Friday, January 25, 2013

PAS KAWASAN SUDAH BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA

PAS Kawasan Bukit Katil telah bersedia untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Sofi Abdul Wahab dalam kenyataannya pagi ini menegaskan bahawa persediaan PAS Kawasan sudah lama dibuat khususnya di Dun Ayer Molek dan Bukit Baru yang bakal ditandingi oleh PAS.

"Kita sudah bersiap sedia dari segi jentera, kewangan bahkan calon pun sudah dipilih dan sedang meneruskan gerakerja mendekati rakyat".

"Kali ini kita bukan sahaja bertanding atas nama PAS malah kita sudah menggerakkan jentera bersama rakan-rakan PR iaitu PKR dan DAP sejak 3 tahun lepas" tegas beliau.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini akan memberikan saingan yang sengit kepada BN.

"Kali ini kita bertanding untuk menang bukannya sekadar mencukupkan korum seperti masa-masa lalu".

"Malah diperingkat negeri kita bersungguh-sungguh menumbangkan BN seterusnya membentuk kerajaan baru atas nama Pakatan Rakyat" tegas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka.

Sofi berkata kali ini PAS Melaka akan menampilkan 70 % muka baru bagi menampakkan kesungguhan menggantikan Umno/BN.

"Bukan sahaja muka baru malah 70 % calon kita juga adalah calon muda bagi membuktikan bahawa PAS adalah parti yang dinamik dan sentiasa mendapat dokongan anak-anak muda dan golongan tua"tambah beliau.


No comments:

Post a Comment