mustapa Ali serta isteri pn Rahimah Abd Latif dan saudara Ramli Dalip serta isteri, Pn Saleha Sultan juga turut bersama-sama bagi menunaikan Haji ditahun ini.Kedua-duanya merupakan ajk kawasan Bukit Katil. Mereka turut berbangga diatas cenderahati serta keraian ini yang menampakkan pekanya PAS KAWASAN BUKIT KATIL terutama terhadap ahli-ahlinya.
"Selamat berangkat ketanah suci, semuga dirahmati dan mendapat Haji Mabrur dan pulang dengan semangat juang tinggi"

Friday, October 16, 2009

BUKAN MELAYU TERIMA SKIM PENYAYANG

Seorang penduduk di Taman Seri Jati Batu Berendam, En Ng Boon Peng menjadi penerima pertama Skim Penyayang bagi kaum Tionghua sejak skim dilancarkan beberapa bulan lalu.

En Ng yang menjadi waris kepada mendiang isterinya, Lim Geok Kuai menerima cek RM7,000 dari skim ini di kediaman beliau Rabu lalu. Cek tersebut disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani Rahman.

PAS Kawasan Bukit Katil sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada Skim Penyayang kerana membantu meringankan beban yang ditanggung oleh En Ng yang kematian isterinya itu baru-baru ini. Isterinya meninggal kerana barah payu dara di Hospital Besar Melaka.

"Saya banyak terima kasih saya PAS kerana bantu saya, ini wang saya akan guna untuk anak-anak saya"

"Saya sedih sebab bini saya sudah tiada dan tak dapat sama-sama dengan saya" kata Ng ketika di minta berucap sedikit selepas menerima cek tersebut.

PAS Kawasan menyeru kepada seluruh rakyat Melaka supaya menyertai Skim ini kerana ia ternyata dapat membantu meringankan beban yang ditimpa sesiapa sahaja yang menerima musibah kematian waris tersayang.

Skim ini hanya mengenakan bayaran sebanyak RM20.00 setahun. Manfaat yang diperolehi oleh waris ialah RM7000 untuk pencarum yang berumur 18-65 tahun dan RM2000 bagi pencarum yang berumur 66-80 tahun.

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada talian 06-284 1780 dan 016-2772288

Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS PENYERAHAN CEK SKIM PENYAYANG MALAM INI

Skim Penyayang PAS Negeri Melaka akan mengadakan majlis penyerahan cek kepada seorang pencarum yang meninggal dunia di Taman Seri Jati, Sg Putat, Batu Berendam jam 9.00 malam ini.
Pencarum terbabit Lim Geok Kiau meninggal dunia baru-baru ini. Waris Mendiang Lim, Ng Boon Peng akan menerima manfaat dari Skim Penyayang tersebut.
Pesuruhjaya PAS akan menyampaikan cek berjumlah RM7,000 iaitu manfaat waris yang meninggal bukan warga emas.
Sebarang pertanyaan tentang skim ini boleh diajukan kepada Balis di talian 0162772288 atau Mastura 0136943445.

PROGRAM TERDEKAT : MOTIVASI SPM 17 OKT DAN IJTIMAK KAWASAN 18 OKTOBER

PAS Kawasan meneruskan programnya bagi mendekati dan memberikan ilmu kepada rakyat. Pada 17 - 18 Okt Lajnah Pendidikan PAS Kawasan mengadakan Program Motivasi SPM untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi, 17 Okt bertempat di Madrasah Ar Rahmah Solok Gaong.

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Pejabat PAS Kawasan di talian 06-267 2239.

Ijtimak PAS Kawasan pula akan diteruskan pada 18 Okt ini bermula jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat PAS Paya Dalam.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Tuesday, October 13, 2009

UNDI POS : SIAPA YANG TIDAK CURIGA

Melihat carta disebelah ini sudah tentu anda akan berkata dalam hati...memang tidak logik terutama di peti 14, 15 dan 16 iaitu peti yang datang dari Mindef. PAS tidak mendapat sebarang undi dari ketiga-tiga peti undi. Pelik tetapi benar.

Tetapi inilah yang berlaku di dalam pilihanraya di sebuah negara yang mengaku maju dan hebat. Tetapi sistem pilihanrayanya lebih teruk dari negara-negara seperti Mali, Ivory Coast, Gabon, dan lain-lain.

Malah ianya jauh bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

Inilah 'standard' SPR, sebuah badan yang mengaku adil tetapi tidak pernah adil.

