Wednesday, April 24, 2013

CALON KAMI : N17 DR KHALID...MEYANTUNI PENGUNDI DI DUN BUKIT BARU

Berjumpa dengan peniaga Cina di Taman Sien Hoe  bersama Calon PKR
               

Bersama anak-anak muda bersukan... Sihat fizikal sihat minda
                       

Menziarahi jenazah penduduk di Dun Bukit Baru

CALON KAMI : DR.MD KHALID KASSIM : N17 DUN BUKIT BARU


PAS MELAKA : SENARAI NAMA CALON PRU13. BERJUANG MENUJU KEMENANGAN....



PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya di Kg Tedong Pekan, Jasin pada Ahad malam yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurut harakahdaily.net, kira-kira 70 peratus calon yang dikemukakan adalah muka baru yang kali pertama bertanding.
Antara calon-calon yang diumumkan termasuk dua orang Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di N12 Pantai Kundur buat kali pertama.

Monday, January 28, 2013

AJK PAS KAWASAN KENDURI KAHWIN, SEMUA DIJEMPUT

AJK PAS Kawasan, Haji Hassan Mohamad dan Hajah Maizarah Abu Bakar akan melangsungkan perkahwinan anakandanya Kauthar pada 2 Feb 2013 bertempat di rumahnya Lorong Pandan. Kenduri kahwin ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari PAS Kawasan. Pada sebelah malamnya diadakan ceramah Palestin.

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Dr Hajah Khatijah Jumangat dan suaminya Haji Kamaruzzaman Dato Hashim juga mengadakan kenduri kahwin anaknya Kartini pada 2 Feb 2013 di rumah beliau di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil.

AJK PAS KAWASAN MASUK HOSPITAL

AJK PAS Kawasan, Haji Mohd Diah Abdull yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan dimasukkan ke Hospital Putra beberapa lepas kerana sakit perut.

Beliau akan berehat beberapa hari lagi bagi memastikan benar-benar sihat sebelum dibenarkan keluar. Beberapa AJK PAS Kawasan telah menziarahi beliau.

Friday, January 25, 2013

PAS KAWASAN SUDAH BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA

PAS Kawasan Bukit Katil telah bersedia untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Sofi Abdul Wahab dalam kenyataannya pagi ini menegaskan bahawa persediaan PAS Kawasan sudah lama dibuat khususnya di Dun Ayer Molek dan Bukit Baru yang bakal ditandingi oleh PAS.

"Kita sudah bersiap sedia dari segi jentera, kewangan bahkan calon pun sudah dipilih dan sedang meneruskan gerakerja mendekati rakyat".

"Kali ini kita bukan sahaja bertanding atas nama PAS malah kita sudah menggerakkan jentera bersama rakan-rakan PR iaitu PKR dan DAP sejak 3 tahun lepas" tegas beliau.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini akan memberikan saingan yang sengit kepada BN.

"Kali ini kita bertanding untuk menang bukannya sekadar mencukupkan korum seperti masa-masa lalu".

"Malah diperingkat negeri kita bersungguh-sungguh menumbangkan BN seterusnya membentuk kerajaan baru atas nama Pakatan Rakyat" tegas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka.

Sofi berkata kali ini PAS Melaka akan menampilkan 70 % muka baru bagi menampakkan kesungguhan menggantikan Umno/BN.

"Bukan sahaja muka baru malah 70 % calon kita juga adalah calon muda bagi membuktikan bahawa PAS adalah parti yang dinamik dan sentiasa mendapat dokongan anak-anak muda dan golongan tua"tambah beliau.


TAKZIAH BUAT TYDP

PAS Kawasan Bukit Katil  mengucapkan takziah buat Tuan Haji Mohd Ali Sharif, TYDP PAS Kawasan Bukit Katil di atas pulangnya anak bongsunya berumur 1 tahun ke rahmatullah malam tadi. Semoga beliau sekeluarga sabar menghadapi ujian Allah. 

Kepada sahabat yang ingin menziarahi jenazah sila ke rumah Tuan Haji Ali di Kampung Sungai Putat.

Al Fatihah.