Friday, September 24, 2010

PROGRAM DEKATI RAKYAT TERUS BERJALAN LANCAR

Jentera PAS Kawasan Bukit Katil terus menggiatkan program mendekati rakyat tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit.
Selasa lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan MTD Bukit Baru mengedarkan kira-kira 400 biji kuih bulan di sekitar Pekan Bukit Baru dan taman perumahan sekitarnya.
Program kebajikan berupa program derma darah juga diadakan serentak dengan program rumah terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan pada 18 Sept lalu. Pada hari yang sama kumpulan Dikir Barat dari Kelantan dijemput mengadakan persembahan mereka pada sebelah malamnya.
PAS Kawasan dengan kerjasama MTD Bukit Baru juga telah membuka Pusat Aduan Rakyat (PAR) berhadapan dengan Masjid Bukit Katil bermula pada 5 Sept lalu di mana ianya dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat. PAR ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada 5 Sept lalu.

Pada bulan Ramadhan lalu, MTD Bukit Baru telah mengedarkan kira-kira 1,200 buah juadah berbuka puasa kepada rakyat setempat. Juadah tersebut diletakkan di dalam sebuah bekas comel dengan beberapa jenis kuih diletakkan di dalamnya.

Selain itu pihak Dewan Muslimat Kawasan dan MTD Ayer Molek dan Bukit Baru juga menghulurkan bantuan kepada fakir miskin, anak yatim , OKU dan ibu tunggal.

Beberapa hari sebelum Aidil Fitri pula kira-kira 1,400 kad ucapan Hari Raya diedarkan kepada 1,400 buah rumah di dalam DUN Bukit Baru.

Tidak syak program ini Insya Allah dapat mendekatkan PAS dan rakyat setempat. Program sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengira musim.

No comments:

Post a Comment