MUTIARA KATA

Bila di saat orang lain dalam kegelapan, terpesona atau cemas melihat sesuatu, bagi orang yang bijaksana hanya terima dengan senyuman, sebab dengan ilmunya, ia mengetahui bahawasanya hal yang begitu mulanya, pasti begini akhirnya...
TABUNG BANGUNAN & AKTIVITI PAS KAWASAN BUKIT KATIL Infaq@Derma untuk Tabung Bangunan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sila bank-in infaq@derma anda ke akaun Bank Islam akaun no : 04015010048965.

Cek atas nama : PAS KAWASAN BUKIT KATIL. Sila maklumkan sebarang infaq@derma melalui sms/call atau email kepada : 016-660 9767 atau email bukitkatil@gmail.com

Tuesday, July 5, 2011

BAYANG-BAYANG PUN DI KATAKAN HANTU


MEMPERKASAKAN NEGARA BERKEBAJIKAN merupakan tema kepada ceramah malam tadi di Bukit Katil.

Penceramah Ustaz Kamarudin Sidek, Ustaz Yusoh, YB Khoo, DR Hatta serta saudara Wahab Ibrahim ,Pen SU KEADILAN Melaka.

Saudara Wahab lantang memperkatakan kenapa "BERSIH" benar-benar di halang, ialah kerana Perhimpunan " BERSIH" merupakan benteng terakhir yang amat di takuti oleh UMNO. "BERSIH 1.0" telah menyebabkan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan manakala BERSIH 2.0 ini pasti akan banyak lagi negeri yang akan jatuh ketangan PAKATAN RAKYAT.

Ustaz Kamarudin juga tidak ketinggalan dalam memperkatakan tentang tangkapan yang telah di lakukan keatas 17 Ahli PAS . Juga menyatakan semangat rakyat semakin membara di atas segala pencabulan keatas perlembagaan yang tidak di hormati termasuk SUHAKAM sendiri.

YB Khoo sempat juga menyatakan kepada para Muslimat bahawa tak lama lagi iklan-iklan pencuci akan di berhentikan seketika kerana adanya perkataan BERSIH.

Begitulah manusia, apabila kejahatan nya sudah tidak di bendong, bayang-bayang pun di katakn HANTU.

0 comments:

Post a Comment