BAGAN PINANG : PETUGAS PAS KAWASAN PUASHATI

Petugas PAS Kawasan Bukit Katil puashati dengan gerakerja yang dijalankan oleh mereka di Bagan Pinang.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif berkata, seramai 8 orang petugas PAS Kawasan telah bekerja siang dan malam selama 3 hari bermula dari 3 hingga 5 Oktober lalu.

"Walaupun PAS tewas di Ladang Atherton tempat kita bertugas namun kita puashati kerana masyarakat setempat amat menghormati dan menyajungi PAS".

"Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa mereka kembali menyokong BN, kita syak mereka telah melakukan sesuatu perkara yang besar sehingga pengundi di semua Ladang yang dulunya menyokong PAS kembali 'swing' kepada BN, ini semua akan dikaji oleh pimpinan" ujar Ali.

Beliau berkata ahli dan penyokong PAS tidak akan lemah dan lesu dengan kekalahan tersebut sebaliknya akan melipatgandakan lagi usaha untuk mendampingi rakyat dan menyelamatkan mereka dari cengkaman BN.

USRAH PAS KAWASAN DITERUSKAN

Usrah PAS Kawasan yang tertangguh sejak awal Ramadhan lalu akan diteruskan malam ini bermula dengan solat maghrib berjemaah.
Usrah malam ini akan diadakan di rumah Bendahari PAS Kawasan, Hj Ab Rahhim Idris di Balai Panjang.
Seluruh AJK PAS Kawasan diwajibkan hadir.

Wednesday, September 16, 2009

PERUTUSAN HARI RAYA YDP PAS BUKIT KATIL

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Bukit Katil, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan Allah Taala melakukan nuzul al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan al-Quran.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah ini.
Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah dan percaya kepada janji Allah, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah Taala memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah Taala.

Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan menyungguhkan lagi perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah, yang bermaksud:
"Supaya agama ini zahir, menang, mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin." (Surah as-Saff: 9)

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Sofi Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil
75450 Bukit Katil, Melaka
HP : 019 – 682 1318
Tel : 06 – 267 2239
Fax : 06 - 2672239

Web :
http://www.blogbukitkatil.blogspot.com
http://www.pemudabukitkatil.blogspot.com
http://www.dmpbkatil.blogspot.com
http://www.mutaligat.blogspot.com

Monday, September 14, 2009

PROGRAM RAIKAN ANAK YATIM MERIAH

Program meraikan anak-anak yatim anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan bersama PAS Kawasan dan Cawangan Taman Cempaka berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Program yang berlangsung Sabtu lalu berjaya mengumpulkan kira-kira 35 orang anak-anak yatim dari sekitar Parlimen Bukit Katil.

PAS Cawangan Taman Cempaka telah menjadi tuan rumah dan ianya diadakan di Balai Islam Taman Cempaka.

Anak-anak yatim tersebut dihadiahkan dengan sejumlah wang dan barangan sumbangan para penderma yang tidak putus-putus memberikan infak mereka kepada anak-anak tersebut.

Pada program tersebut, anak-anak yatim telah membuat bulatan dan pihak yang ingin menghulurkan bergilir-gilir menghulurkan derma masing-masing mengusap kepala anak-anak sebagai menuruti sunnah Nabi Muhammad yang sentiasa berbuat demikian jika bertemu dengan anak yatim.

Majlis tersebut diserikan juga dengan persembahan Maulid Dibai'e dari PAS Cawangan Taman Cempaka.

Turut menyerikan program tersebut ialah ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan pimpinan PAS Kawasan dan Dewan-dewan serta cawangan.

Program dimulakan pada jam 4.00 petang dan berakhir selepas solat Tarawikh.

BUKIT KATIL TUAN RUMAH JAMUAN HARI RAYA NEGERI

PAS Kawasan Bukit Katil dipilih sebagai tuan rumah untuk program jamuan Hari Raya Aidil Fitri peringkat negeri tahun ini. Jamuan ini dijadualkan berlangsung pada 22 September 2009 bersamaan dengan 3 Syawal bertempat di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.
Setiausaha PAS Kawasan, Ramli Dalip menjemput seluruh penduduk setempat untuk sama-sama memeriahkan program kali ini yang akan dimulakan pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Antara tetamu istimewa ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka disamping Pengerusi Persatuan Anak-Anak Melaka di Perantauan, Dr Mohd Shah Basir dan ahli-ahlinya.

Wednesday, September 2, 2009

IFTAR JAMAEI:PERSAUDARAAN KERANA ALLAH

(Gambar sekadar hiasan.)

Islam kita yang agung ini bukanlah sebagai agama kepaderian individu. Ia adalah ad-Deen yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat. Dia adalah ad-Deen bagi jemaah yang satu, umat yang satu, watan yang satu dan jasad yang satu.Bila satu anggota merasa sakit, maka seluruh tubuh akan merasa sakit.
Persaudaraan bukanlah sesuatu yang dapat di beli dengan harta dan juga bukan warisan dari orang tua.Ukhuwwah adalah roh yang dihidupkan ALLAH dalam hati orang-orang yang beriman apabila ia kehendakki agar mereka dekat dan bersatu. Demikian pula cinta yang merupakan rahsia yang lahir dalam hati-hati mereka bila dikehendakki ALLAH.

Pas Kawasan Bukit Katil telah berjaya mengadakan Iftar Jamaei buat kali kedua , bagi bersama-sama merebut peluang mengeratkan ukhuwwah dibulan yang mulia ini. Iftar Jamei yang pertama telah diadakan pada 4 Ramadhan/25 ogos di Balai Islam Bukit Beruang manakala iftar jamei yang kedua telah diadakan di surau Solok Gaung semalam, 11 ramadhan/1 sep 09


"Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada dimuka bumi ini. nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka. Akan tetapi ALLAH s.w.t telah mempersatukan hati-hati mereka". (Thaha: 63)

Lebih dari 20 ajk kawasan Bukit katil telah menghadiri program ini. Bermula dari iftar , solat maghrib, solat Isyak dan solat tarawih berjemaah .

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara"
(S 49:10)
Yang pastinya orang-orang munafik pasti akan hairan dan terkejut dengan persaudaraan ini, kerana taraf mereka yang rendah , tidak sanggup memikul ukhuwwah seperti ini.

"Sesungguhnya ukhuwwah adalah rahsia ALLAH yang telah diikat dengan kekuasaanNYA .Hanya DIA yang dapat melepaskan ikatan ini.Ukhuwwah ialah satu keajaiban roh, hanya ALLAH jualah yang dapat mengetahuinya."

Monday, August 24, 2009

RAMADHAN MUSIM MERAIH KEBAIKAN.


Bulan Ramadhan adalah bulan Mulia.Ia adalah bulan yang melimpah didalamnya al-khayrat.

Oleh itu Pusat Kebajikan Bukit Katil, mengambil kesempatan untuk menerus meraih sebanyak mungkin kebaikan, di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Bubur Lambuk disediakan pada setiap hari sabtu dan ahad pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Bubur lambuk ini diberikan secara percuma kepada orang ramai yang berminat ,bermula jam 5 petang.


Kurma juga tidak ketinggaian, turut diedarkan secara percuma.

Bebarapa ajk dari Pusat warong kebajikan ini telah bertungkus lumus bagi menyediakan bubur lambuk ini.

Bagi yang ingin merasakan kenikmatan Bubur Lambuk Bukit Katil, bolehlah datang untuk mengambilnya pada jam 5 petang keatas. Berhampiran kedai Jimat, bertentangan Masjid Bukit Katil.

Sebarang sumbangan juga turut dialu-alukan bagi meneruskan penyiapan Bubur Lambuk secara percuma kepada orang ramai dibulan yang mulia ini.

Monday, August 17, 2009

PERNIAGAAN AKHIRAT : IHYA RAMADHAN PAS KAWASAN DILANCARKAN SABTU LALU


Dunia ada peniaganya.Akhirat juga ada peniaganya. Peniaga dunia mengintai-intai peluang pada musimnya untuk mengaut untung.Peniaga akhirat juga mengintai-intai peluang pada musimnya untuk mengaut untung.

Namun begitu , pengertian keuntungan diantara peniaga dunia dengan peniaga akhirat adalah berbeza.Keuntungan peniaga akhirat ialah keampunan daripada Tuhannya dan syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.

Peniaga akhirat ialah sebagaimana yang disifatkan oleh ALLAH:

Terjemahan:

Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati ALLAH , dan (daripada) mendirikan solat dan daripada mengeluarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (dihari itu)hati dan penglihatan menjadi goncang.

Ramadhan datang lagi dalam memberi peluang Muslim menambah kebaikan yang pintunya sentiasa terbuka.Berbahagialah sesiapa yang mengambil manfaat daripada peluang yang disediakan.

Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Bukit Katil, telah berjaya melancarkan program Ihya Ramadhan semalam, 25 Syaaban 1430 / 16 Ogos bagi merebut peluang dan ruang semaksima mungkin.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ust Faisol Shaikh Mohamad, selaku penceramah tetap bulanan program ijtimak Kawasan Bukit katil. Ianya telah dihadiri oleh semua pimpinan PAS Kawasan dan ahli-ahli PAS Kawasan.

Manusia bukannya tubuh sahaja. Manusia adalah jasad dan roh. Roh adalah hakikat sebenar diri manusia.Tubuh hanyalah kulit yang menutupi saja. Allah syariatkan puasa untuk mengangkat martabat manusia, untuk mengangkat jiwa dan roh supaya menjadi manusia sebenar.

Inilah peluang dalam usaha mendekatkan diri kepada ALLAH AZZA WA JALLA.
AHLAN WA SAHLAN..YA RAMADHAN

TERUS BERJUANG

Seramai 4 orang pimpinan dan ahli PAS Kawasan Bukit Katil berangkat bagi membantu berkempen di DUN N11 Permatang Pasir Sabtu lalu.

Petugas-petugas dari Kawasan Bukit Katil kelihatan begitu bersemangat sekali bagi memastikan kemenangan PAS akan terus dikekalkan.
Mereka terdiri dari Hj Ismail Ahmad selaku NYDP, Tuan Hj Yasim Musa, Saudara Rela serta saudara Suhaimi.


Bekas ADUN Permatang Pasir Allahyarham Dato' Mohd Hamdam Abdul Rahman telah pun mengekalkan kemenangan tiga kali berturut -turut di DUN Permatang Pasir sejak PRU 1999.
SPR telah mengumumkan bahawa pilihanraya Dun kecil Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos manakala hari penamaan calon pada 17 Ogos.

Wednesday, July 29, 2009

AL INSAN


..."Dan mereka memberi makan makanan dalam hal cinta kepadanya, kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan.."(Surah Al Insan : ayat 8).


Didalam tafsir Al Azhar karangan Prof Hamka menghuraikan tentang orang-orang tawanan yang ditawan didalam peperangan. Orang yang terdesak tidak dapat melawan lagi. Dia pun tunduk.

Menurut peraturan peperangan , orang yang tertawan itu tidak boleh diperangi lagi. Senjatanya dilucuti dan dia ditahan. Maka selama dia ditahan maka WAJIBlah bagi yang menawan memeliharanya dan menjaga kesehatannya. Beri ia layanan yang baik. Beri dia makanan yang baik serta beri mereka perubatan.

Rasulullah s.a.w sendiri telah melakukan ini dalam perang Badar.Kaum muslimin telah dapat menawan 70 orang musyrikin, yang selama ini amat memusuhi Islam, sampai mengusir nabi dari kampung halaman dan mereka telah berperang dengan hebat sekali diPadang Badar itu. Tetapi setelah musyrikin kalah , banyak yang tertawan disamping banyak yang mati. Rasululullah s.a.w menyuruh sediakan makanan selama tertawan itu dengan sebaik-baiknya. bahkan orang tawanan didahulukan makan daripada mereka sendiri , ketika makan tengah hari (Ghadaa')

Inilah akhlak mulia yang telah ditunjukkan oleh Islam 1400 tahun dahulu. Walau pun orang tawanan yang telah ditawan kerana terang dan nyata mahu membunuh umat Islam sehingga berlakunya peperangan besar yang pertama dalam sejarah Islam yakni perang Badar namun mereka tetap diberi layanan yang baik . Bukan setakat layanan yang baik saja malah orang tawanan didahulukan makan dahulu daripada orang-orang Islam itu sendiri.

Lihatlah bagaimana ini merupakan satu contoh tauladan yang baik yang diajar oleh Islam. Perbuatan mendera, menghina, menumbuk , memukul, meludah serta apa saja perbuatan yang menyakiti orang tawanan bukan saja dilarang oleh Islam malah bertentang sama sekali dengan kehendak Islam..,apatah lagi menawan orang yang tiada bukti kesalahannya.
Begitulah diantara ilmu yang dapat dipetik didalam usrah PAS Kawasan malam tadi , untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kita . Kupasan dari awal-awal surah Al Insan yang menceritakan tentang manusia. Manusia yang hanya berasal dari air mani laki-laki dan perempuan lalu diuji disepanjang kehidupan.
Beruntunglah mereka yang ikhlaskan diri dalam mencari keredhaan Illahi disepanjang kehidupannya bagi menegakkan syiar Islam kerana telah disediakan ganjaran syurga yang tidak tergambarkan keindahannya oleh mana-mana manusia.
Rugilah mereka yang engkar, sombong lagi bongkak, terus menerus melakukan kemaksiatan disepanjang kehidupan .



Monday, July 27, 2009

IJTIMAK TARBAWI PAS MELAKA

Ijtimak Tarbawi PAS Melaka yang pertama bagi sesi 2009-2011, telah berjalan lancar semalam.
Program yang diadakan diMaahad Ar Rahmah telah turut dihadiri oleh ajk PAS Kawasan Bukit Katil.
Ustaz Faisol selaku ahlijawatankuasa Dewan Ulamak Negeri telah mempengerusi majlis tersebut.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Hj Ismail selaku Ketua Lujnah Tarbiyah negeri Melaka.
Manakala perasmian dibuat oleh Pesuruhjaya Al-Fadhil ustaz Hj Abdul Ghani hj abd Rahman.

2 pembentangan kertas telah dibentangkan diprogram ini.
  1. KepentinganTarbiyyah dalam Harakah Islamiah.
  2. Pas sebagai jemaah Islam.

Pengisian kertas kerja tentang "Kepentingan Tarbiyyah Dalam Harakah Islamiah" telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj zulkifli Hj Ismail.

Kupasan yang telah mengambil masa selama 1 jam itu telah menjelaskan bahawa tarbiyyah memainkan peranan yang amat penting dalam gerakan Islam.

Bila ianya diibaratkan kepada batang tubuh manusia maka Tarbiyyah merupakan kepala bagi batang tubuh manusia itu sendiri.Masakan manusia berjalan tanpa kepala , begitulah juga dengan sesebuah gerakan Islam.

Kertas kerja ini cuba menyingkap kepada para hadirin, kedarurian tarbiyyah dan dakwah dalam jemaah adalah sama penting dengan program politik dan pilihanraya. Kedua-duanya mesti dijayakan bersungguh-sungguh. Ianya perlu selari.

Kertas kerja ini menyingkap tentang kesan buruk pengabaian tarbiyyah yang betul tentang bagi ahli-ahli dan para pendukung harakah Islamiah.

Pembentangan kertas kerja 2 disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dato' Hj Abu Bakar Cik

Pengisian kertas kerja 2 yang mengupas tentang Peranan individu dalam jemaah Islam dan peranan PAS sebagai jemaah Islam.

Adalah menjadi kewajipan kepada kita sekelian meneruskan perjuangan melalui PAS ini selama ianya tetap diatas dasar Islamnya. PAS sebagai sebuah wadah dan harakah yang menjadi alat dan wasilah untuk mendaulatkan Islam dinegara ini mestilah meneruskan gerakannya atas dasar Islam. Perjuangan ini adalah kerana ALLAH SWT demi menyempurnakan ketaqwaan kepada ALAH.

Muslimat juga tidak ketinggalan bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Friday, July 24, 2009

YB DATO SERI NIZAR BEGITU BERSEMANGAT

YB Dato Seri Nizar begitu bersemangat sekali dalam ceramah sulungnya diBukit katil .
"Saya nak orang-orang UMNO disini tahu , bagaimana zalimnya pemimpin UMNO yang merampas kuasa diPerak" itulah diantara ucapan yang diberikan oleh Dato Seri Nizar yang berucap diceramah perdana di Bukit Katil malam tadi.
"Tanda-tanda Melaka akan menang kerana dapat faham orang yang haus , .Tak payah mintak. InsyaALLAH", itulah diantara gurauan yang sempit beliau selitkan didalam ucapannya sebaik sahaja saudara Sofi Wahab selaku pengerusi ,menuangkan air minuman didalam gelas beliau buat kali ketiga lalu diiringi dengan suara takbir dari para hadirin.
Beliau yang turut diiringi oleh isteri dan 2 orang anaknya bercakap dengan berkobar-kobar ,dalam menceritakan tentang rampasan kuasa yang berlaku diPerak dan begitu bersemanagt serta berazam untuk terus memperjuangan kebenaran .
Turut serta didalam ceramah perdana ini ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Ghani Abd Rahman, ADUN Kesidang ,YB Goh Leong San serta Saudara Adli Zahari.

SOLAT GERHANA MATAHARI

Solat gerhana matahari telah pun diadakan diMaahad Ar Rahmah pada jam 9 pagi semalam. Diantara yang hadir TYDP Tuan Haji Mohd Ali , NYDP Tuan Hj Ismail Ahmad, Bendahari Tn Hj Rahim ,Ketua Urusan Ulama Ustaz Norkhairi ,Tn Hj Salim Tahir , Tuan Haji Mohd Diah ,Tn hj Yasim Musa ,Tuan Hj Zul serta beberapa lagi ajk PAS Bukit Katil Turut serta bererapa ahli PAS Bukit Katil.
Tazkirah juga turut diberikan selepas menunaikan solat gerhana matahari.Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Khairi Abd Aziz.

Pelajar-pelajar juga tidak ketinggalan di dalam majlis ini.