Sunday, April 28, 2013

200 HADIR CERAMAH HASSAN ALI DI BUKIT KATIL TAPI UTUSAN KATA 2,000. LAWAK......


Nampaknya Utusan Meloya terpaksa lagi disuruh berbohong oleh Datuk Ali Rustam untuk menyiarkan bahawa seramai 2,000 orang hadir ke ceramah BN malam tadi di Padang Bola Taman BUkit Katil. Sebenarnya yang hadir disekitar 200 orang sahaja itupun majoritinya adalah petugas BN sendiri. Kesian Umno yang dipimpin DS Ali Rustam. 


Dr.Hassan Ali yang juga pengkhianat PAS Selangor dijemput sebagai penceramah utama pun berceramah dengan cara yang tidak bersemangat kerana kehadiran yang kurang. DS Ali sebenarnya semakin ketakutan. Beliau ingatkan dengan kehadiran si pengkhianat Hassan Ali akan menyebabkan rakyat hadir untuk melawan kehadiran orang ramai semasa ceramah anjuran Pas Kawasan Bukit Katil empat hari sebelumnya yang mencecah hampir 20 ribu orang.

Menurut sumber Umno Bukit Katil, Datuk Ali semakin ketakutan untuk menghadapi kekalahan di Parlimen Bukit Katil ditangan calon PKR iaitu Sdr.Shamsul Iskandar Mat Akin.


MELAKA 28 April - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali melahirkan rasa kesal kerana Pas kini bukan lagi sebuah parti yang harus diyakini mampu menjaga kepentingan Islam, umat Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Berucap dalam ceramah di Taman Bukit Katil malam tadi yang dihadiri kira-kira 2,000 orang, beliau dengan nada kecewa berkata, dahulu beliau begitu menyanjung tinggi parti itu kerana perjuangannya untuk memartabatkan Islam. (PETIKAN uTUSAN mALAYSIA)



No comments:

Post a Comment