Wednesday, July 22, 2009

Ni'mat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu , kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami
jadikan segala sesuatu yang hidup.
(Surah Anbia:30)

Berlaku pada zaman Rasulullah satu kejadian gerhana sepenuh.Orang ramai menganggapnya suatu mu'jizat memberikan suatu tanda bahawa keadaan alam turut sama-sama melahirkan duka nestapanya kerana kewafatan anakanda Rasulullah yang bernama Ibrahim.
Maka Rasulullah tidak lupa terhadap Risalahnya yang agung walaupun ketika berlakunya kesedihan yang amat sangat kepada Baginda lalu Baginda mengucapkan kata-katanya yang masyur:
yang bererti:
Bahawa matahari dan bulan itu ialah dua dari tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan) ALLAH tidak keduanya gerhana dengan sebab kematian sesiapa pun.

Besarnya matahari berbanding dengan besarnya bumi ialah 1,305,000 kali ganda besar. Ukuran jarak lintangnya ialah lebih kurang 1,400,000 km.Walaupun begitu terdapat bintang-bintang lain yang 800 kali ganda dari matahari.Jaraknya dari bumi lebih kurang 92 million batu. Cahaya sampai kebumi dalam masa 8 minit sahaja (kederasan perjalanan cahaya ialah 186000 batu sesaat).

Gerhana matahari berulang-ulang kali berlakunya kerana peredaran bumi sekeliling matahari dan peredaran bulan sekeliling bumi pada satu masa yang sama.
Apabila bulan terletak ditengah-tengah antara bumi dan matahari , terlindunglah cahaya matahari daripada bumi dan bila terlindung matahari itu sepenuhnya jadilah gerhana itu gerhana sepenuh(total eclipse) dan kalau sebahagian sahaja daripanya yang terlindung dari matahari maka jadilah gerhana tak sepenuh ( partial eslipse) .

Gerhana tidak berlaku melainkan apabila sampai bayang bulan kebumi dan bayang ini tidak meliputi melainkan sebahagian kecil dari permukaan bumi tidak pun sampai 170 batu. Gerhana matahari sepenuh tidak berkekalan pada satu tempat tidak lebih 8 minit.

Diketahui tempoh-tempoh gerhana itu dengan cukup-cukup tepat dengan erti kata kalau terjadi gerhana matahari sepenuh pada suatu tarikh yang tertentu maka gerhana yang seterusnya akan berlaku selepas tempoh 18 tahun 10 hari 8 jam. Dengan itu dapatlah para ulama meramalkan berlakunya dengan tepat sekali.

Sabda Rasulullah(s.a.w)
'Berfikir sesaat lebih baik dari beribadat setahun'

' Berfikirlah kamu tentang ciptaan ALLAH dan jangan kamu berfikir tentang zatnya kelak kamu akan binasa'.

Firman ALLAH SWT
'Perhatikalah kamu apakah yang ada dilangit-langit dan bumi'.

Seorang tokoh Islam berkata
'Ilmu itu suatu benda yang mustahil dapat dicapai kesemuanya maka ambillah kamu daripadanya yang sebaik-baiknya'.
'

Oleh itu Pas Kawasan akan mengadakan program Solat Gerhana Matahari pada jam 9.30 pagi di Madrasah Ar Rahmah Solok Gaung, 29 Rejab/22 Julai .
Marilah sama-sama kita kita memuji serta membesarkan ALLAH menandakan cintanya kita kepada ALLAH SWT. Rebutlah peluang serta ruang sementara hidup untuk memikirkan tentang penciptaanNYA.

Firman ALLAH
'dan orang-orang yang beriman amatlah cintanya kepada ALLAH'


Imam Syafi'i telah berkata dalam sebuah sajaknya
" Aku telah mengadu kepada guruku yang bernama Waki' tentang keburukan hafalanku ( lambat mengingati apa yang dipelajari). Maka ia telah menunjuk kepadaku supaya aku meninggalkan segala rupa ma'siat kerana katanya ilmu itu adalah suatu cahaya dan cahaya ALLAH tidak diberi kepada orang yang melakukan maksiat"

No comments:

Post a Comment