.

.

.

BAGI MENJALANKAN AKTIVITI KAMI MEMERLUKAN DANA SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN PAS KAWASAN BUKIT KATIL, BANK ISLAM 04015010048965. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Tuesday, June 28, 2011

GAMBAR2 PROGRAM SEKALUNG BUDI

Ajk UPU B.Katil

Hj Salleh menerima cenderahati

Penerima hadiah cawangan B.katil

Tn Hj Ghani mewakili anaknya

mewakili anak

Para hadirin cawangan B.Katil.B Bayan

Tuan Hj Yasin mewakili anaknya


Sunday, June 26, 2011

Program Anugerah kecemerlangan dan Hi Tea

Dewan Muslimat PAS Kawasan akan menganjurkan Program Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 27 Jun 2011 iaitu esok. Program ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak ahli dan penyokong PAS yang cemerlang dalam semua peperiksaan tahun 2010.

Pada sebelah malamnya pula diadakan Ceramah Umum yang menampilkan AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang juga merupakan mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sementara itu Lajnah Penerangan PAS Kawasan dan Majlis Tindakan DUN akan mengadakan Program Hi-Tea bagi mengumpul dana pada 5 Julai ini bertempat di Kg Musai, Bukit Baru. Tetamu istimewa program tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub. Beliau juga akan menyampaikan ceramah di tempat yang sama bermula jam 9.00 malam.

Thursday, June 23, 2011

Ahli PAS Bukit Katil wajib hadir BERSIH 2.0

Yang Dipertua PAS Kawaasan Bukit Katil, Sofi Wahab menyeru seluruh ahli PAS Kawasan Bukit Katil untuk hadir pada himpunan BERSIH 2.0 pada 19 Julai ini.

"Tidak ada alasan dan dalih lagi bagi semua ahli PAS untuk duduk di rumah pada hari tersebut, kita mesti taat kepada arahan pimpinan tertinggi kita"

"Himpunan ini untuk menuntut pilihanraya bersih dan telus jadi rakyat wajib hadir" kata Sofi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini meminta seluruh ahli PAS supaya sama-sama mengambil bahagian pada perhimpunan tersebut.

Sunday, June 19, 2011

PAS Kawasan sasar penubuhan PASTI dan Cawangan Baru

PAS Kawasan Bukit Katil mensasarkan penubuhan beberapa cawangan baru dalam Parlimen Bukit Katil. Selain itu Dewan Pemuda Kawasan pula ditugaskan untuk menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) baru.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab berkata PAS Kawasan akan berusaha untuk menubuhkan 1 cawangan di setiap Peti Undi bagi memastikan cawangan yang ditubuhkan dapat menggerakkan Peti Undi di setiap DUN.

"Setakat ini masih ada Peti Undi yang tidak mempunyai cawangan PAS, Insya Allah dengan kerja kuat kita, semua Peti Undi akan ada cawangan PAS".

"PASTI juga merupakan institusi penting dalam jemaah dan ianya menjadi penghubung antara jemaah dengan masyarakat, jadi penting bagi kita tubuhkan sebanyak mungkin PASTI di kawasan kita" ujar Sofi.

PAS Kawasan semalam selesai mengadakan brainstorming bagi menetapkan KPI dan taqwim tahunan.

Ijtimak PAS Kawasan semakin mendapat sambutan

Paya Dalam 19 Jun : Ijtimak bulanan PAS Kawasan yang berlangsung hari ini mendapat sambutan semakin hebat sejak ianya diadakan tahun lepas. Ijtimak bulanan yang diadakan di Markas PAS Paya Dalam di sini menampilkan Ustaz Faizal Ahmad yang menyampaikan kuliah tafsir dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Ijtimak hari ini dihadiri lebih dari 100 ahli dan penyokong PAS yang hadir dari seluruh pelusuk Parlimen Bukit Katil.

Setiausaha Lajnah Tarbiyyah Kawasan, Haji A Karim Mohamad melahirkan rasa gembira di atas sambutan yang semakin hebat.

"Kita akan pertingkatkan kehadiran di Ijtimak ini melalui surat jemputan, arahan dari kawasan dan sebagainya" jelas A Karim

Ijtimak bulan hadapan akan diadakan pada 17 Julai.

Saturday, June 18, 2011

KPI dan taqwim PAS Kawasan selesai ditetapkan

Bukit Katil 18 Jun : PAS Kawasan Bukit Katil selesaikan menetapkan KPI dan taqwim tahunannya pagi tadi. Program retreat atau brainstorming PAS Kawasan dilangsung di sebuah resort di Melaka Tengah.

Antara KPI yang ditetapkan oleh PAS Kawasan ialah bilangan ahli dan pertambahan cawangan yang perlu dicapai oleh PAS Kawasan.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Ali Sharif berkata KPI yang ditetapkan adalah menyeluruh meliputi semua lajnah dan dewan-dewan. Aspek penting yang ditekankan ialah tentang Tarbiyyah, Pilihanraya dan organisasi.

Sebahagian besar AJK PAS Kawasan dan semua ketua-ketua Dewan hadir pada program pagi tadi.

YDP dilantik TPJ 3

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka. Perkara ini diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari petang ini di Pejabat Perhubungan Negeri di Semabok.

Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ustaz Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

sri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai Bendahari PAS Negeri.

3 orang Penolong Setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini Dewan-Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat telah dipilih pada Mesyuarat Agung masing-masing. Ustaz Zulkifli Ismail dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama; Yuhaizad Abdullah sebagai Ketua Pemuda dan Hajah Kintan Man sebagai Ketua Dewan Muslimat.

Thursday, June 16, 2011

PAS Kawasan anjur solat gerhana

Seperti biasa Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan akan mengadakan solat sunat gerhana pada setiap kali berlakunya gerhana samada gerhana bulan atau matahari.

Pagi tadi kira-kira jam 5.00 pagi Solat Sunat gerhana telah dilaksanakan di Madrasah Ar Rumah Solok Gaong. Solat tersebut diimami oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz. Beliau juga membacakan khutbah sempena gerhana tersebut.

Tuesday, June 14, 2011

PAS Bukit Katil tumpu Pilihanraya, Perkasa Parti dan Tarbiyyah

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS Kawasan akan menumpukan kepada gerakerja Pilihanraya, pemerkasaan parti dan program tarbiyyah pada sessi 2011/2013 ini.

"Kita akan perkemas gerakerja MTD, UPU bagi memastikan ianya bersedia untuk berdepan dengan manipulasi dan penipuan BN pada PRU ke 13 ini".

"Selain itu kita akan perkemaskan organisasi cawangan dan dewan-dewan bagi memastikan pentadbiran parti tersusun dan programnya mempunyai matlamat dan objektif yang hendak dicapai" ujar Yusof

Yusof berkata pihak pimpinan kawasan juga akan menggiatkan program usrah dan tarbiyyah lain di setiap cawangan bagi memastikan ahli mempunyai kefahaman mantap tentan aqidah perjuangan.

Beliau berkata demikian ketika diminta komen tentang perancangan PAS kawasan untuk sessi ini.

Monday, June 13, 2011

PAS Kawasan ujudkan dua laman Facebook

PAS Kawasan Bukit Katil mengujudkan 2 laman facebook untuk berinteraksi dengan ahli-ahli PAS Kawasan.

Laman Facebook pertama AJK PAS Kawasan Bukit Katil dan yang kedua Ahli-Ahli PAS Kawasan Bukit Katil. Diharapkan semua ahli dan penyokong dapat join FB Ahli-ahli PAS Kawasan Bukit Katil, boleh request dan Insya Allah akan diterima.

Kenyataan Media : PAS Bukit Katil sokong penuh perlantikan Adly

BUKIT KATIL, 13 Jun: PAS Kawasan Bukit Katil mengucap tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Adly Zahari.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS Kawasan sentiasa komited untuk membantu Pesuruhjaya Negeri Melaka yang bagi memacu perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Melaka.

"PAS Kawasan memberikan sokongan penuh atas perlantikan beliau dan percaya Adly berupaya untuk memimpin PAS negeri dengan baik.

"Dengan pengalaman dan karisma yang ada pada beliau saya yakin PAS Melaka akan lebih maju dan mantap berjuang seiring dengan DAP dan PKR di Melaka," kata Yusof.

Semalam Presiden PAS telah mengumumkan bahawa Adly Zahari dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Yusof berkata, dengan tenaga, ilmu dan pengalaman serta kenalan yang ramai, beliau yakin Adly mampu mentadbir dan mengepelai jentera PAS Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang dengan lebih baik.

"PAS Bukit Katil sentiasa menyokong penuh sesiapa juga yang dilantik oleh Presiden untuk memimpin PAS Negeri, kita akan bekerja secara berpasukan bagi memimpin PAS Negeri dan Kawasan sebagai persediaan untuk kita menggantikan Umno yang semakin lama semakin tenat," kata Yusof.

Berusia 40 tahun, Adly berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari UTM merupakan bekas Jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Beliau kini seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berasal dari Durian Tunggal Melaka, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha PAS Negeri, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri. Sekarang ini beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau merupakan anak muda yang komited kepada perjuangan di mana sebaik sahaja tamat pengajiannya beliau bertugas sepenuh masa di Pejabat Perhubungan PAS Melaka selama beberapa tahun.

Berpengalaman bertugas di bawah beberapa orang Pesuruhjaya antara Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid, Haji Omar Baba dan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Beberapa orang pemimpin kawasan yang ditemui yakin pengalaman dan komitmen beliau kepada PAS selama ini menjadi teras kepimpinan beliau bagi membawa PAS Melaka ke era gemilang pasca Pilihanraya Umum ke 13.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/78-negeri-melaka/3768-pas-bukit-katil-ucap-tahniah-pada-adly

Sunday, June 12, 2011

PAS Bukit Katil adakan 'Retreat' pada 18 Jun depan

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan 'Retreat' pada 18 Jun depan bagi membincangkan perancangan PAS Kawasan untuk tahun 2011-2012.

Retreat ini akan melibatkan semua AJK PAS Kawasan termasuk Ketua Dewan Pemuda, Muslimat dan Urusan Ulama'.

PAS Bukit Katil komited untuk melahirkan anak sulung PAS di Dun Melaka pada PRU ke 13 nanti. Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dalam kenyataanya kepada blog ini berkata antara lain retreat akan membincang 3 perkara utama iaitu Pilihanraya Umum ke 13, Pemerkasaan Parti dan Tarbiyyah.

"Semua ketua-ketua lajnah dan dewan-dewan telah diminta menyediakan pelan perancangan masing-masing berserta dengan takwim program mereka".

"Di akhir retreat ini kita akan muktamadkan KPI PAS Kawasan, Takwim tahunan dan bai'ah kita kepada PAS demi Islam" kata beliau.

PAS Bukit Katil ucap tahniah pada PJ baru

PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Haji Adly Zahari yang dilantik pada mesyuarat PAS Pusat petang tadi.

Semoga perlantikan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru ini akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat negeri Melaka dalam usaha untuk menumbangkan BN Melaka yang zalim dan korup.

YDP rasmikan Walkaton PASTI Al Kauthar

YDP Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab melancarkan program walkaton PASTI Al Kauthar Taman Ayer Keroh Height malam tadi. Program tersebut bertujuan untuk mengumpul derma tabung PASTI tersebut.

Di samping pelancaran dana tersebut, majlis malam tadi juga diserikan dengan sumbangan cenderamata kepada pemain-pemain bolasepak dan bolojaring PASTI Al Kauthar yang mengambil bahagian dalam Sukan PASTI Kawasan Mei lalu. Pasukan tersebut berjaya menjadi Naib Johan dalam acara bolasepak dan tempat keempat dalam acara bolajaring.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua PAS Cawangan Ayer Keroh Height Md Yakin Jaafar, Pengerusi Jemaah Ibu Bapa dan Guru PASTI Al Kauthar, Abdul Jalal Khan, Setiausaha PAPISMA Johor, Hod Hamden, guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar.

Saturday, June 11, 2011

PAS Kawasan teruskan program kebajikan

PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan dan MTD Bukit Baru meneruskan program kebajikan dengan mengadakan program khidmat kesihatan buat kali ketiga hari ini. Program hari ini tertumpu di Kg Bukit Katil dan esoknya di Kg Paya Ikan.

Penyelaras Program, Cikgu Yusof Wahab berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memberikan khidmat kepada rakyat yang memerlukan rawatan secara percuma. Ubat-ubatan juga diberikan kepada pesakit yang dirawat.

PAS Kawasan selesai bentuk 'Kabinet' Pilihanraya

PAS Kawasan Bukit Katil selesai melengkapkan 'kabinet'nya untuk sessi 2011/2013. Hj Ramli Dalip dan Cikgu Yusof Wahab dikekalkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan dan Ketua Penerangan manakala Haji Ab Rahhim Idris juga diamanahkan semula sebagai Bendahari.

Naib Yang Dipertua, Haji Yassim Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya merangkap Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan (JPRK).

Haji Bakrin Sidek, Haji Nordin Morsed, Haji Hussin Ibrahim, Haji Roslee Jamaluddin, Sufian Sahat, Sidek Abdullah, Rela Ismail telah dilantik menjadi AJK PAS Kawasan.

Kesemua mereka dilantik pada Mesyuarat PAS Kawasan baru-baru ini.