Monday, June 28, 2010

HAJI HUSSIN BANYAK BERJASA KEPADA PAS BUKIT KATIL

Pemergian Allahyarham Haji Hussin Janggi amat dirasai oleh PAS Kawasan Bukit Katil khususnya aktivis PASTI dan ahli PAS Cawangan Bukit Piatu.

Sejak sekian lama Haji Hussin memimpin PAS Cawangan Bukit Piatu walaupun pelbagai rintangan dilalui dan dihadapi beliau.

Beliau juga tetap istiqamah dan cekal menguruskan PASTI Bukit Piatu tanpa rasa penat lelah dengan mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit beliau sendiri.

Haji Hussin juga telah menjalankan amanah sebagai AJK PAS Kawasan selama beberapa penggal sehingga beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada sessi 2009/2011 ini atas alasan untuk menumpukan sepenuh tenaga kepada PAS Cawangan dan PASTI Bukit Piatu.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada perjuangan Islam di kawasan Bukit Katil.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan solihin.
Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment