Monday, April 26, 2010

PRK HULU SELANGOR : LAWAN TETAP LAWAN

Walaupun PR tewas pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor semalam, namun semangat dan jihad petugas PAS Kawasan Bukit Katil tidak akan luntur sama sekali. Hakikatnya PR masih diterima rakyat apabila berjaya memperolehi undi lebih banyak dari PRU 2008. Cumanya BN berjaya meningkatkan undi mereka dengan lebih banyak iaitu kira-kira 200o undi.

Kita faham BN menang dengan segala rasuah, janji dan politik wang terutama yang disogokkan kepada pengundi Melayu di kampung tradisional dan Felda serta juga pengundi India di estet-estet. Tanpa rasuah sebegini sukar untuk BN menang. Di samping itu BN terus bergantung kepada undi Pos.

Lantaran itu menjadi tugas kita semua untuk menjelaskan keburukan dan kedurjanaan BN kepada rakyat.

Kita yakin lambat laun rakyat akan faham sebagaimana fahamnya pengundi Cina yang tidak mudah ditipu dan disogok.

Takbir!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment