Wednesday, August 4, 2010

PAS KESAL PIHAK KESELAMATAN GANGGU CERAMAH

PAS Kawasan Bukit Katil kesal dengan tindakan pihak keselamatan yang bertindak mengganggu ceramah yang dianjurkan di Bukit Beruang malam tadi. Ketua Penerangan PAS Kawasan, Yusof Wahab berkata tindakan pihak keselamatan jelas membuktikan bahawa pihak keselamatan bertindak atas arahan pihak tertentu sedangkan Umno/BN dibenarkan mengadakan ceramah di tempat terbuka tanpa sebarang permit.


“Kita mengadakan ceramah di perkarangan Pejabat PAS Cawangan dan di premis kita sendiri dan ianya tidak perlu permit”.

“Malangnya pihak keselamatan berkeras supaya ceramah diadakan di dalam Pejabat dan pembesar suara tidak dibenarkan dipasang di luar” Yusof berkata tindakan pihak keselamatan ini membuktikan mereka bersikap ‘double standard’ dan tunduk kepada parti politik. Sepatutnya Polis mestilah bersikap professional dan adil dalam mengendalikan isu seperti ini.

“Umno secara terang-terang mengganggu PAS pada setiap ceramah yang kami anjurkan tetapi mereka tidak dihalang oleh Polis sedangkan program mereka tidak mendapat permit dan dijalankan diluar premis persendirian.”

Menurutnya pihak keselamatan juga tidak bersikap professional apabila cuba menakut-nakutnya rakyat yang mahu mendengar ceramah PAS malam tadi dengan mengadakan sekatan jalan raya di lorong menghala ke pejabat PAS cawangan. Selain itu mereka juga bertindak meminta dan memeriksa kad pengenalan setiap orang yang mahu masuk mendengar ceramah yang lalu berdekatan sekatan jalan raya tersebut.

“Umno benar-benar terdesak sekarang sehingga terpaksa menggunakan pihak lain untuk berhadapan dengan rakyat. Selain itu kita juga kesal kerana pihak keselamatan sanggup menjadi kuda tunggangan parti politik untuk kepentingan politik mereka” ujar Yusof.

Beliau juga kesal kerana Umno terus bertindak secara tidak bertamadun dengan berterusan mengganggu ceramah PAS sedangkan kita sudah beberapa kali mengajak mereka berdebat dan berceramah diatas pentas yang sama tetapi sehingga kini Umno tidak menyahutnya tetapi terus bertindak kebudak-budakan mengganggu ceramah PAS.

No comments:

Post a Comment