.

BAGI MENJALANKAN AKTIVITI KAMI MEMERLUKAN DANA SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN PAS KAWASAN BUKIT KATIL, BANK ISLAM 04015010048965. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Friday, August 20, 2010

PROGRAM IHYA RAMADHAN

SILA KLIK ATAS IMEJ UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR

Thursday, August 19, 2010

INGATAN BUAT MASYARAKAT SETEMPAT

Pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan Bukit Baru melapangkan masa turun bertemu rakyat menghulurkan sedikit juadah berbuka puasa Sabtu dan Ahad lepas. Berikut adalah gambar-gambar program tersebut. Singgahan pertama mereka ialah di Kampung Bukit Katil.
YDP PAS Kawasan dan Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab, Ketua Pemuda dan AJK MTD Bukit Baru berganding baru menyampaikan juadah tersebut kepada kira-kira 200 buah rumah.
Program ini akan diteruskan di beberapa buah tempat lagi di mana setiap minggu pimpinan PAS Kawasan dan MTD Bukit Baru akan menjelajah ke segenap peti undi di DUN ini untuk bertemu rakyat. Sesungguhnya program sebegini benar-benar memberikan impak kepada hubungan silaturrahim antara PAS dan masyarakat setempat.

Wednesday, August 18, 2010

PAS BUKIT KATIL ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN 5 SEPT

PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada 5 Sept bermula jam 7.00 malam.

Tuan-puan dijemput untuk menjamu selera sambil berderma dengan membeli kad-kad berharga RM10.00. Ianya boleh didapati di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil atau menelefon 013 - 2186886.

Sumbanga infak anda sempena bulan Ramadhan ini amat dihargai.
Selepas majlis berbuka puasa tersebut program ceramah Badar Al-Qubra akan diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula jam 10.00 malam selepas solat tarawikh.

PUSAT ADUAN PAS KAWASAN DAN DUN BUKIT BARU AKAN DI BUKA

Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab (gambar) berkata Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kawasan Bukit Katil dan DUN Bukit Baru akan dibuka pada minggu terakhir Ogos ini. PAR ini akan menjadi tempat aduan segala macam permasalahan rakyat di Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru.

"Kita akan jadikan PAR ini sebagai One Stop Centre bagi membantu rakyat yang hendak mengadu tentang apa juga perkara yang menjadi masalah mereka".

"Seorang petugas akan kita tempatkan di sana dan masa operasinya akan kita tetapkan" kata Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Yusof berkata ini merupakan julung kali PAR ini ditubuhkan di Kawasan Bukit Katil dan pihaknya berazam untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat setempat.

"Setakat ini kita sudah menyelesaikan beberapa masalah rakyat walaupun ianya belum ditubuhkan secara rasmi."

"Kita amat menghargai sumbangan dan infak dari sesiapa sahaja bagi membantu operasi PAR ini" tambah Yusof.


Sunday, August 15, 2010

ZIARAH RAMADHAN BERTEMU RAKYAT

PAS Kawasan dengan kerjasama MTD Bukit Baru menjalankan program ziarah bertemu rakyat sambil menghulur buah tangan berupa kuih untuk berbuka puasa di Kampung Bukit Katil semalam. Program ini diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab.

Seramai 10 orang petugas turun padang beramah mesra dan menghulurkan kuih-kuih untuk berbuka puasa tersebut.

Cikgu Yusof dalam kenyataannya kepada blog ini berkata program ini antara lain bertujuan untuk beramah mesra dengan penduduk setempat selain bertanya khabar dan pada masa yang sama menyampaikan ucapan Selamat Berpuasa kepada penduduk setempat.

"Ianya akan diteruskan di kawasan lain pada masa akan datang"

"Sambutan penduduk setempat amat baik dan mereka mengucapkan terima kasih atas kesudian kita bertandang ke rumah mereka" ujar Cikgu Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Wednesday, August 4, 2010

PAS KESAL PIHAK KESELAMATAN GANGGU CERAMAH

PAS Kawasan Bukit Katil kesal dengan tindakan pihak keselamatan yang bertindak mengganggu ceramah yang dianjurkan di Bukit Beruang malam tadi. Ketua Penerangan PAS Kawasan, Yusof Wahab berkata tindakan pihak keselamatan jelas membuktikan bahawa pihak keselamatan bertindak atas arahan pihak tertentu sedangkan Umno/BN dibenarkan mengadakan ceramah di tempat terbuka tanpa sebarang permit.


“Kita mengadakan ceramah di perkarangan Pejabat PAS Cawangan dan di premis kita sendiri dan ianya tidak perlu permit”.

“Malangnya pihak keselamatan berkeras supaya ceramah diadakan di dalam Pejabat dan pembesar suara tidak dibenarkan dipasang di luar” Yusof berkata tindakan pihak keselamatan ini membuktikan mereka bersikap ‘double standard’ dan tunduk kepada parti politik. Sepatutnya Polis mestilah bersikap professional dan adil dalam mengendalikan isu seperti ini.

“Umno secara terang-terang mengganggu PAS pada setiap ceramah yang kami anjurkan tetapi mereka tidak dihalang oleh Polis sedangkan program mereka tidak mendapat permit dan dijalankan diluar premis persendirian.”

Menurutnya pihak keselamatan juga tidak bersikap professional apabila cuba menakut-nakutnya rakyat yang mahu mendengar ceramah PAS malam tadi dengan mengadakan sekatan jalan raya di lorong menghala ke pejabat PAS cawangan. Selain itu mereka juga bertindak meminta dan memeriksa kad pengenalan setiap orang yang mahu masuk mendengar ceramah yang lalu berdekatan sekatan jalan raya tersebut.

“Umno benar-benar terdesak sekarang sehingga terpaksa menggunakan pihak lain untuk berhadapan dengan rakyat. Selain itu kita juga kesal kerana pihak keselamatan sanggup menjadi kuda tunggangan parti politik untuk kepentingan politik mereka” ujar Yusof.

Beliau juga kesal kerana Umno terus bertindak secara tidak bertamadun dengan berterusan mengganggu ceramah PAS sedangkan kita sudah beberapa kali mengajak mereka berdebat dan berceramah diatas pentas yang sama tetapi sehingga kini Umno tidak menyahutnya tetapi terus bertindak kebudak-budakan mengganggu ceramah PAS.